Rutin Kecantikan
Setiap hari, kulit kita kerap terdedah pada pelbagai bahan berbahaya seperti habuk, bahan kimia yang bersifat 'keras', sinaran ultra ungu dan pelbagai lagi bahan yg berbahaya disekeliling yang memberi kesan ke atas permukaan kulit. Lama-kelamaan bahan berbahaya ini akan mengakibatkan perubahan tetap pada kulit dan menghasilkan perubahan yang mendadak pada kulit seperti pertumbuhan jerawat, parut, kulit yang kusam dan pelbagai lagi kerosakan yang pastinya mengambil masa untuk pulih. Disertakan disini 5 rutin atau tabiat kecantikan serta tips bagaimana merawat kulit setiap malam sebelum tidur

Setiap hari, kulit kita kerap terdedah pada pelbagai bahan berbahaya seperti habuk, bahan kimia yang bersifat ‘keras’, sinaran ultra ungu dan pelbagai lagi bahan yg berbahaya disekeliling yang memberi kesan ke atas permukaan kulit. Lama-kelamaan bahan berbahaya ini akan mengakibatkan perubahan kekal pada kulit dan menghasilkan perubahan yang mendadak pada kulit seperti pertumbuhan jerawat, parut, kulit yang kusam dan pelbagai lagi kerosakan yang pastinya mengambil masa untuk pulih. Disertakan disini 5 rutin kecantikan serta tips bagaimana merawat kulit setiap malam sebelum tidur:

1. Bersihkan solekan

Kulit akan merawatnya sendiri ketika anda tidur dan salah satu proses yang dilakukan adalah membuka pori-pori di permukaan kulit. Jika masih terdapat sebarang solekan atau lapisan solekan seperti maskara, krim asas atau pembayang mata, akan mengakibatkan lubang pori tersumbat dan sekaligus proses semulajadi ini akan terganggu. Hasilnya tona kulit menjadi tidak sekata, munculnya bintik hitam dan jerawat.

Dengan membersihkan segala solekan di muka secara keseluruhan, ia membolehkan kulit muka bernafas dan mengekalkan tona kulit yg lebih sekata. Anda boleh mencuba teknik pembersihan dua kali (double cleansing) dgn menggunakan pencuci solekan (makeup removal) dan diikuti dengan pencuci muka organik untuk mencuci kulit anda dengan lebih mendalam serta membantu kulit mengekalkan kelembapan semulajadi, jadikan ia sebagai rutin kecantikan harian.

2. Sapu toner

Setelah selesai dengan proses pembersihan solekan, teruskan rutin kecantikan dengan ikuti pula penyapuan toner. Toner dapat membantu mengembalikan kadar pH semulajadi kulit yang membantu ketahanan kulit dari bakteria dan mikro-organisma. Penggunaan toner adalah langkah yang penting bagi kulit jenis berminyak dan berjerawat. Titikkan beberapa titisan toner pada kapas muka dan sapukan kapas tersebut ke seluruh muka dan leher dan biarkan kering. Jenis toner yang terbaik adalah toner tanpa alkohol atau jenis toner dengan bahan semulajadi seperti air bunga mawar.

Setelah selesai dengan proses pembersihan solekan, teruskan rutin kecantikan dengan ikuti pula penyapuan toner. Toner dapat membantu mengembalikan kadar pH semulajadi kulit yang membantu ketahanan kulit dari bakteria dan mikro-organisma. Penggunaan toner adalah langkah yang penting bagi kulit jenis berminyak dan berjerawat. Titikkan beberapa titisan toner pada kapas muka dan sapukan kapas tersebut ke seluruh muka dan leher dan biarkan kering. Jenis toner yang terbaik adalah toner tanpa alkohol atau jenis toner dengan bahan semulajadi seperti air bunga mawar.

3. Guna Alat Kelembapan Udara

Udara sekeliling yang dilapisi dengan kelembapan adalah salah satu cara untuk melegakan kulit setelah seharian bersolek. Ia juga baik untuk mengelakkan kulit dari menjadi terlalu kering, gatal dan pecah-pecah. Kelembapan yang rendah telah menunjukkan bahawa ia dapat mengganggu pembentukan gejala ekzema, psoriasis dan pelbagai penyakit kulit. Alat ini juga sangat membantu dalam mengekalkan kelembapan kulit sekaligus menghindari kulit dari kegatalan dan alahan.

4. Pemilihan material sarung bantal.

Fabrik dari jenis satin dan sutera adalah yang terbaik dalam membantu mengekalkan kesihatan kulit yang baik. Sutera mengandungi protein serta 18 jenis asid amino yang membantu mencantikkan lagi kulit. Sarung bantal yang diperbuat dari satin atau sutera ini juga dapat menghindari kulit daripada “garisan tidur” yang sering terjadi jika anda menggunakan sarung bantal dari fabrik jenis kapas. Ini kerana fiber yang terkandung didalam kapas memberi kesan kasar pada kulit dan rambut. Anda juga dinasihatkan untuk kerap mencuci sarung bantal, tidak cukup hanya sekadar mencucinya dalam mesin basuh dan jadikan ia sebahagian dari rutin kecantikan.

Menurut American Academy of Dermatology (AAD), sarung bantal adalah seperti ‘lubuk’ bagi sel-sel kulit mati dan bakteria yang terdapat pada minyak di kulit dan ia adalah sangat tidak bagus sekiranya bakteria tersebut berpindah ke atas kulit.

5. Pinkan rambut anda

Ini adalah salah satu cara yang paling penting dalam menjaga kulit anda. Pinkan rambut anda sebelum tidur kerana, secara literal, rambut mengandungi minyak, sel kulit mati dan kotoran yang boleh berpindah dari rambut ke kulit muka dan sarung bantal. Segala minyak dan kotoran tersebut menggalakkan pertumbuhan jerawat dengan lebih mudah dan cepat. Pin rambut ini bukan sahaja baik untuk kulit malah juga baik untuk rambut. Ini kerana ia dapat mengelak rambut daripada bersimpul dan kusut sebaik bangun dari tidur.

Untuk mendapat dan menjaga permukaan kulit yang lebik baik bukanlah susah. Anda hanya perlu rajin dan sabar dalam melakukan rutin kecantikandan pastikan anda juga mengikut langkah-langkah di atas sebelum tidur, bagi memastikan anda mendapat keputusan yang mampu membuat anda tersenyum sepanjang hari.

SUMBER

https://www.refinery29.com/en-us/nighttime-skin-tips

https://blog.reneerouleau.com/10-nighttime-skin-care-tips-from-renee-rouleau

https://www.healthline.com/health/beauty-skin-care/nighttime-skin-care-routine

https://theeverygirl.com/nighttime-skincare-routine/

Summary
5 Rutin Kecantikan untuk Merawat Kulit Setiap Malam
Article Name
5 Rutin Kecantikan untuk Merawat Kulit Setiap Malam
Description
Setiap hari, kulit kita kerap terdedah pada pelbagai bahan berbahaya seperti habuk, bahan kimia yang bersifat 'keras', sinaran ultra ungu dan pelbagai lagi bahan yg berbahaya disekeliling yang memberi kesan ke atas permukaan kulit. Lama-kelamaan bahan berbahaya ini akan mengakibatkan perubahan kekal pada kulit dan menghasilkan perubahan yang mendadak pada kulit seperti pertumbuhan jerawat, parut, kulit yang kusam dan pelbagai lagi kerosakan yang pastinya mengambil masa untuk pulih. Disertakan disini 5 rutin kecantikan serta tips bagaimana merawat kulit setiap malam sebelum tidur:
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: