rukun nikah

Perkahwinan dalam Islam ialah kontrak antara lelaki dan wanita yang bermaksud untuk disatukan dalam perkahwinan. Oleh itu, seperti dalam mana-mana kontrak dalam Islam, ada unsur-unsur yang dianggap penting untuk keberadaannya, yang disebut rukun nikah.

Pasangan yang ingin berkahwin harus memahami dengan betul untuk memastikan bahawa perkahwinan itu telah dilaksanakan mengikut syarat undang-undang dan perkahwinan tersebut sah.

Adakah Perkahwinan Perlu Diucapkan Dalam Bahasa Arab?

Menurut para ulama’, ontrak perkahwinan tidak perlu dilaksanakan dalam bahasa Arab, walaupun bagi mereka yang boleh berbahasa Arab. Para ulama’ mazhab Hanbali, yang mengharuskan penggunaan bentuk kata-kata Nikaah atau Zawaaj (perkahwinan), mewajibkan kontrak tersebut ditransaksikan dalam bahasa Arab.

Syarat-Syarat Untuk Menikah

Kedua-dua pengantin mesti memenuhi syarat undang-undang, iaitu mereka mesti dewasa dan waras. Sekiranya tidak, perkahwinan itu akan terbatal. Kedua, wanita itu tidak boleh berasal dari kategori wanita yang dilarang lelaki untuk berkahwin.

Sebagai contoh, andaikan seorang lelaki mengahwini seorang wanita dan kemudian mendapati bahawa mereka telah disusui oleh wanita yang sama. Dalam kes ini, perkahwinan itu tidak pernah berlaku kerana kedua-duanya tidak dibenarkan berkahwin antara satu sama lain dan perkahwinan itu automatik menjadi batal.

1. Rukun Nikah

(a) lelaki yang merupakan calon suami. Syarat-syarat yang perlu dipatuhi lelaki untuk menikah:

  • Islam
  • Bukan mahram dengan bakal isteri
  • Bukan dalam ihram haji atau umrah
  • Dengan kerelaan sendiri (tidak sah jika dipaksa)
  • Mengetahui wali yang sah bagi akad nikah tersebut
  • Mengetahui bahawa perempuan itu boleh dan sah dinikahi
  • Tidak mempunyai empat orang isteri yang sah dalam satu masa.

(b) seorang wanita yang merupakan calon isteri. Syarat-syarat yang perlu dipatuhi perempuan untuk menikah:

  • Islam
  • Bukan seorang khunsa
  • Perempuan yang tertentu
  • Bukan dalam keadaan idah
  • Bukan dalam ihram haji atau umrah
  • Dengan rela hati (bukan dipaksa kecuali anak gadis))
  • Bukan perempuan mahram dengan bakal suami
  • Bukan isteri orang atau masih ada suami

(c) Wali yang adil. Syarat-syarat untuk menjadi wali:

  • Adil
  • Islam
  • Baligh
  • Lelaki
  • Merdeka
  • Tidak fasik, kafir atau murtad
  • Bukan dalam ihram haji atau umrah
  • Waras – tidak cacat akal fikiran atau gila
  • Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
  • Tidak muflis atau ditahan kuasa atas hartanya.

(d) Dua saksi yang adil. Syarat-syarat untuk menjadi saksi

  • Islam
  • Lelaki
  • Baligh
  • Berakal
  • Merdeka
  • Sekurang-kurangya dua orang
  • Memahami kandungan lafaz ijab dan qabul
  • Dapat mendengar, melihat dan bercakap (tidak buta, bisu atau pekak)
  • Adil (Tidak melakukan dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil)
  • Bukan tertentu yang menjadi wali.

(e) Ijab dan kabul (tawaran dan penerimaan) atau akad nikah. Terdapat dua jenis akad nikah

  • Syarat sah ijab
  1. Pernikahan yang bakal dilangsungkan hendaklah dilakukan dengan perkataan nikah atau perkataan yang membawa maksud yang sama dengan jelas dan tepat.
  2. Ia haruslah tidak dikaitkan dengan tempoh masa yang tertentu seperti jenis pernikahan yang dipersetujui dalam tempoh tertentu dalam nikah kontrak atau nikah mutaah.
  3. Bukan dilakukan secara taklik iaitu tiada sebutan prasyarat sewaktu ijab (lafaz akad) dilafazkan.
  4. Ia juga tidak boleh menggunakan perkataan yang berupa atau membawa maksud berkias atau menyindir.
  5. Lafaz ijab ini perlulah dilafazkan oleh wali atau wakilnya.

Contoh Lafaz Ijab

“Daku nikahkan dikau dengan ….. binti …. (sebutkan nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin sebanyak RM ……  tunai.”

  • Syarat sah qabul
  1. Lafaz qabul (terima) perlulah bersesuaian dengan lafaz ijab
  2. Ia juga perlulah secara nyata, terang dan jelas, bukan dalam bentuk kiasan
  3. Lafaz qabul perlulah dilafazkan oleh calon suami atau wakilnya (atas sebab tertentu)
  4. Tidak mempunyai ikatan atau mengandungi sebarang bentuk perkataan yang mempunyai batas tempoh waktu
  5. Tidak dilafazkan secara taklik iaitu tiada sebutan prasyarat sewaktu qabul dilafazkan
  6. Haruslah menyebut nama calon isteri
  7. Lafaz tidak boleh diselangi dengan perkataan lain

Contoh Lafaz Qabul:

i) “Daku terima nikahnya ….. binti …. (sebutkan nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin sebanyak RM ……  tunai.”

Jenis-Jenis Wali

1.  Wali mujbir: Wali dari bapa sendiri atau datuk sebelah bapa (bapa kepada bapa) mempunyai kuasa mewalikan perkahwinan anak perempuannya atau cucu perempuannya dengan persetujuannya atau tidak (sebaiknya perlu mendapatkan kerelaan bakal isteri yang hendak dikahwinkan)

2.      Wali aqrab: Wali terdekat mengikut susunan yang layak dan berhak menjadi wali

3.    Wali ab’ad: Wali yang jauh sedikit mengikut susunan yang layak menjadi wali, jika ketiadaan wali aqrab. Wali ab’ad ini akan berpindah kepada wali ab’ad lain dan seterusnya mengikut susunan tersebut jika tiada wakil yang terdekat.

4.   Wali raja/hakim: Kebiasaannya, ini adalah pilihan terakhir untuk pengantin. Wali hakim ialah seseorang yang diberi kuasa atau ditauliahkan oleh pemerintah atau pihak berkuasa negeri kepada orang yang telah dilantik menjalankan tugas ini dengan sebab-sebab tertentu

RUJUKAN

http://granthaalayah.com/Articles/Vol6Iss11/01_IJRG18_A09_1712.pdf http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Eng_enactment_Ori_lib.nsf/f831ccddd195843f48256fc600141e84/4a5819f93f46ee9d482576730034206d?OpenDocument

Tagged: