Grapefruit

Limau gedang adalah buah sitrus yang mempunyai rasa pahit dan masam. Ia mengandungi pelbagai vitamin dan mineral penting. Limau gedang boleh dimakan secara terus atau dibuat jus. 

Kandungan nutrient dalam limau gedang dapat melindungi kulit dan membantu menjadikan kulit lebih sihat. Limau gedang juga dapat mengawal berat badan anda! Walaupun begitu, limau gedang ini masih perlu dihindarinya. Mengapa? Jom baca artikel ini untuk pengetahuan lebih lanjut mengenai manfaat limau gedang dan mengapa anda harus menghindarinya!

Manfaat limau gedang

1. Rendah Kalori dan Tinggi Nutrien

Limau gedang adalah makanan yang sangat sihat untuk dimasukkan ke dalam makanan anda. Limau gedang kaya dengan antioksidan. Ia mengandungi sejumlah serat yang mencukupi dan juga lebih daripada 15 vitamin dan mineral bermanfaat.

2. Meningkatkan Sistem Imunisasi

Pengambilan limau gedang secara berkala meningkatkan sistem imunisasi anda. 

Kandungan vitamin C yang tinggi membekalkan antioksidan yang akan melindungi sel-sel tubuh badan dari bakteria dan virus berbahaya. 

Selain itu, beberapa kajian menunjukkan vitamin C bermanfaat untuk membantu orang sembuh lebih cepat dari selesema biasa. Vitamin A pula terbukti dapat membantu melindungi dari keradangan dan beberapa penyakit berjangkit.

Limau gedang juga mempunyai kandungan nutrien yang lain seperti vitamin B, zink, copper dan zat besi yang semuanya bekerjasama dalam tubuh untuk meningkatkan fungsi sistem imunisasi. Ia juga membantu menjaga kulit anda dan mencegah daripada sebarang jangkitan. Selain limau gedang, anda boleh mencuba produk berikut untuk meningkatkan imun anda.


BRAND’S Essence of Chicken untuk Imuniti & Penguat Tenaga 15’s Single Pack

RM 81.00

BRAND’S Essence of Chicken adalah makanan tambahan yang ideal untuk orang sibuk, pemandu yang perlu fokus di jalan raya, pelajar yang perlu mengatasi jadual belajar mereka yang sibuk dan warga tua yang ingin menjadi lebih aktif. Produk ini membantu meningkatkan imuniti, meningkatkan daya tumpuan, mengurangkan rasa letih, meningkatkan pemulihan selepas bersenam, meningkatkan kualiti susu ibu dan mengurangkan tindak balas glisemik.

3. Mengawal Selera Makan

Limau gedang mengandungi sejumlah serat yang cukup banyak kira-kira 2 gram bagi separuh buah bersaiz sederhana.

Penyelidikan menunjukkan bahawa diet buah ini kaya dengan serat bermanfaat untuk membuatkan rasa kenyang dan memudahkan proses pencernaan.

Oleh itu, pengambilan serat yang mencukupi dapat membantu anda mengambil lebih sedikit kalori sepanjang hari dengan mengekalkan selera makan anda. Seterusnya, untuk mengawal selera makan, anda boleh juga mencuba suplemen


SuperFIT-S Satiety™

RM 120.00

SuperFIT-Satiety ™ diformulasikan dengan bahan yang terbukti secara klinikal yang bertindak sebagai pengawal selera makan yang berkesan untuk mengurangkan pengambilan kalori dengan cara yang sihat. Produk ini membantu meningkatkan rasa kenyang, meningkatkan kadar metabolisme, meningkatkan tahap tenaga, meningkatkan kadar pembakaran lemak dan meningkatkan kesihatan emosi. Untuk penggunaan, tuangkan SuperFIT-S ™ ke dalam air atau minuman pilihan anda. Gaul rata dan minum segera. Untuk hasil terbaik, minum segera sebelum atau bersama dengan sarapan pagi.

4. Membantu Menurunkan Berat Badan

Limau gedang yang mempunyai kandungan serat yang tinggi membantu meningkatkan kadar masa kekenyangan seterusnya mengurangkan pengambilan kalori. 

Selain itu, limau gedang juga mengandungi kandungan kalori yang rendah tetapi tinggi kandungan air yang juga membantu proses penurunan berat badan. 

Ini bukan bermaksud limau gedang akan menurunkan berat badan tetapi penambahannya ke dalam diet harian terbukti bermanfaat. Produk berikut juga mampu membantu menurunkan berat badan anda.


VitaHealth Fiit-S 30’s

RM 179.00

VitaHealth Fiit-S menampilkan Sinetrol®, bahan penurun berat badan proprietari Mediterranean dengan keberkesanan yang terbukti secara klinikal terhadap pengurangan berat badan, lemak badan, pinggang dan pinggul. Sinetrol® berfungsi dalam tindakan 2 langkah. Pertama, ia mengaktifkan lipolisis untuk memecah trigliserida menjadi asid lemak bebas dan gliserol, yang mengakibatkan pengurangan jumlah sel lemak. Kemudian, ia mempercepat metabolisme untuk membakar lemak, menghilangkan asid lemak bebas sebagai haba.

5. Membantu Mencegah Ketahanan Insulin dan Diabetes

Pengambilan limau gedang secara berkala berpotensi untuk mencegah ketahanan insulin yang boleh menyebabkan diabetes.

Insulin adalah hormon yang mengatur banyak proses dalam badan anda. Sebagai contoh, ianya terlibat dalam banyak aspek metabolisme anda, tetapi ia paling terkenal dengan peranannya dalam kawalan gula dalam darah. Kadar insulin yang tinggi akan menyebabkan risiko diabetes jenis 2. Selain limau gedang, anda juga boleh mencuba suplemen


Appeton Wellness 60+ Diabetic (Vanilla) 900g

RM 131.00

Appeton Wellness 60+ Diabetic adalah makanan pemakanan yang pertama dan satu-satunya yang lengkap dan seimbang, dirumus khas untuk warga tua 60+ yang menghidap diabetes atau pra-diabetes. Ia juga sesuai untuk mereka yang mengalami komplikasi diabetes seperti hipertensi, penyakit kardiovaskular dan nefropati diabetes. Produk ini diformulasikan khas dengan karbohidrat pelepasan perlahan yang menyumbang kepada formulasi Indeks Glikemik (GI) yang rendah. Ia membekalkan tenaga secara beransur-ansur ke tubuh tanpa menyebabkan lonjakan glukosa plasma. Gula darah yang tinggi secara berterusan boleh membahayakan tubuh dan menyebabkan komplikasi lain. 

Grapefruit Bukan untuk Semua Orang

Terdapat beberapa sebab mengapa sesetengah orang perlu mengelakkan makan limau gedang.

Interaksi Ubat

Bagi sesetengah orang, pengambilan limau gedang dan jusnya boleh menyebabkan interaksi ubat.

Ini kerana, ianya mengandungi zat yang menghambat sitokrom P450, enzim yang digunakan tubuh anda untuk memetabolismekan ubat-ubatan tertentu.

Sekiranya anda memakan limau gedang semasa mengambil ubat ini, tubuh anda mungkin tidak dapat memecahkannya yang boleh menyebabkan dos berlebihan.

Ubat yang mungkin berinteraksi dengan limau gedang termasuk:

  • Imunosupresan
  • Benzodiazepin
  • Sebilangan besar penyekat saluran kalsium
  • Indinavir
  • Carbamazepine
  • Beberapa statin

Sekiranya anda mengambil ubat ini, berbincanglah dengan doktor anda sebelum menambahkan limau gedang ke dalam diet anda.

Hakisan Enamel Gigi

Dalam beberapa keadaan, memakan limau gedang boleh menyebabkan hakisan enamel gigi.

Asid sitrik yang terdapat dalam buah sitrus adalah penyebab umum hakisan enamel, terutamanya jika anda memakannya secara berlebihan

Sekiranya anda mempunyai gigi yang sangat sensitif, anda mungkin perlu mengelakkan buah yang berasid. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk menjaga enamel gigi sambil menikmati limau gedang:

  • Jangan sesekali menghisap limau gedang atau buah-buahan berasid lain dan elakkan meletakkannya terus ke gigi anda.
  • Bilas mulut anda dengan air setelah memakan buahnya dan tunggu 30 minit untuk menggosok gigi.
  • Makan keju dengan buah. Ini membantu meneutralkan keasidan di mulut anda dan meningkatkan pengeluaran air liur.

Limau gedang adalah salah satu buah paling sihat di planet ini. Ia kaya dengan vitamin, mineral dan antioksidan yang penting. Secara keseluruhan, limau gedang memang enak dan sangat senang ditambahkan ke dalam diet anda.

Sumber:

https://www.medicalnewstoday.com/articles/280882#summary

https://www.healthline.com/nutrition/10-benefits-of-grapefruit#TOC_TITLE_HDR_12

Summary
5 Khasiat Grapefruit & Mengapa Masih Perlu Mengelakkannya
Article Name
5 Khasiat Grapefruit & Mengapa Masih Perlu Mengelakkannya
Description
Grapefruit ataupun limau gedang adalah buah sitrus yang mempunyai rasa pahit dan masam. Ia mengandungi pelbagai vitamin dan mineral penting. Limau gedang boleh dimakan secara terus atau dibuat jus.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: