Now Reading
5 Resepi Kuih Tradisional Sarawak

5 Resepi Kuih Tradisional Sarawak

5 Resepi Kuih Tradisional Sarawak

Negeri Sarawak yang juga dikenali dengan nama Bumi Kenyalang ini mempunyai pelbagai jenis makanan yang agak sukar didapati di Semenanjung Malaysia suatu tika dahulu. Namun, kini di sekitar Semenanjung Malaysia sudah terdapat banyak restoran yang menyajikan hidangan dari negeri Sarawak.

Kewujudan banyak restoran makanan Sarawak telah memberi peluang kepada seluruh rakyat Malaysia menikmati pelbagai hidangan dari Sarawak yang begitu enak sekali. Makanan tradisional masyarakat Sarawak boleh terbahagi kepada dua jenis iaitu hidangan utama dan juga pencuci mulut.

Mungkin nama hidangan di Sarawak adakalanya kedengaran agak pelik, namun rasa setiap hidangan yang terdapat di Sarawak memberi 1001 rasa  yang begitu mempesonakan. Pastikan anda mencuba setiap hidangan unik di Sarawak sekiranya berpeluang untuk menjejakkan kaki ke Bumi Kenyalang ini.

Jika anda melancong ke Sarawak, pastikan anda mencuba makanan di sana kerana terdapat banyak hidangan istimewa yang sukar untuk anda temukan di negeri lain terutama di Semenanjung. Malah, kuih-muihnya juga mungkin sedikit berbeza dengan apa yang anda selalu makan jadi cuba kuihnya jika anda berkesempatan.

Dalam artikel ini, jom cuba sediakan sendiri 5 jenis kuih tradisional Sarawak seperti di bawah.

1. Kuih lemak takir

Kuih ini mungkin lebih terkenal bagi penduduk di Sarawak berbanding masyarakat di Semenanjung. Jika di Semenanjung, kita biasa mencari kuih seperti kuih lapis, kuih tepung pelita dan bermacam lagi ketika bulan puasa, kuih inilah yang menjadi kegemaran rakyat di Sarawak.

Jadi, jom lihat cara penyediaannya seperti di bawah.

Bahan-bahan:

  • 1 paket tepung beras
  • 500gram gula apong
  • 2 biji kelapa
  • 1.25 liter air
  • Daun pucuk (nipah)
  • Lidi

Cara penyediaan:

  1. Daun pucuk dibentuk menjadi empat segi memanjang seperti sampan dan semat kedua-dua hujungnya dengan lidi.
  2. Cairkan gula apong dan ketepikan.
  3. Perah santan bersama air.
  4. Bancuh dengan tepung beras sehingga mendapat adunan yang rata.
  5. Tuangkan sedikit gula apong tadi dan ratakan adunan tepung di atasnya.
  6. Kukus sehingga ia masak.
  7. Kuih lemak takir anda sedia dihidangkan.

2. Kuih cincin

Kuih ini juga sering didapati di negeri Sabah tetapi apa yang membandingkannya dengan kuih cincin di Sarawak adalah dengan penggunaan gula apong sebagai bahan utama. Ia turut mendapat tempat di kalangan pelancong sekiranya datang ke Sarawak.

Jadi, jom lihat cara penyediaannya seperti di bawah.

Bahan-bahan:

  • 1 cawan gula apong/ gula Melaka
  • 200gram gula merah
  • 1/2 cawan gula pasir/ kastor
  • 1 1/2 cawan air
  • 2 sudu minyak masak
  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 botol/ mangkuk kecil untuk dicelup pada gorengan pertama

Cara penyediaan:

  1. Cairkan gula apong bersama merah dengan api kecil.
  2. Ketepikan gula dan biar ia kekal suam.
  3. Masukkan ke dalam bekas yang mengandungi gula pasir, minyak masak dan garam.
  4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan kacau hingga menjadi adunan doh yang lembut.
  5. Uli doh menggunakan tangan atau mesin hingga doh tidak melekat di tangan.
  6. Ambil doh dan sapu tepu di atas papan mencanai dan di atas doh itu sendiri.
  7. Mula canai hingga doh menjadi nipis ikut ketebalan yang anda mahukan
  8. Bentukkan adunan menjadi bulat dan “tebuk” 4 lubang ditengahnya.
  9. Goreng dengan api sederhana sehingga ia seperti sedikit garing dan warna kecoklatan.
  10. Tapiskan lebihan minyak dan kuih cincin anda sedia untuk dihidangkan.

3. Tebaloi

Ini adalah salah satu kuih tradisional bagi orang Melanau yang diperbuat daripada tepung dan lemantak kelapa sebagai bahan utamanya. Ia juga terkenal di kalangan penduduk tempatan serta pelancong asing.

Jadi, jom lihat cara penyediaannya seperti di bawah.

Bahan-bahan:

  • 2 biji telur
  • 700gram tepung sagu
  • 1kg kelapa parut (dibuang kulit ari – kulit hitam di luar kelapa)
  • 500gram gula
  • 40gram tepung kunyit (pewarna)

Cara penyediaan:

  1. Pukul telur dan gula sehingga kembang dan hancur.
  2. Masukkan kelapa, tepung sagu, tepung kunyit dan kacau hingga rata dan sebati.
  3. Canai adunan di atas daun pisang nipis atau apa-apa jenis dulang atau papan yang sesuai.
  4. Bagi proses bakar kali pertama, bakar selama 4 hingga 5 minit dengan suhu 350°C (separuh masak).
  5. Keluarkan dan potong mengikut saiz yang anda mahukan.
  6. Bagi proses bakar kali kedua, bakar selama 15 minit dengan suhu 180°C.
  7. Keluarkan dari ketuhar dan biarkan ia sejuk seketika.
  8. Kuih tabaloi anda sedia untuk dihidangkan.

4. Kuih kelupis

Kuih ini merupakan sejenis pulut yang dibungkus menggunakan daun palas. Ia merupakan antara hidangan wajib bagi perayaan yang disambut di negeri Sarawak terutama perayaan Hari Raya. Ia boleh dimakan begitu sahaja mahupun dimakan bersama rendang atau lauk pauk yang lain.

Jadi, jom lihat cara penyediaannya seperti di bawah.

Bahan-bahan:

  • Beras pulut
  • Santan pekat
  • Sedikit garam
  • Daun palas
  • Daun pisang

Cara penyediaan:

  1. Rendam beras pulut selama 1 hingga 2 jam.
  2. Masak pati santan bersama sedikit garam sehingga ia mendidih.
  3. Toskan beras pulut kemudian masukkan ke dalam santan.
  4. Sukat santan dengan sekata dengan beras pulut.
  5. Kacau beras pulut dengan kerap bagi mengelakkan ia hangus serta agar semua santan meresap ke dalamnya.
  6. Masukkan beras pulut ke dalam pengukus dan kukus sehingga ia masak.
  7. Keluarkan dan tuangkan dalam dulang besar.
  8. Ratakan pulut dan potong ikut saiz yang anda mahukan.
  9. Rapikan bentuk potongan pulut menggunakan daun pisang.
  10. Ambil daun palas, dan masukkan pulut serta bungkusnya dengan baik.
  11. Kemudian, ambil 4 hingga 5 bungkus kuih kelupis dan ingat menjadi satu menggunakan tali rapia.
  12. Kukus sekali lagi selama 40 hingga 60 minit.
  13. Keluarkannya dan kuih kelupis anda sedia untuk dihidangkan.

5. Kuih celoret

Ada yang memanggilnya sebagai kuih celoret, tapi ada juga yang mengenalinya sebagai kuih cerorot mahupun kuih jelurut, namun ianya sama sahaja. Kuih ini adalah makanan tradisi yang terkenal dalam masyarakat Melanau. Malah, ia juga merupakan antara kuih tradisional di negara Brunei dan negeri jirannya, Sabah. Ia mempunyai banyak perisa seperti durian pandan dan sebagainya.

Jadi, jom lihat cara penyediaannya seperti di bawah.

Bahan-bahan:

  • 200gram tepung beras (diayak)
  • 500ml santan
  • 50ml air
  • 130gram gula apong tau gula Melaka
  • Secubit garam
  • Daun nipah
  • Saun pandan
  • Lidi

Cara penyediaan:

  1. Bagi membuat kelongsong, gulung hujung daun dan masukkan ke dalam jari telunjuk untuk mendapatkan bentuk yang cantik.
  2. Cucuk hujung daun menggunakan lidi agar ia tidak terbuka.
  3. Kemudian, didihkan air, garam dan daun pandan di dalam periuk kukus serta aturkan kelongsong ke dalam bekas secara menegak.
  4. Masak santan bersama sedikit air sehingga mendidih.
  5. Kemudian, masukkan gula Melaka dan kacau sehingga bahan larut.
  6. Masukkan bancuhan santan ke dalam bekas berisi tepung beras dan kacau dengan rata.
  7. Tuang adunan tepung beras tadi ke dalam kelongsong dan kukus hingga ia masak dalam tempoh sekitar 25 hingga 30 minit.
  8. Kuih celoret anda sedia untuk dihidangkan.

Dengan semua resepi kuih tradisional Sarawak di atas, pastikan anda mencubanya dengan baik terutama bagi mereka yang tidak pernah merasakannya sebelum ini!

Selamat mencuba!

Panasonic Stand Mixer

RM169.00

Pengadun pendirian Panasonic adalah pembantu dapur yang boleh dipercayai yang menjadikan memasak menyeronokkan dan mudah. Pengadun berdiri direka dengan sempurna untuk membakar kek, pastri bahkan mencampurkan doh untuk membuat pizza. Selain memasak, aktiviti baking juga semakin popular ketika kuarantin ini. Apa kata beli mesin pengadun kek ini untuk memudahkan aktiviti baking anda. Ianya sesuai untuk apa jua jenis adunan daripada kek yang lembut ke doh cookies yang lebih kenyal. Pengadun kek ini mempunyai 5 speed mixing dan mangkuk berputar sebesar 3 liter

Tefal Cook Easy Wok 36cm with Lid     

RM329.00

Teknologi THERMO-SIGNAL® menunjukkan suhu memasak permulaan yang ideal yang menjamin tekstur, warna dan rasa yang sempurna. Kuali ini sangat ringan dan sangat mudah untuk dikendalikan ketika menggoreng. Ianya diperbuat daripada aluminium yang menyebarkan haba dengan sekata agar makanan yang dimasak dapat dimasak sepenuhnya. Kuali yang mempunyai lapisan tidak mudah melekat ini dapat memastikan makanan tidak mudah hangus terbakar. Manakala, luas kuali dan kedalaman kuali ini juga agak besar dan sesuai untuk semua jenis masakan.

SUMBER

https://ilovepusa.blogspot.com/2015/02/kuih-tradisi-sarawak-kuih-lemak-takir.html

https://akuman999.blogspot.com/2018/02/resepi-kuih-cincin-sabah.html

https://pictureoffood.blogspot.com/2009/07/tebaloi-makanan-ringan-orang-melanau.html

https://buatsendiri-dirumah.blogspot.com/2016/09/diy-cara-buat-kuih-kelupis-sarawak.html

Kuih Celoret Tak Lapuk Dek Peredaran Zaman
error: Content is protected !!