cepat mengantuk
Adakah anda pernah mengalami situasi cepat mengantuk ketika sedang bekerja?

Adakah anda pernah mengalami situasi cepat mengantuk ketika sedang bekerja? Pastinya keadaan ini pernah berlaku kepada semua individu yang bekerja mahupun yang tidak bekerja. Ia lebih membimbangkan bagi mereka yang bekerja kerana keadaan cepat mengantuk ini mampu membuatkan anda tidak fokus semasa bekerja dan seterusnya mampu menjejaskan prestasi anda sekiranya ia berlaku dengan kerap.

Kadang kala, anda merasakan seperti telah mendapatkan rehat yang cukup pada hari sebelumnya, namun mengapa anda masih cepat  mengantuk? Jadi, mari kita kenali 5 punca yang membuatkan anda cepat mengantuk di tempat kerja.

Kurang sel darah merah Hemoglobin (anemia)

Kurang sel darah merah Hemoglobin (anemia)

Badan akan terasa lebih cepat penat dan membuatkan anda menguap lebih cepat berbanding individu lain sekiranya kandungan darah merah anda adalah kurang. Hal ini selalunya berlaku pada golongan wanita terutama semasa tempoh haid kerana mereka kehilangan banyak darah. Namun begitu, sekiranya anda merasakan simptom-simptom seperti cepat berasa lemah, sesak nafas serta selalu berdebar-debar, segera berjumpa dengan doktor anda. Lakukan pemeriksaan supaya anda dapat mengesan dengan lebih awal sekiranya anda mengalami keadaan anemia ini. Kurangnya darah merah boleh membuatkan anda cepat menguap kerana kandungan oksigen dalam darah adalah kurang dan menyebabkan proses-proses dalam badan menjadi perlahan.

Pengambilan kafein yang terlalu banyak

Ramai yang menyangka bahawa minum minuman berkafein mampu menghilangkan rasa ngantuk dan kenyataan ini tidak dapat dinafikan, namun pengambilan kafein yang terlalu banyak juga tidak baik buat badan kita. Ia boleh membuatkan kadar degupan jantung meningkat secara drastik, meningkatkan tekanan darah serta membuat kita cepat berasa penat. Kandungan kafein dan kompaun xanthines dalam minuman seperti kopi tidak dapat diproses dengan baik kerana jumlahnya yang terlalu banyak. Jadi, tidak peliklah sekiranya anda masih merasa cepat mengantuk walaupun setelah minum kopi sebelum melakukan kerja.

Terlalu banyak berfikir

Pekerjaan yang memerlukan anda untuk berfikir dengan cepat dan banyak akan membuatkan mental anda berada dalam keadaan penat. Ini berlaku kerana ia dipaksa bekerja tanpa henti bagi memastikan kerja anda dapat disiapkan pada masa yang ditetapkan. Adakah anda tahu bahawa otak kita juga perlu berehat buat seketika agar ia dapat berfungsi dengan lebih baik selepas waktu rehat itu? Anda pasti tidak mahu rasa mengantuk ketika dalam mesyuarat, semasa membuat pembentangan atau semasa menyiapkan tugas yang penting, jadi beri perhatian sekiranya badan anda menunjukkan tanda-tanda yang menyuruh anda berhenti dengan seketika. Bangunlah dari tempat duduk dan berjalan buat seketika juga sudah memadai untuk mengelakkan cepat mengantuk.

Kekurangan tenaga

Individu yang terlalu kuat bekerja atau ‘workaholic’ selalunya sering tidak ambil atau lewat makan kerana tiada masa. Alasannya adalah sama sahaja iaitu harus menyiapkan kerja dengan cepat dan kesuntukan masa. Adakah anda tahu bahawa mengambil makanan terutama sarapan mampu menjadikan badan anda lebih tenaga untuk bekerja selama berjam-jam? Makanan yang sihat sebagai sarapan mampu meningkatkan paras glukos dalam darah yang membekalkan tenaga mencukupi buat badan kita. Namun begitu, elakkan makan makanan berat seperti nasi lemak kerana kandungan makanan itu mampu membuatkan kita berasa cepat mengantuk walaupun baru masuk waktu tengah hari.

Persekitaran yang tidak selesa

Persekitaran yang tidak selesa

Apabila anda bekerja dalam persekitaran yang tidak selesa, berselerak dan menyakitkan mata, ini akan membuatkan anda tidak semangat untuk melakukan kerja. Ia juga mampu menjadikan badan anda cepat berasa letih kerana anda mudah terganggu dengan perkara lain selain kerja anda. Jadi, tetapkan kawasan kerja yang bersih dan kemas agar anda dapat membuat kerja dengan lebih baik. Persekitaran yang tidak selesa mampu mengehadkan otak anda daripada berfikir dan seterusnya anda akan merasa cepat mengantuk kerana tidak dapat membuat apa-apa perkembangan.

Oleh itu, ketahuilah punca mengapa anda cepat mengantuk agar tindakan yang betul boleh dibuat bagi mengatasi masalah itu. Walaupun rasa mengantuk itu satu perkara yang boleh berlaku pada mana-mana individu, pastinya anda akan berasa lebih selesa semasa membuat kerja sekiranya badan dan minda anda berada dalam keadaan yang aktif dan bukannya pasif.

SUMBER

https://community.intelex.com/explore/posts/7-signs-fatigue-and-how-it-affects-workplace

https://www.thebalancecareers.com/causes-of-afternoon-slump-3514765

https://www.opensourcedworkplace.com/news/what-is-workplace-fatigue-signs-impact-types-causes-and-dangers-of-workplace-fatigue

https://www.verywellmind.com/stress-and-burnout-symptoms-and-causes-3144516

Summary
5 Punca Anda Cepat Mengantuk di Tempat Kerja
Article Name
5 Punca Anda Cepat Mengantuk di Tempat Kerja
Description
Kadang kala, anda merasakan seperti telah mendapatkan rehat yang cukup pada hari sebelumnya, namun mengapa anda masih cepat rasa mengantuk? Jadi, mari kita kenali 5 punca yang membuatkan anda cepat mengantuk di tempat kerja.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: