Resipi Overnight Oats
Overnight oats atau oat yang disimpan semalaman dihasilkan mengguna cara yang mudah tanpa perlu dimasak. Jika dahulu menyiapkan hidangan oat perlu mengguna air dan direbus terlebih dahulu atau memasaknya di dalam ketuhar, namun dengan cara overnight ini, hanya perlu gaulkan air dengan oat dalam bekas, campurkannya bersama buah-buahan atau bahan yang diingini dan disimpan dalam peti sejuk semalaman.

Resepi overnight oat atau oat yang disimpan semalaman amat senang kerana ia tanpa perlu dimasak. Jika dahulu menyiapkan resepi hidangan oat perlu mengguna air dan direbus terlebih dahulu atau memasaknya di dalam ketuhar, namun dengan cara overnight ini, hanya perlu gaulkan air dengan oat dalam bekas, campurkannya bersama buah-buahan atau bahan yang diingini dan disimpan dalam peti sejuk semalaman.

Esok paginya, resepi overnight oats yang disimpan semalaman akan menjadi seperti bubur dan kenyal seperti puding yang mudah dimakan sewaktu bersarapan. Teksturnya tidak sama seperti oat yang dimasak dengan air dan dimasukkan dalam ketuhar. Ia lebih berkrim, padat, kenyal dan lebih enak. Sebenarnya lebih bagus mengambil overnight oat berbanding oat panas setiap hari.

 

Resipi Overnight Oat Klasik

Resipi klasik ini simple, sangat mudah dibuat dan juga sedap.  Jika anda peminat perisa vanila, anda pasti akan menyukainya! Resipi klasik ini perlu diketahui cara penghasilannya kerana ia adalah asas untuk semua resipi overnight oat yang boleh anda ubahsuai kelak mengikut cita rasa sendiri. Tambahkan apa jua buah-buahan dan bijirin yang anda sukai. Tukar juga penggunaan susu. Sebolehnya elak penggunaan  pemanis. Sebenarnya terlalu banyak cara yang anda boleh guna untuk menghasilkan resipi Overnight Oat anda sendiri.

Bahan-bahan:

  • 1/3 cawan plain yogurt Greek
  • 1/2 cawan (longgok) rolled oat
  • 2/3 cawan susu kurang manis pilihan anda
  • 1 sudu teh biji chia atau ground flaxmeal
  • 1/2 sudu teh ekstrak vanila
  • Secubit garam
  • 0-2 sudu madu atau sirap maple

Cara penyediaan:

Gaul semua bahan dalam satu mangkuk saiz sederhana. Menggunakan sudu, masukkan bahan yang sudah digaulkan ke dalam botol dan tutup dengan rapat. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam, sebaiknya semalaman sebelum dimakan.

 

Resipi Overnight Oat Coklat Dengan Kacang Lepa

Overnight oat coklat dengan kacang lepa adalah makanan terbaik untuk anda merasakan anda sudah menikmati hidangan pemanis mulut. Gabungan serbuk koko dan yogurt memang terbaik dalam menghasilkan resipi overnight oat yang gebu dan enak.

Bahan-bahan:

  • 1/3 cawan plain yogurt Greek
  • 1/2 cawan (longgok) rolled oat
  • 2/3 cawan susu kurang manis pilihan anda
  • 1 sudu teh biji chia atau ground flaxmeal
  • 1/2 sudu teh ekstrak vanila
  • 2 sudu kacang lepa natural
  • 2 sudu serbuk koko kurang manis
  • Secubit garam
  • 0-2 sudu madu atau sirap maple

Cara penyediaan:

Gaul semua bahan dalam satu mangkuk saiz sederhana. Menggunakan sudu, masukkan bahan yang sudah digaulkan ke dalam botol dan tutup dengan rapat. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam, sebaiknya semalaman sebelum dimakan.

 

Resipi Overnight Oat Kek Carrot

Satu lagi hidangan pemanis mulut yang anda boleh nikmati sewaktu bersarapan pagi! Resipi Overnight Oat Kek Carrot lengkap dengan kepadatan, rasa yang sama seperti kek carrot, dengan tambahan bonus mengandungi nilai nutrisi.

Bahan-bahan:

  • 1/3 cawan plain yogurt Greek
  • 1/2 cawan (longgok) rolled oat
  • 2/3 cawan susu kurang manis pilihan anda
  • 1 sudu teh biji chia atau ground flaxmeal
  • 1/2 sudu teh ekstrak vanila
  • Secubit garam
  • 0-2 sudu madu atau sirap maple
  • 1 lobak merah besar, dibuang kulit dan dikisar
  • 2 sudu krim keju
  • 1/2 cawan kismis
  • 1/2 sudu teh serbuk kayu manis

Cara penyediaan:

Gaul semua bahan dalam satu mangkuk saiz sederhana. Menggunakan sudu, masukkan bahan yang sudah digaulkan ke dalam botol dan tutup dengan rapat. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam, sebaiknya semalaman sebelum dimakan.

 

Resipi Overnight Oats Kek Keju Strawberi

Dapatkah anda merasa adanya trend berkaitan pemanis mulut dengan overnight oat? Jika anda gemar makanan manis, anda pastinya suka menghasilkan  juadah pemanis mulut kepada menu sarapan pagi yang berkhasiat.  Resipi dibawah adalah untuk penggemar kombo strawberi dan keju, dan ia ada sedikit rasa masam-masam daripada kulit dan jus lemon. Tetapi jika anda kurang menyukai lemon, boleh sahaja tidak dimasukkannya ke dalam hidangan anda.

Bahan-bahan:

  • 1/3 cawan plain yogurt Greek
  • 1/2 cawan (longgok) rolled oat
  • 2/3 cawan susu kurang manis pilihan anda
  • 1 sudu teh biji chia atau ground flaxmeal
  • 1/2 sudu teh ekstrak vanila
  • Secubit garam
  • 0-2 sudu madu atau sirap marple
  • 1/2 cawan hirisan buah strawberi
  • 2 sudu krim keju
  • Kulit dan jus daripada 1/2 biji lemon (ikut pilihan)

Cara penyediaan:

Gaul semua bahan dalam satu mangkuk saiz sederhana. Menggunakan sudu, masukkan bahan yang sudah digaulkan ke dalam botol dan tutup dengan rapat. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam, sebaiknya semalaman sebelum dimakan.

 

Resipi Overnight Oat Coklat Kelapa

Kelapa memang menjadi kesukaan ramai orang dan boleh sahaja mengguna santan daripada lebihan lauk kari. Kami sarankan anda mengguna santan penuh lemak dalam tin sebagai asas untuk resipi overnight oat. Ia akan menambah lagi perisa dan penuh krim!

Bahan-bahan:

  • 1/3 cawan plain yogurt Greek
  • 1/2 cawan (longgok) rolled oat
  • 2/3 cawan santan penuh lemak (dalam tin)
  • 1 sudu biji chia atau ground flaxmeal
  • 1/2 sudu teh ekstrak vanila
  • Secubit garam
  • 0-12 sudu madu atau sirap maple
  • 2 sudu serbuk koko kurang manis
  • 1/2 cawan kelapa emping kelapa kurang manis

Cara penyediaan:

Gaul semua bahan dalam satu mangkuk saiz sederhana. Menggunakan sudu, masukkan bahan yang sudah digaulkan ke dalam botol dan tutup dengan rapat. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam, sebaiknya semalaman sebelum dimakan.

SUMBER

https://www.copymethat.com/r/ufy6ts4/8-classic-overnight-oats-recipes-you-sho/

https://www.quakeroats.com/cooking-and-recipes/chocolate-coconut-overnight-oats

https://www.festfoods.com/recipes/?id=2017772370764234780

Summary
5 Resipi Overnight Oats Yang Boleh Anda Cuba
Article Name
5 Resipi Overnight Oats Yang Boleh Anda Cuba
Description
Resipi overnight oat atau oat yang disimpan semalaman dihasilkan mengguna cara yang mudah tanpa perlu dimasak. Jika dahulu menyiapkan hidangan oat perlu mengguna air dan direbus terlebih dahulu atau memasaknya di dalam ketuhar, namun dengan cara overnight ini, hanya perlu gaulkan air dengan oat dalam bekas, campurkannya bersama buah-buahan atau bahan yang diingini dan disimpan dalam peti sejuk semalaman.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: