green tea Malaysia
Green tea Malaysia kaya dengan anti oksidan dan nutrisi yang boleh melawan pelbagai penyakit, termasuklah mencegah kanser. Minum secawan green tea

Green tea Malaysia kaya dengan anti oksidan dan nutrisi yang boleh melawan pelbagai penyakit, termasuklah mencegah kanser. Minum secawan green tea setiap hari boleh membuang lebihan lemak, merendahkan risiko diabetes dan masalah kesihatan lain, meningkatkan fungsi otak dan meningkatkan tenaga.

Terdapat pelbagai jenama green tea yang bagus di pasaran dan pilihan boleh menjadi terlalu banyak. Di sini kami senaraikan green tea Malaysia terbaik yang mungkin anda sukai.

Lipton Matcha Green Tea

Ia hadir dalam paket 3 dalam 1 membuatkan bancuhan secawan matcha latte anda mudah. Matcha green tea diperbuat daripada daun teh hijau yang dipilih dengan teliti kemudian dikisar halus menjadi serbuk matcha ditambah dengan susu berkrim.

Hanya perlu menambah air untuk anda dapatkan minuman matcha pekat dan berbuih seolah – olah dibrew secara tradisional. Rasai green tea yang mewah dengan aroma dan rasa bertenaga dengan Lipton Matcha Green Tea 3 dalam 1.

Himalaya Green Tea

Diet bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan dan mengambil masa, tenaga untuk melakukan serta persediaan mental.

Jadi dengan memasukkan minuman teh hijau lazat ini boleh menurunkan berat tidak sihat anda. Ia juga membantu anda merawat masalah pencernaan serta masalah berkaitan kardium.

Anda boleh mengamalkan gaya hidup sihat tanpa perlu meninggalkan terlalu banyak makanan lazat.

Lipton Pure Green Tea Bag

Lipton Pure Green Tea Bag adalah pilihan tanpa gula yang sesuai untuk mereka yang mencari minuman 0 kalori. Ia diperbuat daripada 100% serbuk matcha.

Apabila ditambah air, anda akan mendapatkan secawan teh hijau dengan mudah. Bau teh yang wangi membantu menenangkan deria anda dan memanaskan tubuh anda, terutama apabila anda berada di pejabat atau di dalam perpustakaan.

Ahmad Tea Pure Green Tea

Green Tea adalah antara teh pertama yang dieksport ke China, dan ditanam dan diproses selama hampir 5000 tahun. Tidak seperti teh hitam, daun green tea tidak boleh teroksida, tetapi kekal hijau dan memberi rasa yang unik.

Green tea menggalakkan rasa tenang dan sejahtera. Ahmad Tea Pure Green Tea mempunyai rasa lembut dan ringan, membuatkan ia minuman yang sesuai dinikmati bila-bila masa.

Ahmad Tea Jasmine Green Tea

Ahmad Tea Jasmine Green Tea sangat sesuai apabila anda memerlukan sesuatu yang menenangkan dan merelakskan minda.

Ditambah dengan bauan daripada bunga Jasmin, teh hijau ini memberikan rasa yang seimbang tanpa perlu ditapis jadi ia memudahkan anda untuk menikmatinya.

Setiap teh dibungkus dengan rapi bersama dengan tali, bagi memudahkan anda merendamnya, menariknya keluar selepas green tea dibancuh sempurna. Kembalikan tenaga harian anda dengan Ahmad  Tea Jasmine Green Tea.

Aik Cheong Matcha Green Tea

Aik Cheong Match Green Tea mengandungi 12 uncang mewah dengan green tea latte pra campuran. Diperbuat dengan campuran sebati 100% serbuk green tea, sedikit gula dan krimer dan hasilnya minuman yang mewah dan aromatik.

Setiap uncang yang mewah dengan campuran ini boleh dikongsi berdua! Persahabatan dan secawan matcha latte tidak lagi mustahil dengan Aik Cheong Match Green Tea.

Fuji Japanese Matcha Green Tea Powder

Jepun dikenali dengan teh hijaunya. Kebanyakan produknya seperti manisan dan makanan adalah daripada teh hijau. Serbuk teh hijau matcha ini tidak kurang hebatnya walaupun tanpa uncang.

Cuma bezanya adalah, ia lebih mewah dengan rasa. Boleh digunakan untuk membakar kek, membuat milkshake atau menaburkannya pada pemanis mulut anda.

BOH Green Tea Latte dengan Matcha Campuran Teh Segera

Dibuat dengan serbuk jepun matcha yang sebenar dan semula jadi ditambah dengan ekstrak daun stevia, memberikan anda rasa lembut yang tepat serta rasa berkrim yang hebat.

Hanya perlu kosongkan satu batang pek bungkusan campuran BOH tea ke dalam cawan lalu dimasukkan ke dalam air panas. Kemudian hanya perlu kacau dan ia sedia untuk diminum. Semudah itu!

HICOMI Matcha Green Tea Latte

Mulakan hari anda dengan Matcha Green Tea Latte baharu yang kaya, aromatik, kaw dalam rasa dan membiarkan anda terasa manis selepas meminumnya.

HICOMI Ipoh White Coffee dikenali sebagai jenama kopi terkenal di Malaysia. Mereka komited dalam menyediakan produk terbaik, simbol budaya unik kota Ipoh. Menggunakan mesin dan bahan yang terbaik, mereka memastikan ia pada kualiti tertinggi.

EVERYDAY Matcha Latte

Matcha diimport jauh daripada Jepun, dengan pilihan baharu keluaran Everyday iaitu Matcha Latte Japanese Tea. Dengan susu tepung skim daripada New Zealand, 100% tanpa perasa tiruan, menghasilkan secawan matcha latte berkrim dengan aroma matcha yang semula jadi dan rasa susu yang lembut. Sisipan lembut matcha latte membuatkan anda tidak lupa rasa nikmatnya.

SUMBER

https://ahmadtea.my/product/green-tea-pure/

LAZADA

https://findgoodbuy.com/best-green-tea-malaysia/

Summary
5 Produk Green Tea Malaysia dan 5 Serbuk Matcha
Article Name
5 Produk Green Tea Malaysia dan 5 Serbuk Matcha
Description
Produk green tea Malaysia kaya dengan anti oksidan dan nutrisi yang boleh melawan pelbagai penyakit, termasuklah mencegah kanser.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: