Bayi yang berumur 1 tahun, mereka telah masuk ke peringkat baru seperti pelbagai inovasi dan juga diet. Setiap ibu perlu sentiasa memerhati diet bayi selepas 1 tahun kerana mereka aktif berkembangan.

            Bayi yang mencapai 1 tahun, mereka memerlukan 1000 kalori, 700mg kalsium, 600 Vitamin D dan 7mg zat besi setiap hari untuk perkembangan tubuh badan mereka. Terdapat pelbagai makanan yang boleh diberikan antaranya ialah:

  1. Buah-buahan yang lembut

Buah-buahan seperti banana dan buah pic boleh memberi kepada bayi yang berumur 1 tahun. Buah-buahan mengandungi vitamin dan nutrisi yang baik. Elakkan memberi bayi kepingan buah-buahan yang besar ataupun satu biji buah-buahn kerana mereka akan tercekik. Contoh buah anggur. Ibu perlu memotong buah anggur separuh berbanding memberi bayi satu biji buah anggur sendiri. Selain itu, buah-buahan boleh dijadikan smootie atau sebagai makanan ringan.

2. Yogurt dan susu

Kedua-dua makanan ini kaya dengan kalsium dan vitamin B. Ini boleh membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi. Kadar harian produk ini tidak melebihi 200ml. Makanan berat boleh membebankan sistem pencernaan oleh sebab itu, ibu perlu memberi susu secara ekslusif kepada bayi.

3. Telur

Telur adalah makanan terutama dan terbaik untuk kanak-kanak. Telur boleh membantu kesihatan mata dan perkembangan otak. Telur mengandungi protein, lemak dan nutrisi yang lain. Ibu boleh campurkan telur ke dalam bubur, sayuran atau membuat omelet kerana telur kuning adalah penting di dalam diet mereka. Walau bagaimanapun, telur juga akibat alahan terhadap sesetengah kanak-kanak.

4. Sayur-sayuran

Ibu boleh memberi bayi sayur-sayuran dalam diet mereka. Sayur-sayuran seperti brokoli, lobak merah, kacang hijau dan lain-lain. Cara menyediakan, ibu boleh merebus sayur, mendidih dan membuat salad dicincang halus. Ibu juga perlu memastikan keadaan bayi kerana sebahagian sayur akan menyebabkan pembentukan gas dalam usus bayi.

5. Daging

Daging mempunyai protein yang tinggi dan nutrisi lain untuk perkembangan tubuh badan bayi. Ibu perlu menyediakan daging dalam diet bayi sekurang-kurangnya 5 kali seminggu. Ibu boleh memilih daging rendah lemak dan lembut seperti ayam belanda, ayam dan daging lembu supaya mudah ditelan oleh bayi.

Terdapat pelbagai resipi hidangan di Internet, ibu boleh memilih and melihat sebagai rujukan. Walau bagaimanapun, diet yang bagus boleh membantu perkembagan bayi terutamanya umur 1 tahun kerana mereka baru belajar makan makanan pepejal.

Makanan yang Dilarang Untuk Bayi Di Bawah Umur 1 Tahun

  • Madu

Madu mengandungi spora bakteria iaitu Clostridium botulinumyang yang boleh menjejaskan usus bayi yang itdak matang. Biasanya dijumpai di dalam tanah dan pelbagai makanan terutama makanan mentah.

  • Susu Segar dan Susu Penuh Krim

Susu ibu ataupun formula susu tidak boleh digantikan oleh susu segar dan susu penuh krim sehingga anak berusia 1 tahun. Ini kerana komponen dan nutrien yang terdapt dalam susu tersebut tidak cukup untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi.

  • Buah-buahan Sitrus

Buah-buahan Sitrus boleh menjejaskan bayi ruam dan sakit perut kerana ia sangat berasid. Iab oleh menjejaskan system usus dan salur penghadaman bayi yang belum matang.

  • Buah Strawberi dan Kacang Tanah

Makanan akan menyebabkan reaksi alergik yang teruk sehingga mengancam nyawa jika anak keluarga mempunyai sejarah alahan dalam keluarga. Kemungkinan anak akan mengalami alergik terhadap makanan tersebut.

Sumber:

https://www.healthline.com/nutrition/food-for-1-year-old

https://wholesomebabyfood.momtastic.com/forbiddenbabyfood.html

Summary
5 Makanan Yang Sesuai Untuk Bayi 1 Tahun Anda
Article Name
5 Makanan Yang Sesuai Untuk Bayi 1 Tahun Anda
Description
Bayi yang berumur 1 tahun, mereka telah masuk ke peringkat baru seperti pelbagai inovasi dan juga diet. Setiap ibu perlu sentiasa memerhati diet bayi selepas 1 tahun kerana mereka aktif berkembangan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: