Resepi kacang pool
Resepi kacang pool pasti dicari-cari oleh penggemar kacang pool. Tetapi letih ingin mencari dari satu laman sesawang ke laman sesawang yang lain.

Resepi kacang pool pasti dicari-cari oleh penggemar kacang pool. Tetapi letih ingin mencari dari satu laman sesawang ke laman sesawang yang lain.

Jadi kami mudahkan anda dengan kompilasi 5 resepi mudah kacang pool johor!

Resepi Kacang Pool Johor

Bahan-bahan:

  • 300 gram daging kisar
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • 1 tin kacang pool
  • 1 tin kacang merah
  • 1 tin kecil baked bean
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • Gula dan garam secukupnya
  • Air secukupnya
  • Minyak masak

Bahan kisar halus:

Bahan lain:

  • Limau kasturi dibelah 2
  • Bawang besar didadu kecil
  • Cili hijau dipotong
  • Roti naa atau sebarang roti
  • Tomato dipotong dadu
  • Minyak sapi cair
  • Telur mata kerbau

Cara penyediaan:

  1. Cuci bersih daging cincang dan toskan. Ramas lembut kacang pool sehingga pecah. Campurkan bersama serbuk ketumbar, rempah kari dan air 1/3 cawan, kacau sehingga menjadi pes.
  2. Panaskan sedikit minyak bersama minyak sapi dan tumiskan bahan kisar halus tadi sehingga naik bau. Masukkan pes tadi dan kacau sehingga naik minyak. Pastikan menggunakan api yang kecil.
  3. Masukkan daging cincang sehingga masak, lebih kurang 10 minit. Masukkan air, mengikut sukatan kemahuan masing-masing. Tunggu sehingga air mendidih dan masukkan kacang merah, baked bean dan kacang pool. Dengan api sederhana teruskan mengacau.
  4. Masukkan serbuk lada hitam dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Apabila kacang pool telah cukup masak, matikan api dan hidangkan bersama cili hijau, tomato dan sedikit bawang yang telah dipotong tadi. Letak telur mata kerbau diatasnya lalu tuangkan sedikit minyak sapi panas dengan perahan jus limau kasturi dan sangat enak dimakan bersama roti mengikut selera anda.

Resepi Mudah dan Lazat Kuah Kacang Pool Johor

Bahan-bahan:

Bahan tumis:

  • 3 sudu besar minyak sapi atau ghee butter
  • 1 biji bawang merah dipotong halus
  • 2 biji bawang putih ditumbuk lumat
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 2 sudu besar ketumbar ditumbuk halus
  • 25 gram serbuk kari daging

Bahan utama:

  • 400 gram daging kisar
  • 1 tin kacang parang
  • 2 sudu besar gula
  • 1 tin ‘baked bean’ dihancurkan
  • Garam secukup rasa
  • 1 tin kacang merah dihancurkan
  • Air secukupnya

Cara penyediaan:

  1. Masukkan minyak dan tumis bahan tumis sehingga naik bau.
  2. Campurkan kesemua bahan utama ke dalam kualit dan gaul rata. Kacau sentiasa agar kacang pool tidak hangit.
  3. Apabila daging dan semua bahan sudah masak sempurna, hidangkan terus untuk dicicah bersama roti.

Resepi Kacang Pool Mudah dan Sedap

Bahan-bahan:

  • 1 tin kacang panggang dikisar separuh tin
  • 2 keping dada ayam dipotong nipis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk kari daging/ayam
  • Garam secukupnya
  • Minyak masak

Bahan kisar:

  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cm halia

Bahan sampingan:

  • Telur mata kerbau
  • Bawang besar dipotong dadu
  • Cili padi dipotong halus
  • Limau kasturi dibelah 2

Cara penyediaan:

  1. Perap ayam yang dihiris dengan serbuk jintan manis, jintan putih, ketumbar, serbuk kari dan sedikit garam. Perap selama 15 minit.
  2. Panaskan minyak, goreng ayam perap tadi sehingga sedikit garing.
  3. Masukkan bahan kisar dan kacau sehingga naik bau.
  4. Masukkan kacang pool yang dikisar dan yang belum dikisar. Kacau sehingga mendidih. Tambah garam secukup rasa.
  5. Angkat dan hidangkan dengan bahan sampingan dan roti.

Resepi Foul Medames – Kacang Pool

Bahan-bahan:

  • 2 tin foul medames – Campurkan dan kisar hingga agak halus dan berair
  • 1.5 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu kecil lada hitam
  • 3 sudu besar minyak zaitun
  • 2 sudu besar mentega masin

Bahan kisar untuk pes:

  • 2 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih

Bahan sampingan:

  • 6 telur mata
  • 2 biji bawang – potong dadu
  • 3 biji cili hijau – dihiris
  • 6 limau kecil – dibelah dua

Cara penyediaan:

  1. Tuangkan minyak ke dalam kuali panas dan tumis adunan yang telah dikisar hingga wangi.
  2. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan dan adas dan kacau selama 5 minit sehingga naik bau.
  3. Tuangkan kacang yang telah dikisar, campurkan dengan mentega dan masak selama 5 minit lagi.
  4. Tambahkan kira-kira ¾ – 1 cawan air (bergantung pada konsistensi) dan didihkan selama 10 minit lagi.
  5. Perasakan dengan lada hitam dan garam, jika perlu.

Cara menghidang:

  • Hidangkan dalam mangkuk dan hidang bersama telur mata kerbau, bawang yang didadu dan limau nipis.
  • Hidangan ini paling sedap jika disertakan dengan kepingan baguette bakar.

Resepi Kacang Pool

Bahan-bahan:

  • 1 tin (400 g) foul medames / kacang fava kering / kacang parang
  • 150 gram daging cincang
  • 1/4 cawan jus asam jawa (10 gram asam jawa + 1/4 cawan air)
  • 2 sudu besar serbuk kari daging
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih
  • 1 sudu serbuk lada hitam
  • 1/2 cawan air
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu besar minyak

Bahan tumbuk jadi pes:

  • 5 gram cili kering – direndam (boleh diganti dengan 1 sudu sos tomato untuk hidangan yang kurang pedas)
  • 40 gram bawang merah
  • 5 gram bawang putih
  • 5 gram halia

Bahan sampingan:

  • Telur goreng
  • Bawang – potong dadu
  • Tomato – potong dadu
  • Cili hijau segar – potong dadu
  • Daun ketumbar – dicincang
  • Limau nipis  – dibelah dua

Cara penyediaan:

  1. Masukkan minyak ke dalam kuali panas dan tumis adunan tadi hingga wangi. Masukkan serbuk kari, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih. Kacau hingga sebati dan naik bau.
  2. Masukkan daging cincang dan kacau hingga daging masak. Masukkan ke dalam air dan biarkan mendidih. Setelah campuran mendidih, masukkan jus asam jawa dan kacang (bersama cecair). Masukkan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.
  3. Menggunakan bahagian belakang sudip, pecahkan sebilangan kacang dan masak sehingga campuran menjadi pekat.
  4. Hidangkan ke dalam mangkuk dan hiasi dengan telur mata kerbau, tomato dadu, bawang, cili dan ketumbar. Perah sedikit limau nipis / jus lemon. Makan bersama roti.

SUMBER

  • http://kompilasiresepi.blogspot.com/2017/11/resepi- kacang-pool-johor.html
  • https://sedapfood.com/resepi-kuah-kacang-pool-johor-sedap-dan-mudah/
  • https://dapurch.blogspot.com/2018/01/resepi-kacang-pool-mudah-dan-sedap.html
  • https://mayakitchenette.com/foul-medames-kacang-phool/
  • https://justasdelish.com/kacang-phool/
Summary
Article Name
5 resepi mudah kacang pool
Description
Resepi kacang pool yang sedap dan mudah pasti dicari-cari oleh penggemar kacang pool.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: