rawatan keracunan makanan
Petua rawatan keracunan makanan adalah penting ketika mengalami keadaan sukar begitu agar anda dapat mengatasinya segera.

Petua rawatan keracunan makanan adalah penting ketika mengalami keadaan sukar begitu agar anda dapat mengatasinya segera. Simptom biasa termasuklah najis berbentuk cecair, muntah, kekejangan abdomen dan perut kembung. Dengan mengeluarkan najis berbentuk cecair, atau cirit-birit, ia adalah cara badan anda mengatasi gangguan/racun dalam sistem gastrousus anda. Keracunan makanan boleh berlangsung kurang daripada 2 minggu dan boleh datang dari pelbagai punca seperti:

  • Jangkitan virus (Norovirus)
  • Jangkitan bakteria (Salmonella, E.Coli)
  • Makan makanan atau minum air daripada sumber yang tercemar

Keracunan makanan adalah keadaan biasa dalam kalangan kanak-kanak dan sering disebabkan oleh virus. Selain itu, pengembara juga sering mendapat keracunan makanan jika anda mengembara ke kawasan yang kurang berkembang dengan air dan sumber makanan yang tercemar. Malah, bakteria daripada makanan yang tidak disimpan atau dimasak dengan betul juga boleh menyebabkan keracunan makanan.

Berikut adalah beberapa petua penting:

1. Hidrasi

Hidrasi adalah sangat penting jika anda mengalami keracunan makanan. Dehidrasi, akibat salah satu simptom iaitu cirit-birit, boleh mengancam nyawa kanak-kanak dan golongan dewasa. Larutan oral pediatrik atau dewasa boleh digunakan sebagai rawatan keracunan makanan bersama simptom cirit-birit.

Selain itu, minuman seperti alkohol, susu, soda dan minuman berkarbonat atau berkafein perlu dielakkan sama sekali kerana ia boleh menyebabkan simptom anda menjadi lebih teruk.

2. Probiotik

Probiotik adalah sumber bakteria baik yang bekerja dalam saluran usus untuk mencipta persekitaran usus yang sihat. Ia terdiri daripada mikroorganisma hidup yang terdapat dalam makanan tertentu, termasuk:

  • Keju
  • Coklat gelap
  • Zaitun hijau
  • Kimchi
  • Kombucha
  • Miso
  • Natto
  • Jeruk
  • Tempeh
  • Yogurt
  • Suplemen probiotik

Bakteria baik yang tinggal dalam saluran usus adalah penting untuk mengekalkan fungsi normal sistem gastrousus anda. Ia memainkan peranan penting dalam memelihara usus daripada jangkitan.

3. Ubat-ubatan farmasi

Di bawah pemerhatian doktor, sesetengah ubat-ubatan di farmasi boleh digunakan sebagai rawatan keracunan makanan jika simptomnya tidak begitu teruk. Ubat-ubatan tersebut termasuklah:

  • Bismuth subsalicylate (Pepto-Bismol and Kaopectate)
  • loperamide (Imodium)

Ubat-ubatan ini hanya boleh melegakan simptom, tetapi tidak merawat keracunan makanan atau punca dasar yang lain.

4. Makanan yang perlu dimakan

Walaupun ia kedengaran bertentangan, makan makanan tertentu boleh membantu sebagai rawatan keracunan makanan anda dan memastikan kesihatan anda tidak begitu terjejas melalui tidak makan. Anda disyorkan mengambil makanan rendah serat yang boleh memejalkan najis anda seperti:

  • Pisang
  • Beras
  • Sos epal
  • Roti bakar

Makanan lain yang boleh ditoleransi sewaktu keracunan makanan termasuklah:

5. Makanan yang perlu dielakkan

Makanan bergoreng dan berminyak biasanya tidak boleh diterima bagi individu yang mengalami keracunan makanan. Selain itu, anda juga perlu mempertimbangkan untuk mengehadkan makanan tinggi serat seperti bran, buah-buahan dan sayur-sayuran yang boleh menyebabkan kembung. Makanan-makanan tersebut termasuklah:

  • Alkohol
  • Pemanis tiruan
  • Kacang
  • Beri
  • Brokoli
  • Kobis
  • Kobis bunga
  • Kacang dhal
  • Kopi
  • Jagung
  • Ais krim
  • Kacang pis
  • Cili
  • Prun
  • Teh

Sumber:

https://www.healthline.com/health/food-nutrition/what-to-eat-after-food-poisoning

https://www.webmd.com/food-recipes/food-poisoning/understanding-food-poisoning-treatment

https://food.ndtv.com/food-drinks/try-these-8-remedies-treat-food-poisoning-naturally-775151

https://www.medicalnewstoday.com/articles/154555

Summary
Article Name
5 Petua Rawatan Keracunan Makanan
Description
Petua rawatan keracunan makanan adalah penting ketika mengalami keadaan sukar begitu. Semua individu pasti pernah mengalami keracunan makanan dalam hidup mereka.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: