kerja part time di rumah

Kerja part time di rumah sahaja? Adakah anda pelajar universiti mahupun pelajar lepasan SPM ataupun suri rumah? Anda bosan di rumah? Tidak boleh keluar berjalan disebabkan pandemik yang melanda seluruh dunia?

Jangan risau, di sini kami akan memberikan beberapa cadangan kerja part time yang anda boleh lakukan di rumah. Syaratnya anda hanya perlu mempunyai komputer riba dan akses internet sahaja.

5 Idea Kerja Part-Time dirumah

1. Program survey berbayar

Mengisi survey berbayar ialah kerja part time online yang paling popular kerana ia tidak memerlukan sebarang kemahiran. Ia hanya memerlukan masa anda. Terdapat banyak syarikat yang menawarkan bayaran secara tunai untuk melengkapkan survey tersebut namun ada juga yang menawarkan baucer mahupun kupon.

Walaupun terdapat banyak syarikat yang menawarkan program survey berbayar ini, namun anda dinasihatkan untuk berhati-hati dan membuat kajian dahulu sebelum menyertai program ini.

Hal ini adalah kerana bukan semuanya boleh dipercayai. Terdapat banyak kes yang telah dilaporkan di mana para peserta hanya dibayar separuh malah ada juga yang tidak dibayar langsung setelah melengkapkan survey tersebut.

2. Data Entry

Data entry atau memasukkan data ialah kerja part time yang popular di kalangan golongan muda. Kebiasaannya syarikat besar seperti syarikat bidang telekomunikasi, insurans dan sebagainya yang melibatkan data pengguna yang banyak akan memerlukan ramai orang untuk membuat kerja data entry ini. Oleh itu, mereka akan mencari pekerja part time untuk memasukkan data.

Untuk pekerjaan ini, ada yang dibayar mengikut jam dan ada juga dibayar mengikut seberapa banyak data yang dimasukkan. Setelah siap, anda hanya perlu emelkan semula kepada majikan anda.

3. Transcriber

Transcriber adalah pekerjaan yang mana anda perlu menyalin semula teks yang dimainkan menggunakan audio. Anda hanya perlu focus dan mendengar dengan teliti. Kemudian, anda salin semula teks yang dimainkan tersebut. Anda juga perlu betulkan kesalahan tatabahasa jika perlu.

Terdapat beberapa bahasa yang anda boleh pilih sama ada dalam Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris. Jika anda fasih berbahasa Cina, anda boleh memilih bahasa itu juga.

Bayaran untuk kerja part time ini bergantung kepada tahap kesukaran kerja yang diberikan dan bilangan patah perkataan. Ia juga bergantung kepada bahasa yang anda pilih.

4. Pereka Grafik

Anda seorang yang kreatif dan mempunyai kemahiran menggunakan perisian multimedia computer? Maka anda sangat sesuai untuk kerja part time sebagai seorang pereka grafik. Kebiasaannya syarikat pengiklanan atau pemasaran banyak mencari pereka grafik yang boleh bekerja secara part time di rumah.

Bukan itu sahaja, ramai syarikat kecil (SME) memerlukan khidmat merekabentuk bunting, banner, flyer, business card dan macam-macam lagi.

Bayaran pula biasanya dibuat mengikut projek tertentu yang kadangkala boleh mencecah ribuan ringgit untuk kerja yang mengambil masa beberapa hari sahaja.

5. Translator

Membuat kerja part time sebagai seorang penterjemah juga sangat popular. Namun anda perlu mahir dalam pelbagai bahasa terutamanya penguasaan tatabahasa. Jika anda mahir dalam banyak bahasa maka ia adalah kelebihan untuk anda.

Selalunya, syarikat-syarikat multinasional sering kali memerlukan seorang penterjemah bagi menterjemah segala dokumen bahasa ibunda syarikat tersebut ke bahasa negara lain.

Bagi hal bayaran pula, penterjemah akan dibayar mengikut bilangan patah perkataan yang perlu diterjemah.

Jadi, itu antara cadangan kerja part time yang anda boleh lakukan di rumah. Namun, kebanyakan daripada kita akan mempunyai rasa ragu-ragu sama ada kerja kerja part time ini boleh dipercayai atau tidak? Sebagai manusia, mestilah kita risau jika kita ditipu lebih-lebih lagi zaman sekarang, penipuan online sangat berleluasa. Oleh itu, pastikan anda membuat kaji selidik dahulu tentang kerja part time itu sebelum mula terlibat.

SUMBER:

https://siraplimau.com/kerja-part-time-online-di-rumah/

https://therohani.com/kerja-kosong-part-time-di-rumah/

https://blog.maukerja.my/ms/17380/14-idea-kerja-dari-rumah–kerja-sambilan-dengan-zero-bajet-yang-korang-boleh-buat-sekarang

Summary
5 Kerja Part Time di Rumah Yang Anda Boleh Cuba
Article Name
5 Kerja Part Time di Rumah Yang Anda Boleh Cuba
Description
Kerja part time di rumah sahaja?Adakah anda pelajar universiti mahupun pelajar lepasan SPM ataupun suri rumah? Anda bosan di rumah? Tidak boleh keluar berjalan disebabkan pandemik yang melanda seluruh dunia?
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: