jenis alat pemadam api

Jenis alat pemadam api yang betul dapat menentukan sama ada kebakaran dapat dipadam dengan baik atau sebaliknya.

Ia berfungsi secara manual dan bertindak memadamkan salah satu unsur segitiga atau piramid api (oksigen, haba, bahan api) dari terus marak.

Ada lagi yang tidak tahu, sebenarnya alat pemadam api mempunyai pelbagai jenis mengikut kelas kegunaannya. Setiap satu jenis hanya boleh digunakan untuk kebakaran tertentu sahaja.

Oleh itu, gunakan panduan ini sebelum anda membeli alat panduan pemadam api untuk kediaman anda.

Jenis-Jenis Alat Pemadam Api

Terdapat 5 jenis alat pemadam api untuk melawan kelas kebakaran iaitu:

  • Serbuk Kering: Dry Powder
  • Karbon Dioksida: Carbon Dioxide (C02)
  • Buih: Foam
  • Air: Water (H20)
  • Kimia Basah: Wet Chemical

1. Serbuk Kering: Dry Powder

JENIS ALAT PEMADAM API – Haikal's Blog

Serbuk kering bertindak melawan pepejal, cecair dan gas yang terbakar dan memutuskan kitaran hayat api iaitu haba, bahan api & oksigen.

2. Karbon Dioksida: Carbon Dioxide (C02)

UL Standard Co2 Pengilang dan Pembekal Pemadam Api - Kilang China -  PRI-SAFETY

Sejenis gas bersih yang dapat memadamkan api dengan mengalihkan oksigen tanpa meninggalkan apa-apa sisa dan tidak menyebabkan kerosakan pada perkakas elektrik atau berlaku sebarang sistem litar pintas.

3. Buih: Foam

Isi Tabung APAR - AFF Foam Busa

Gas berbentuk buih sesuai digunakan untuk memadamkan kebakaran jenis api minyak tetapi tidak berfungsi bagi kebakaran jenis minyak masak atau gris.

4. Air: Water (H20)

Isi Tabung APAR - Water (Air)

Sesuai untuk kebakaran yang melibatkan pepejal organik seperti kayu, kain, kertas, plastic atau arang.

5. Kimia Basah: Wet Chemical

Isi Tabung Wet Chemicals

Satu-satunya gas yang boleh digunakan untuk kebakaran jenis minyak masak dan gris dengan menghilangkan segitiga api dan mewujudkan penghalang antara unsur oksigen dan bahan api.

Bagaimana alat pemadam api berfungsi memadamkan api?

Terdapat tiga komponen api: oksigen, haba dan bahan bakar. Ketiga-tiga unsur ini ini juga disebut sebagai Teori segitiga api.

Oksigen merupakan salah satu unsur yang terdapat dalam udara yang membantu proses kebakaran. Dengan kadar oksigen sebanyak 16%-21% dalam udara maka akan dapat mencetuskan api kebakaran.

Haba pula adalah sejenis tenaga yang diperlukan semasa kebakaran. Apabila sesuatu objek mencapai takat suhu maksimum, gas atau wap mudah terbakar dapat dibebaskan keluar daripada bahan api. Sebagai contoh, faktor persekitaran, cahaya matahari dan kesan reaksi bahan kimia terhadap gelombang mikro .

Bahan bakar pula adalah objek yang mudah terbakar seperti kayu, kertas, kapas, minyak tanah, petrol, cat dan lain-lain.

Ketiga elemen segitiga api diperlukan untuk memadam api. Dengan ini, reaksi bahan kimia juga dapat dilenyapkan. Oleh itu, setiap alat pemadam api perlu mempunyai fungsi membuang sekurang-kurangnya salah satu elemen ini supaya api dapat dipadamkan serta-merta.

Jenis-Jenis Kelas Api

Menurut Persatuan Perlindungan Kebakaran Negara, alat pemadam api tidak sesuai untuk semua pembakaran. Oleh itu, terdapat beberapa pembakaran yang telah diklasifikasikan mengikut beberapa kelas tertentu.

1. Kelas A

Pepejal yang berasaskan karbon yang mudah terbakar:

  • Kertas
  • Kayu
  • Kain
  • Getah
  • Plastik

2. Kelas B

Cecair yang mudah terbakar

  • Minyak (bukan minyak masak)
  • Parafin
  • Petrol
  • Diesel

3. Kelas C

Segala yang berkaitan dengan elektrik melibatkan wayar & panel

  • Butana
  • Propana
  • Metana

4. Kelas D

Logam yang mudah terbakar

  • Magnesium
  • Titanium
  • Sodium
  • Aluminium

5. Kelas K

  • Minyak masak
  • Lemak

Jenis Alat Pemadam Api dan Kelas Kebakaran

  • Kelas A – jenis air, buih, serbuk kering, kimia basah.
  • Kelas B – jenis buih, serbuk kering, CO2, kimia basah.
  • Kelas C – jenis serbuk kering
  • Kelas D – jenis serbuk kering khas
  • Kelas K – jenis kimia basah sahaja.

Cara Menggunakan Alat Pemadam Api Dengan Betul

Menggunakan alat pemadam api buat kali pertama boleh jadi menakutkan. Walaupun kita mempunyai alat pemadam api di rumah atau di pejabat, kita mungkin tidak pernah mempunyai masa untuk mempraktikkan apatah lagi memikirkan cara untuk menggunakannya.

Tahukah anda api yang kecil boleh berubah menjadi api yang marak dalam masa kurang 30 saat? Dan dalam masa 2 minit sahaja boleh mengancam nyawa seseorang?

Walaupun kedengaran agak mudah, tetapi penting untuk anda menguasai Teknik P.A.S.S.

Teknik PASS

Ini teknik paling mudah & senang ketika menggunakan alat pemadam api. Penting untuk mengetahui lokasi kebakaran dan jenis alat pemadam api di tempat anda sebelum menggunakannya.

Baca arahan terlebih dahulu dan semak amaran operasi yang terdapat pada label alat pemadam api. Jangan tarik picu dan terus menekan tuas. Ini boleh menyebabkan alat pemadam api gagal berfungsi dengan baik.

  • Ingat sahaja Teknik PASS
  • PULL: Tarik – Tarik picu pin
  • AIM: Hala – Hala ke arah api
  • SQUEEZE: Sembur – Sembur alat pemadam api untuk melepaskan gas pemadam.
  • SWEEP: Layang – Layangkan nozel ke kanan dan ke kiri ke dasar api.

Sekiranya api kembali bernyala, ulang semula 3 langkah terakhir.

Tips ‘3A’

Tips: Panduan untuk memadam kebakaran

Ingat ketiga-tiga ‘A’

1. Active: Aktif

Aktifkan sistem penggera bangunan atau hubungi pihak bomba di talian kecemasan Malaysia Emergency Response Services 999 (MERS 999).

2. Assist: Bantu

Beri bantuan kepada golongan yang berisiko dan tidak berupaya.

3. Attempt: Cuba

Cuba memadamkan api sekiranya sistem penggera aktif dan golongan berisiko telah diselamatkan. Ingat, anda hanya boleh cuba memadamkan api sekiranya:

  • Api kecil dan terkawal
  • Anda selamat dari asap beracun
  • Anda mempunyai cara lain untuk menyelamatkan diri
  • Naluri anda mengatakan “Boleh & tidak apa-apa”

Sekarang, cuba cek. Yang mana satu jenis alat pemadam api yang berada di rumah atau pejabat anda? Adakah anda telah bersedia sepenuhnya untuk menangani sebarang kebakaran?

Sumber:

https://www.google.com/search?q=what+is+fire+extinguisher&oq=what+is+fire+&aqs=chrome.5.69i57j0l9.8615j0j7&sourceid=chrome&ie=UTF-8

https://www.businesswatchgroup.co.uk/fire-services/fire-extinguishers/types/

https://www.ifsecglobal.com/global/choose-right-type-fire-extinguisher/

https://www.safety.com/types-of-fires-and-extinguishers/

https://femalifesafety.org/fire-equipment/portable-fire-extinguishers/

https://www.nationwide.com/lc/resources/home/articles/fire-extinguisher-safety

Summary
5 Jenis Alat Pemadam Api: Pastikan Anda Pilih Yang Betul
Article Name
5 Jenis Alat Pemadam Api: Pastikan Anda Pilih Yang Betul
Description
Jenis alat pemadam api yang betul dapat menentukan sama ada kebakaran dapat dipadam dengan baik atau sebaliknya.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: