kebaikan dan keburukan kad kredit

Apa kebaikan dan keburukan kad kredit? Sekarang ini penggunaan kad kredit merupakan satu perkara yang tidak asing lagi kepada golongan anak muda di Malaysia. Jika sudah mula bekerja pasti ada keinginan untuk gunakan kad kredit bagi memudahkan urusan jual beli secara online dan banyak perkara lain lagi.


Kad kredit ini ada kebaikan dan keburukannya. Tidak dapat dinafikan perkara ini memang berlaku. Jika anda pandai menggunakan kad kredit, ia akan memberikan kebaikan kepada anda. Kebaikan kredit kad ni memang akan terserlah setelah anda menggunakan credit card anda sendiri walaupun mana bank sekali pun.


Apapun, penggunaan kad kredit haruslah didatangkan dengan disiplin yang betul. Kerana selain kebaikan, ianya mendatangkan keburukan dan merupakan satu gejala utama terutama kepada mereka yang tidak pandai menguruskan kewangan mereka sendiri.

Jadi, pada artikel ini, kami akan memberikan kebaikan dan keburukan kad kredit agar lebih mudah untuk anda lihat, fahami dan mematuhinya sepanjang masa. Kalau rasa berbaloi, bolehlah sign up untuk satu kad dahulu, kalau rasa tidak berbaloi, boleh tangguhkan hasrat itu dahulu demi kesejahteraan hidup masing-masing.

Apakah Itu Kad Kredit?

Kad kredit adalah kad hutang di mana ia bertujuan untuk perbelanjaan sekarang dan pembuatan bayaran di kemudian hari. Sejarah kad kredit ini anda boleh tengok sahaja di laman seperti wikipedia untuk info lanjut.

Mungkin anda lebih berminat untuk mengetahui info lanjut berkenaan penggunaan kad kredit ini, sama ada ianya berbaloi ataupun sebaliknya.
Ini adalah beberapa pandangan kami berkenaan dengan kad ini dan harap anda boleh gunakan sebaiknya penggunaan kad ini nanti.

5 Kebaikan Kad Kredit

Pada kali ini kami akan senaraikan beberapa kebaikan dan kelebihan kad kredit yang anda dapat nampak dan gunakan sebaiknya kelebihan yang diperkatakan tersebut. Tidak setakat itu, kami juga akan senaraikan keburukan kad kredit untuk anda menilaikan sendiri sama ada berbaloi ataupun tidak untuk memiliki kad ini.

1. Rekod Perbelanjaan Anda

Kad kredit boleh jadi “expenses tracker” untuk anda. Ada sesetengah pengguna yang agak sukar untuk masukkan perbelanjaan dalam app smartphone mereka, gunakan kad kredit, dan lihat semula perbelanjaan yang telah anda belanjakan.

Anda “swipe” sahaja kad tersebut dan lihat perbelanjaan anda di akhir bulan nanti.
Dari perkara ini, pastikan yang anda merupakan seorang yang berdisiplin dalam perbelanjaan anda. Setelah berbelanja, pastikan anda membayar jumlah yang penuh untuk mengelak daripada dikenakan faedah yang tinggi dari bank.

2. Tak Perlu Bawa Wang Kertas Yang Banyak

Memang tak perlu bawa wang kertas yang banyak pada zaman sekarang ini. Lagilah bila kerajaan mula ke arah menggalakkan rakyat untuk menggunakan dompet digital ataupun e-tunai di Malaysia. Gunakan kad kredit pun mempunyai kelebihan yang tersendiri dan sememangnya, anda tak perlu untuk bawa wang kertas yang terlalu banyak. Untuk mengisi minyak ataupun untuk belanja barang keperluan di dapur, boleh sahaja menggunakan kad kredit ini.


Memang tidak semua kedai terima kad kredit seperti kedai makan, kedai runcit, tetapi ini adalah antara pilihan dan alternatif terbaik untuk anda tak perlu bawa wang kertas yang terlalu banyak.

3. Untuk Mengumpul Dan Redeem Point

Setiap nilai yang anda belanjakan, anda boleh kumpul dan “redeem” point tersebut dan tukar dalam bentuk voucher dan sebagainya. Anda boleh dapatkan voucher untuk pelbagai barangan runcit di pasaraya terkenal dan mungkin juga pelbagai barangan elektrik seperti smartphone dan lain-lain.


Tatkala itu, ada ramai yang suka mengumpul point dalam kad kredit untuk ditebus kemudian. Ada juga kebarangkalian yang membolehkan anda untuk mendapat diskaun untuk isi minyak di stesen minyak tertentu. Apapun, ia juga boleh memanfaatkan sebaiknya kad kredit dan gunakan untuk kelebihan anda sendiri.

4. Ada Rekod Dalam CCRIS Yang Penting Untuk Buat Pinjaman Loan

Kalau nak buat pinjaman perumahan untuk membeli rumah, antara isu yang agak besar adalah kalau langsung tiada apa-apa komitmen dengan bank. Ataupun dalam istilah lain dipanggil “clean CCRIS”. Kalau dapat kes clean CCRIS untuk pinjaman rumah ini, tidak semua bank boleh memprocess dan ada sesetengah bank yang akan terus reject application.


Cara untuk ada rekod dalam CCRIS adalah, antaranya untuk anda apply kad kredit dan gunakan sebaiknya. Bila ada kad kredit ini, maka akan ada rekod dalam CCRIS anda dan ini akan memudahkan anda untuk membuat pinjaman perumahan di masa akan datang. Kalau anda sekarang langsung tiada apa-apa komimen dengan bank, memiliki kad kredit adalah antara pilihan yang baik dan tepat untuk anda rekod dengan bank tertentu.

5. Pembelian Online Dan Tempahan Kapal Terbang

Penggunaan untuk melancong di mana perlu membuat tempahan kapal terbang, ada sesetengah syarikat penerbangan itu mewajibkan untuk anda menggunakan kad kredit. Selain itu juga, banyak applikasi lain dan pembelian menggunakan kad kredit disyorkan untuk para penggunanya untuk menikmati manfaat cashback untuk tujuan tertentu.


Ini adalah antara beberapa info penting berkaitan dengan penggunaan kad kredit. Kalau anda ambil berat berkenaan dengan status kewangan anda dan ingin tahu lebih lanjut berkenaan dengan keburukan kad kredit, disaranakan untuk membaca huraian di bawah ini.


5 Keburukan Kad Kredit

Penggunaan kad kredit juga akan mendatangkan beberapa keburukan. Ada kalanya ianya mendatangkan kemudaratan terutama jika tidak dapat dikawal dengan efisien. Kalau anda bukan seorang yang berdisiplin, nasihat kami adalah elakkan daripada menggunakan kad ini dan berbelanja secara tunai. Apapun, masih tiada masalah untuk anda memiliki satu kad ini.

1. Perbelanjaan Tidak Terkawal

Jikalau pengguna mengamalkan “swipe” di mana-mana sahaja ia menggunakan kad ini. Pergi shopping “swipe”, pergi berbelanja dapur pun guna kad ini, tetapi bila nak bayar hanyalah bayar minimum sahaja setiap bulan. Jika terjadi seperti ini, ini adalah antara tanda-tanda awal perbelanjaan yang tidak dapat dikawal.

Jika terus begini, dapatkan nasihat kewangan daripada mereka yang sepatutnya dan cuba baca topik-topik berkaitan kewangan lain. Elakkan daripada menggunakan kad kredit dan secara alternatifnya, anda boleh gunakan kad debit dan juga e-wallet dan wang kertas. Ianya jauh lebih selamat dan berbaloi.

2. Kadar Faedah Yang Tinggi

Apa terjadi kalau anda hanya membayar bayaran minimum sebulan? Pastinya, kadar faedah semakin bertambah dan ini boleh menyebabkan hutang anda juga semakin bertambah dari masa ke semasa.

Secara umum ramai yang mengetahui yang kad kredit memang mengenakan caj kadar faedah yang tinggi. Cara terbaik untuk anda gunakan adalah perlu berbelanja menggunakan kad ini dan buat bayaran penuh setiap bulan.

3. Mudah Disalahgunakan

Secara umum juga penggunaan kad kredit kadangkala memang boleh disalahgunakan. Bayangkan kalau kad kredit anda dicuri dan pencuri berbelanja ditempat yang boleh digunakan bagi function paywave.

Apapun, jaga kad kredit tersebut sebaiknya untuk mengelak daripada terus disalahgunakan dan jangan dedah apa-apa maklumat berkaitan dengan kad kredit anda.

Jika kad kredit anda hilang, orang lain senang sahaja menggunakan untuk mengisi minyak kerana tidak perlu tandatangan untuk isi minyak dengan kad kredit.

4. Tidak Dapat Digunakan Di Semua Tempat

Sampai sekarang tidak semua peniaga dapat menerima pembelian secara kredit terutamanya kedai biasa atau kedai kecil. Justeru, lokasi yang boleh dikunjungi oleh pemegang kad kredit adalah terhad memandangkan pemegang kad kredit mungkin menghadapi masalah sekiranya tempat yang dikunjungi mereka telah menolak penggunaan kad kredit.


Contohnya, jika anda menggunakan kad kredit American Express dari Maybank, tidak semua stesen minyak menerimanya. Lebih baik menggunakan sama ada VISA atau Master Card yang lain sahaja.

5. Meningkatkan Kadar Inflasi Pada Negara

Penggunaan kad kredit mungkin akan mendatangkan kesan negatif terhadap ekonomi negara. Perbelanjaan yang tidak terkawal akan mengakibatkan permintaannya melebihi penawaran. Masalah ini boleh membawa kepada masalah inflasi di negara kita, yang akhirnya membawa kepada masalah kemerosotan ekonomi. Cuma, tidak semua orang faham tentang keburukan kad kredit dan kesannya pada inflasi.

Kesimpulannya, penggunaan kad kredit mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Apapun, sebelum anda memohon untuk kad kredit daripada bank pilihan anda, lihatlah dahulu kemampuan kewangan anda untuk membayar semula pinjaman kad kredit anda nanti. Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda.

Sumber :

https://smartinvest101.com/kebaikan-keburukan-kad-kredit/
https://kadkreditmalaysia.blogspot.com/2016/02/kebaikan-dan-keburukan-kad-kredit.html
https://therohani.com/kebaikan-kad-kredit-kelebihan-keburukan/

Summary
5 Kebaikan dan Keburukan Kad Kredit Yang Anda Perlu Tahu
Article Name
5 Kebaikan dan Keburukan Kad Kredit Yang Anda Perlu Tahu
Description
Apa kebaikan dan keburukan kad kredit? Sekarang ini penggunaan kad kredit merupakan satu perkara yang tidak asing lagi kepada golongan anak muda di Malaysia. Jika sudah mula bekerja pasti ada keinginan untuk gunakan kad kredit bagi memudahkan urusan jual beli secara online dan banyak perkara lain lagi.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: