jenis diet keto
Terdapat beberapa jenis diet keto berbeza yang anda boleh cuba.

Terdapat beberapa jenis diet keto berbeza yang anda boleh cuba. Malah, tidak semuanya berkesan dan memberi manfaat bagi seseorang individu. Setiap individu yang baru memulakan diet keto haruslah mengetahui jenis keto mana yang sesuai buat diri mereka. Adakah anda tahu bahawa diet keto terbahagi kepada beberapa jenis dan setiap satunya mempunyai kaedah pemakanan yang berbeza? Malah, setiap jenis diet keto ini boleh memberikan kesan buruk tersendiri sekiranya ia disalah buat? Jadi, marilah kita ketahui jenis-jenis keto untuk mendapatkan hasil yang betul.

  • Diet ketogenik standard – Diet jenis ini mengamalkan pemakanan yang rendah karbohidrat, protein yang mencukupi dan kandungan lemak yang tinggi. Ia biasanya mengandungi 75% lemak, 20% protein dan hanya 5% karbohidrat.
  • Diet ketogenik kitaran – Diet jenis ini melibatkan satu tempoh pengambilan karbohidrat yang lebih berbanding lemak seperti diet ketogenik standard selama 5 hari diikuti dengan diet yang tinggi kandungan karbohidrat selama 2 hari.
  • Diet ketogenik sasaran – Diet jenis ini membolehkan anda menambahkan pengambilan karbohidrat ketika bersenam. Glukos yang diambil bertujuan untuk meningkatkan prestasi dan anda akan kembali ke keadaan ketosis selepas habis bersenam. Sekiranya tenaga anda berkurangan ketika berada di gim disebabkan diet keto yang biasa, pemakanan sebegini mungkin berkesan buat anda.
  • Diet ketogenik tinggi kandungan protein – Jenis ini adalah hampir sama dengan diet ketogenik standard tetapi ia melebihkan pengambilan protein. Nisbah bagi diet ini biasanya 60% lemak, 35% protein dan 5% karbohidrat.
  • Diet ketogenik yang sederhana – Diet jenis ini mengamalkan pemakanan 100 hingga 150gram karbohidrat setiap hari. Bagi golongan wanita yang mengalami masalah dengan jenis keto yang lain, mereka boleh cuba mengamalkan jenis keto yang ini. Biasanya, individu boleh mengalami masalah hormon disebabkan sekatan karbohidrat ini.

Walau bagaimanapun, hanya diet ketogenik standard dan diet ketogenik tinggi kandungan protein sahaja yang telah dikaji secara meluas. Sementara itu, diet ketogenik kitaran atau diet ketogenik sasaran adalah kaedah yang lebih maju dan banyak digunakan oleh ahli bina badan atau atlet. Sementara itu, diet ketogenik yang sederhana pula lebih sesuai bagi individu yang mempunyai masalah kesihatan sekiranya diet keto standard boleh menjejaskan masalah hormon mereka.

Jadi, bagaimana anda boleh mengetahui jenis diet keto mana yang terbaik buat anda? Jangan risau kerana kami ada beberapa langkah yang anda boleh ikuti untuk memastikan diet keto anda dibuat dengan betul. Antaranya termasuklah:

  • Minta nasihat dengan pakar nutrisi sebelum membuat sebarang perubahan dalam pemakanan anda. Jangan mengubah pemakanan anda sendiri tanpa bantuan nasihat daripada pakar.
  • Cuba kaedah keto yang berbeza sekurang-sekurangnya sebulan sekali. Ini boleh membantu anda menentukan diet keto mana yang sesuai dengan badan anda. Setiap diet keto adalah berbeza mengikut kemampuan masing-masing.
  • Sentiasa periksa pengambilan kandungan karbohidrat, lemak dan protein anda menggunakan aplikasi pengesan seperti ‘MyFitnessPal’ dan ‘My Macros+’. Dalam dunia yang canggih ini, sudah banyak aplikasi yang anda boleh akses dengan mudah di hujung jari di mana-mana dan pada bila-bila waktu sahaja. Ini justeru akan membantu supaya anda tidak mengambil kandungan tertentu secara berlebihan dengan sengaja atau tidak sengaja. Setiap individu yang cuba mengamalkan diet yang sihat pasti pernah mengalami ‘cheat day’ atau hari yang mana membolehkan mereka untuk makan apa sahaja sebagai ganjaran. Namun, pastikan anda kembali ke landasan yang betul sebelum anda menyimpang dengan lebih jauh.
  • Tetapkan matlamat berdasarkan pengambilan lemak dan karbohidrat berbanding berasa risau tentang kalori yang diambil. Ingat, makan sehingga anda berasa penuh dan pastikan anda sentiasa memantau keadaan badan anda sendiri. Jadi, anda tidak perlulah mengemas kini atau ‘update’ setiap maklumat makanan setiap kali anda makan. Cuma pastikan anda tahu makanan mana yang boleh diambil dan makanan mana yang tidak boleh diambil semasa mengamalkan diet keto ini.

SUMBER

https://www.diabetes.co.uk/keto/types-of-ketogenic-diet.html

https://www.health.com/weight-loss/keto-diet-types

Summary
5 Jenis Diet Keto Yang Boleh Anda Cuba
Article Name
5 Jenis Diet Keto Yang Boleh Anda Cuba
Description
Terdapat beberapa jenis diet keto berbeza yang anda boleh cuba. Malah, tidak semuanya berkesan dan memberi manfaat bagi seseorang individu.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: