Vape
Anda juga mungkin tergoda bertukar kepada rokok elektronik (e-rokok/ e-cigarettes) sebagai satu cara peralihan daripada menghisap rokok biasa kepada tidak merokok langsung. Tetapi adakah menghisap rokok-elektronik (yang juga dipanggil vaping) lebih baik berbanding dengan menghisap rokok yang mengandungi kandungan tembakau? Dapatkah rokok-elektronik ini membantu anda berhenti merokok selama-lamanya?

Sekiranya anda memasang niat untuk berhenti merokok, anda bukan bersendirian. Kira-kira tujuh daripada 10 perokok mengatakan mereka ingin berhenti merokok. Berhenti merokok adalah satu cara terbaik yang anda boleh lakukan untuk kesihatan badan anda, kerana merokok menjejaskan hampir kesemua organ dalam badan termasuk jantung. Hampir satu pertiga kematian penyakit jantung disebabkan oleh tabiat merokok dan asap rokok. Anda juga mungkin tergoda bertukar kepada rokok elektronik (vape/ e-cigarettes) sebagai satu cara peralihan daripada menghisap rokok biasa kepada tidak merokok langsung.

Tetapi adakah menghisap rokok-elektronik (yang juga dipanggil vaping) lebih baik berbanding dengan menghisap rokok yang mengandungi kandungan tembakau? Dapatkah rokok-elektronik ini membantu anda berhenti merokok selama-lamanya?

 

Kebenaran No 1: Rokok elektronik (vape) kurang merbahaya daripada rokok yang berisi tembakau.

Rokok elektronik memanaskan nikotin (ekstrak yang dihasilkan daripada tembakau, perasa dan bahan kimia lain yang mencipta wap air yang anda sedut). Rokok tembakau mengandungi 7,000 bahan kimia, yang kebanyakannya mengandungi toksik. Meskipun tiada siapa tahu berapa banyak bahan kimia yang ada dalam rokok elektronik ini, jadi kemungkinan anda terdedah kepada bahan kimia yang kurang bertoksik berbanding rokok tembakau.

 

Kebenaran No. 2: Rokok elektronik (vape) masih boleh mengancam kesihatan

Nikotin masih menjadi agen utama dalam kedua-dua jenis rokok ini, dan ia boleh menyebabkan ketagihan yang tinggi. Ia menjadi punca anda ingin kerap merokok dan merasai simtom-simtom penderitaan dan kesakitan jika anda menolak rasa ketagihan untuk merokok. Nikotin juga adalah bahan toksik. Ia boleh menaikkan tekanan darah dan adrenalin, yang boleh meningkatkan kadar degupan jantung dan anda berisiko mendapat serangan jantung.

Maklumat mengenai vape dan rokok elektronik ini tidak banyak yang diketahui, termasuk bahan kimia yang digunakan untuk menghasilkan wap dan apakah kesannya pada kesihatan fisikal dalam jangka masa yang panjang. Orang ramai perlu tahu bahawa rokok elektronik mengundang bahaya pada kesihatan. Ini kerana anda mendedahkan diri pada pelbagai bahan kimia yang tidak dikenalpasti kandungannya dan keselamatan penggunaannya.

 

Kebenaran No 3: Vape sama ketagihannya seperti rokok tembakau

Kedua-dua rokok ini mengandungi nikotin, yang mana pakar selidik mengatakannya mempunyai tahap ketagihan sama seperti heroin dan kokain. Apa yang lagi teruk adalah, semua perokok elektronik menyedut lebih banyak nikotin daripada vape – ini kerana anda boleh membeli katrij ‘extra-strength’, yang mempunyai kandungan nikotik yang tinggi, atau anda boleh menambah voltan pada rokok elektronik untuk mendapatkan lebih bahan di dalamnya.

 

Kebenaran No 4: Rokok Elektronik bukan peralatan berhenti merokok yang terbaik

Sungguhpun rokok elektronik dikatakan membantu dalam proses berhenti merokok, ia tidak mendapat sebarang kelulusan daripada Pentadbiran Makanan dan Dadah sebagai peralatan berhenti merokok. Satu kajian terbaru mendapati rata-rata orang ramai yang mengguna rokok eletronik atau vape sebagai satu cara untuk membuang habit menghisap nikotin akhirnya menghisap kedua-dua jenis rokok tersebut.

 

Kebenaran No 5: Generasi sekarang semakin ketagih kepada nikotin

Di kalangan anak-anak muda sekarang, rokok elektronik semakin popular berbanding rokok tembakau. Pada tahun 2015, pakar bedah di Amerika Syarikat membuat laporan bahawa rokok elektronik semakin banyak digunakan oleh pelajar sekolah menengah mempunyai keninkatan sehingga 900 peratus, dan 40 peratus penghisap muda ini tidak pernah menghisap rokok tembakau.

Terdapat tiga sebab mengapa rokok elektronik lebih digemari oleh anak-anak muda sekarang. Pertama, mereka percaya yang menghisap rokok elektronik tidak merbahaya berbanding rokok tembakau. Kedua, kos menghisap rokok elektronik lagi murah jika dibandingkan dengan harga rokok tembakau. Ketiga, katrij vape ini dicampurkan dengan perisa menarik seperti pai epal dan buah tembikai yang menambah rasa sedap sewaktu menyedut rokok elektronik.

Maka golongan muda mahupun dewasa merasakan kekurangan asap yang terhasil daripada rokok elektronik ini tidak banyak menggangu persekitaran. Tanpa bau asap yang busuk, rokok elektronik ini mengurangkan stigma kesan merokok.

Apa yang semakin membimbangkan dalam peningkatan penggunaan rokok elektronik adalah golongan yang selama ini tidak merokok lebih-lebih lagi di kalangan anak-anak muda, akan menyebabkan mereka terdedah kepada keinginan untuk mencuba menghisap rokok elektronik ini.

Sudahlah menjadi satu hal yang tidak elok, menukar tabiat merokok tradisional kepada rokok elektronik atau vape , kemudian memulakan tabiat menyedut nikotin mengguna rokok elektronik dan kesannya, rokok tembakau juga menjadi pilihan sewaktu merokok.

SUMBER

https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/5-truths-you-need-to-know-about-vaping

https://www.cdc.gov/tobacco/basic_information/e-cigarettes/Quick-Facts-on-the-Risks-of-E-cigarettes-for-Kids-Teens-and-Young-Adults.html

https://www.drugabuse.gov/publications/drugfacts/vaping-devices-electronic-cigarettes

https://www.healthychildren.org/English/health-issues/conditions/tobacco/Pages/Facts-For-Parents-About-E-Cigarettes-Electronic-Nicotine-Delivery-Systems.aspx

Summary
5 perkara anda perlu tahu tentang vape atau rokok elektronik
Article Name
5 perkara anda perlu tahu tentang vape atau rokok elektronik
Description
Adakah menghisap rokok-elektronik (yang juga dipanggil vape) lebih baik berbanding dengan menghisap rokok yang mengandungi kandungan tembakau? Dapatkah rokok-elektronik ini membantu anda berhenti merokok selama-lamanya?
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: