jenis sisa domestik

Terdapat pelbagai jenis sisa domestik yang boleh anda dapati di dunia ini. Sisa domestik terhasil daripada bahan buangan daripada bahan penggunaan harian kita di rumah.

Tanpa disedari, kita banyak menghasilkan sisa domestik di rumah.  Kita juga mungkin telah membuang semua sisa tersebut ke dalam tong sampah tanpa mempertimbangkan jika ada yang boleh dikitar semula.

Walau bagaimanapun, ini bukanlah cara yang baik untuk menghilangkan sisa tersebut. Ia hanya akan berakhir di tapak pelupusan sampah. Perkara ini memberi kesan yang sangat buruk kepada alam sekitar dan hidupan yang ada di sekitarnya.

Mari kita pelajari tentang jenis sisa domestik yang terdapat di kawasan perumahan.

1. Sampah Pepejal

Sampah pepejal boleh dikelaskan termasuk dalam jenis sisa domestik. Ia dipecahkan menjadi seperti berikut:

a. sisa plastik 

  • Sisa plastik ini terdiri daripada beg, bekas, balang, botol dan banyak lagi produk lain yang boleh didapati di sekitar rumah anda.
  • Plastik tidak boleh terbiodegradasi, tetapi banyak jenis plastik boleh dikitar semula. Plastik tidak boleh digabungkan dengan sisa biasa yang lain, ia harus disusun dan diletakkan di dalam tong kitar semula.

b. sisa kertas

  • Jenis sisa domestik ini termasuk bahan pembungkusan, surat khabar, kadbod dan produk lain. Kertas amat mudah dikitar semula dan digunakan semula. 
  • Masukkanlah sisa kertas ke dalam tong kitar semula atau membawa mereka ke pusat kitar semula yang berdekatan tempat tinggal anda.

c. logam

  • Jenis sisa domestik ini boleh didapati dalam pelbagai bentuk di seluruh rumah anda. Kebanyakan logam boleh dikitar semula.
  • Pertimbangkan untuk mengumpulkan barang-barang ini untuk dijual kepada pembeli logam lama ataupun menghantarkannya ke pusat kitar semula yang terdekat untuk melupuskan jenis sisa domestik ini dengan betul.

d. seramik dan kaca

Penggunaan serbuk kaca dalam tetapan perindustrian | African Pegmatite
  • Jenis sisa domestik ini boleh dikitar semula dengan mudah. Cari tong sampah kitar semula khas untuk membuangnya dengan cara yang betul.
  • Jika anda masih tidak dapat memahami konsep kitar semula, maka cara yang sangat mudah dan cekap untuk membuang sampah pepejal adalah dengan menyewa syarikat penyingkiran buangan untuk mengitar semula barangan anda. Mereka akan membuang semua sampah anda dan memastikan ianya dilupuskan dengan betul.

2.  Sampah Kitar Semula

Sampah kitar semula termasuk semua barang-barang buangan yang boleh ditukar menjadi produk yang boleh digunakan lagi juga tergolong dalam sisa domestik.

Barangan pepejal seperti kertas, logam, perabot dan sisa organik semuanya boleh dikitar semula.

Daripada membuang barang-barang ini dengan sisa biasa, baik anda melupuskannya di tempat kitar semula daripada membiarkannya berakhir di tapak pelupusan yang dapat mencemarkan alam sekitar.

Pastikan sisa atau sampah ini diletakkan dalam tong kitar semula atau membawanya ke pusat kitar semula yang berdekatan tempat tinggal anda.

3.  Sisa Cecair

Sisa cecair adalah salah satu jenis sisa domestik di kawasan perumahan. Biasanya ia terdapat dalam isi rumah. Sisa ini termasuklah air kotoran, air kumbahan, cecair organik, air basuhan, sisa detergen (peluntur) dan juga air hujan.

Anda juga perlu tahu bahawa sisa cecair boleh diklasifikasikan ke dalam sisa sumber utama dan sisa bukan sumber utama. Semua sisa buangan cecair dikelaskan sebagai sisa sumber utama manakala sisa cecair semulajadi diklasifikasikan sebagai sisa bukan sumber utama.

4. Sisa Organik

Sisa organik adalah sisa yang sering kita lihat di kawasan perumahan di seluruh negara. Semua sisa makanan lebihan, kotoran dan daging yang membusuk diklasifikasikan sebagai jenis sisa domestik bersifat organik. Jenis sisa domestik ini akan diuraikan dan menjadi baja oleh mikroorganisma-mikroorganisma kecil.

Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna anda boleh membuang sisa organik ini mengikut sesuka hati anda. Sisa-sisa organik di tapak pelupusan sampah boleh menyebabkan pengeluaran gas metana yang berbahaya. Jadi, sia organik ini  tidak boleh dibuang dengan begitu sahaja. 

Jenis sisa domestik ini perlu dibuang dengan cara tersendiri. Jadi, anda perlu membuangnya ke dalam tong yang disediakan majlis pembandaran atau anda boleh menggunakan beg hijau atau beg organik untuk pembuangan sisa ini dengan terurus dan betul

5. Sisa Berbahaya

Anda tahu tak sebenarnya sisa berbahaya juga termasuk dalam kategori jenis-jenis sisa domestik? Ini kerana ramai yang tidak tahu.

Sisa berbahaya ini termasuk dalam kategori sisa yang melibatkan semua jenis sisa atau bahan yang mudah terbakar, bertoksik, bersifat menghakis dan juga mengandungi bahan-bahan reaktif. 

Jenis sisa domestik yang berbahaya ini boleh membahayakan masyarakat sekitar dan juga persekitaran. Oleh itu, sisa berbahaya mestilah diuruskan dan dilupuskan dengan cara yang tepat dan betul.

Selepas membaca artikel ini, anda pasti dah tahu tentang jenis-jenis sisa domestik kan? Oleh itu, anda haruslah mengambil inisiatif yang baik dengan menguruskan dan melupuskan sisa-sisa domestik ini dengan betul dan tepat. Sayangilah alam sekitar.

Sumber:

https://wordwall.net/ms-my/community/jenis-jenis-sisa-domestik

http://dprsisapepejal.blogspot.com/2018/02/pengurusan-sisa-pepejal.html

https://www.thebalancesmb.com/an-introduction-to-solid-waste-management-2878102#:~:text=Solid%20waste%20refers%20to%20the,in%20a%20variety%20of%20ways.

Summary
5 Jenis Sisa Domestik Yang Anda Perlu Ambil Berat
Article Name
5 Jenis Sisa Domestik Yang Anda Perlu Ambil Berat
Description
Terdapat pelbagai jenis sisa domestik yang boleh anda dapati di dunia ini. Sisa domestik terhasil daripada bahan buangan daripada bahan penggunaan harian kita di rumah.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: