homestaykuantan

Terletak di muara Sungai Kuantan, Kuantan adalah ibu kota Pahang dan merupakan pusat pelancongan yang sibuk dan ia juga merupakan rumah bagi pantai Teluk Chempedak, Batu Hitam dan Cherating.

Disini kami kongsikan 5 homestay Kuantan yang menarik sekiranya anda merancang untuk melancong ke Kuantan.

Green Peace Sungai Lembing – 3 pax

Homestay gaya resort yang diberi nama Green Peace ini adalah sebuah bilik yang tenang yang menghadap ke hutan hijau yang subur di Kuantan. Bilik ini dilengkapi dengan bilik mandi peribadi dan terdapat juga akses ke dapur moden yang berkonsep terbuka di tempat penginapan ini.

Bahkan ada tempat barbeku sekiranya anda ingin mengadakan pesta barbeku. Sekiranya anda masih belum membuat keputusan mengenai apa yang harus anda lakukan sepanjang penginapan anda di Kuantan, pemilik homestay ini juga bersedia untuk mengadakan lawatan dan dengan makanan disediakan untuk para tetamu.

Dengan harga RM 167 untuk satu malam, tempat ini memberikan anda pengalaman resort tropika yang sebenar. Satu-satunya keluhan adalah bahawa sambungan wifi tidak begitu stabil. Namun, siapa yang memerlukan wifi ketika anda dikelilingi oleh alam semula jadi?

Kuantan Homestay 3 pax room + free Wi-Fi

Bilik ini adalah ruang yang telah dihias dengan sempurna yang boleh memuatkan tiga orang. Ia dilengkapi dengan bilik mandi dan terdapat juga aksescuntuk ke dapur.

Tempat ini terletak di kawasan kejiranan yang baik dan tenang, di luar pusat bandar. Walaupun begitu, jaraknya masih agak dekat dengan kebanyakan tempat menarik di bandar dan berdekatan dengan kedai runcit, stesen minyak dan juga klinik.

Bermula dengan harga dari RM79 satu malam, tempat ini sangat bermakna untuk keluarga kecil atau pesta tiga orang.

Hygge Home

Dengan Hygge Home, anda pasti akan berada dalam penginapan yang selesa dengan harga yang bermula dari serendah RM150. Unit ini boleh memuatkan tiga orang tetamu

Tuan rumah juga turut menyediakan bakul piknik untuk anda bawa ke pantai untuk berkelah serta tikar yoga untuk sesi regangan santai semasa percutian anda.

Rumah mewah 2 bilik tidur berhampiran Teluk Cempedak

Mencari penginapan lebih dekat dengan kawasan pantai Teluk Cempedak? Pangsapuri 2 bilik tidur ini mungkin sesuai untuk anda.

Tempat penginapan yang bergaya ini hanya beberapa langkah dari pantai dan dapat memuatkan 4 orang dengan selesa. Para tetamu juga akan mendapat akses ke kemudahan pangsapuri seperti kolam renang, sauna, gim dan banyak lagi. Semua ini anda dapat nikmati dengan harga bermula RM315.

Sila Lima Guesthouse

Bosan dengan ruang yang kelihatan biasa dan merindukan sesuatu yang lebih unik? Itulah yang boleh ditawarkan oleh Sila Lima Guesthouse.

Di guesthouse di rumah yang dibina dengan indah ini anda boleh tinggal di salah satu bilik yang mereka sediakan, yang mana setiap bilik agak sedikit berbeza antara satu sama lain dengan harga bermula dari RM200.

Memandangkan lokasinya di bandar, anda hanya berjarak 10 minit perjalanan dari pusat bandar dan juga dari pantai Teluk Cempedak

Akhir kata, kami berharap agar perkongsian ini dapat membantu anda merancang percutian anda ke Kuantan dengan lebih baik agar ianya lebih bermakna. Berhati-hatilah semasa di dalam perjalan. Sekiranya memandu, pastikan kereta anda dalam keadaan baik dan rehatlah jikalau penat.

Sumber:

https://trip101.com/article/homestay-kuantan

https://www.havehalalwilltravel.com/kuantan-homestays-airbnb

http://www.kuantan-hotels.com/kuantan/attractions.htm

Summary
5 Homestay Kuantan Yang Menarik
Article Name
5 Homestay Kuantan Yang Menarik
Description
Terletak dekat muara Sungai Kuantan, Kuantan adalah ibu kota Pahang dan merupakan pusat pelancongan yang sibuk dan ia juga merupakan rumah bagi pantai Teluk Chempedak, Batu Hitam dan Cherating.
Author
Publisher Name
CERIA SIHAT
Tagged: