pensel

Dalam bidang kreatif atau seni, pensel adalah salah satu alat yang sangat penting. Pensel turut digunakan oleh arkitek, seniman profesional, para pelukis, dan ramai lagi dalam bidang yang berbeza.

Memikirkan pensel terbaik untuk menghidupkan sesebuah lakaran dan reka bentuk mungkin kelihatan mencabar, tetapi kebanyakannya bergantung kepada pilihan peribadi.

Sebaik sahaja anda mengenali jenama pensel mana yang digemari, anda boleh mencampurkan dan memadankan nilai pensel yang berbeza untuk mengembangkan keupayaan anda dalam melakar sesuatu.

Jom kita lihat jenis-jenis pensel lukisan di bawah.

JENIS-JENIS PENSEL MELUKIS

1. Derwent Medium Graphic Drawing Pencils

Pensil jenama Derwent menyediakan set pensel melukis yang dipenuhi dengan pelbagai jenis gred bagi seorang pelukis pemula dan profesional. Terdapat pilihan set lembut, sederhana, dan keras bergantung pada subjek yang ingin anda lukis. Pensel ini membolehkan kerja-kerja melukis dilakukan secara terperinci dan pembayangan. Pensel ini juga berbentuk heksagon untuk menjadikannya mudah digenggam.

2. Prismacolor Premier Graphite Drawing Pencils

Set lukisan pensel ini adalah kit permulaan yang baik untuk membuat lakaran. Set ini dilengkapi dengan tujuh jenis pensel lukisan grafit dengan grad yang berbeza, serta empat pensil grafit tanpa kayu. Pensel ini membolehkan lukisan lebar yang cantik ketika bahagian sisi pensel digunakan. Tambahan pula, set pensel termasuk pensel grafit ini dapat larut di dalam air dan berubah menjadi cecair apabila diberus dengan air.

3. Staedtler Mars Lumograph Graphite Pencil Set

Pensel Mars Lumograph sangat hebat digunakan untuk menghasilkan lukisan yang terperinci kerana ia terkenal dengan konsistensi dan kekurangan kerosakan. Kesan pensel ini juga mudah dipadam dengan bersih sehingga tidak meninggalkan sebarang kesan di atas kertas. Set standard Staedtler sangat serba boleh kerana ia menyediakan pensel lukisan 6B, 5B, 4B, 3B, 2B, B, HB, F, H, 2H, 3H, dan juga 4H.

4. Faber-Castell Pencils

Satu set ini mengandungi 12 pensel dengan pelbagai jenis tahap kekerasan dengan plumbum halus yang diperbuat dari campuran tanah liat dan grafit berkualiti tinggi. Pensel plumbum yang murah akan cenderung menyebabkan parut dan gatal terutama pada gred pensil yang lebih keras. Namun pensel daripada Faber Castell tidak meninggalkan kesan tersebut kerana bahan pensel yang digunakan adalah berkualiti tinggi. Anda juga dapat melukis dengan lancar dan konsisten.

5. Conte Pencil 1710-2B

Pensel ini bukanlah suatu jenama yang popular tetapi pensel ini mendapat perhatian kerana ia disyorkan oleh orang yang mempunyai saluran Youtube melukis yang sangat popular iaitu Stan Prokopenko. Pensel ini menggunakan bahan yang berkualiti tinggi dan boleh melukis dengan lancar serta konsisten. Namun, pensel hanya didatangkan dengan hanya sebatang pensel sahaja dan tidak dijual dalam bentuk set.

Keselesaan ketika menggunakan pensel adalah penting demi menghasilkan sesebuah lakaran yang bermakna. Oleh itu, anda boleh memilih pelbagai jenis pensel melukis yang terbaik bagi diri anda.

Dengan melihat sebilangan jenis pensel yang telah disarankan, dapatlah anda mencuba melukis dengan pelbagai jenis pensel dan jenama yang terbaik. Selamat melukis!

Sumber:

https://drawpaintacademy.com/drawing-pencils

https://mymodernmet.com/best-drawing-pencils/

Summary
Jenis-jenis Pensil Terbaik Untuk Melukis
Article Name
Jenis-jenis Pensil Terbaik Untuk Melukis
Description
Dalam bidang kreatif atau seni, pensil adalah salah satu alat yang sangat penting. Pensil turut digunakan oleh arkitek, seniman profesional, para pelukis, dan ramai lagi dalam bidang yang berbeza.
Author
Publisher Name
CERIA SIHAT
Tagged: