Now Reading
5 Homestay Kota Kinabalu Paling Popular dan terbaik 2021

5 Homestay Kota Kinabalu Paling Popular dan terbaik 2021

Homestay Kota Kinabalu

5 Homestay Kota Kinabalu Paling Popular dan terbaik di Sabah khususnya untuk percutian berkeluarga, dan anda wajib mencuba salah satu daripadanya .

Homestay yang dipilih berdasarkan komen yang diberikan oleh pengguna sebelumnya. Tempat tersebut dipilih berdasarkan komen yang dicapai di laman sesawang Booking.Com.

5 Homestay Kota Kinabalu berserta harga yang sesuai untuk percutian anda sekeluarga

1. Homesuite ‘Home At Aeropod SOVO

Homestay yang berkonsepkan taman ini terletak berdekatan dengan pantai Tanjung Aru, Kota Kinabalu. Kapasiti boleh memuatkan sehingga 34 orang tetamu.

Jika anda datang berkenderaan dari arah Centre Point, hanya perlukan 4 minit untuk sampai manakala jika anda dari arah Sutera Harbour, agak jauh sedikit lebih kurang 10 minit masa yang diambil untuk sampai.

Homesuite' Home @Aeropod Sovo [11], Kota Kinabalu | chiangdao.com

Homestay ini mempunyai 14 bilik berhawa dingin disertai dapur mini , peti sejuk dan dapur gas. Antara kelebihan yang anda akan peroleh adalah bilik-bilik mempunyai balkoni peribadi.

Kemudahan lain adalah Televisyen LED dengan pengaturcaraan digital, akses Internet tanpa wayar yang percuma. Selain itu, ada juga disediakan cerek elektrik serta ketuhar gelombang mikro. Tempat letak kereta di homestay ini pula adalah percuma.

  • Alamat:

Homesuite ‘Home At Aeropod SOVO,

Jalan Sabah Rail Aeropod Sovo,

88100 Kota Kinabalu, Malaysia

  • Harga bilik : bermula RM 170 (findhotel)
  • Daftar : 3.00 petang (masuk) , 12.00 tengah hari (keluar).

2. Gayang Friendly Water House Homestay

Terletak berhampiran kellybays ,Kota Kinabalu, 29 km dari Pasar Filipina Sabah dan 20 km dari Masjid Kota Likas. Lokasi homestay ini juga berdekatan dengan Pantai Karambunai dan Kg Sukol. Ia menjadi pilihan utama terutama bagi pasangan suami isteri.

Gayang water house homestay menyediakan tempat penginapan dengan wifi percuma, penghawa dingin, restoran makanan laut dan taman.

Setiap unit dilengkapi dengan bilik mandi peribadi dengan pancuran mandian dan pengering rambut serta peralatan mandian yang percuma.

Pemandangan di Homestay ini sangat cantik dan menarik. Cuaca pada waktu pagi sangat tenang. Amat Selesa bagi yang ingin melakukan aktiviti memancing.

Gayang friendly water house homestay, Kota Kinabalu | 2022 Updated Prices,  Deals

Layanan seperti berada di hotel 4 bintang walaupun Kos bayaran bilik murah. kebiasaannya harga bermula daripada RM27 untuk semalaman, tetapi mungkin akan berubah mengikut tarikh dan pilihan bilik.

Apa yang penting, anda harus selalu memeriksa ketersediaan penginapan untuk memastikan penginapan anda impikan itu telah sedia.

  • Alamat:

Gayang Friendly Water House Homestay

Off Taman D’Sri Gayang,

Kg. Gayang ,

Jalan Sulaman,

89200 Tuaran, Sabah, Malaysia

  • Harga bilik : bermula RM 75 (booking.com)
  • Daftar : 1.30 petang (masuk) , 12.00 tengah hari (keluar).

3. Homesuite’ Home At Oceanus Pelagos

Lokasi Homesuite’ Home At Oceanus Pelagos berdekatan dengan pantai tanjung aru, Kota Kinabalu. 1.1 km dari Pasar Filipina Sabah .

Penginapan di sini dilengkapi dengan kemudahan wifi, taman permainan untuk kanak-kanak, parking peribadi percuma dan juga kolam renang luaran. Bukan itu sahaja, setiap unit mempunyai penghawa dingin, TV rata, ruang tamu dengan sofa serta dapur dengan ruang makan. Tetamu juga boleh berehat di taman.

Seterusnya, bilik mandi peribadinya dilengkapi alat pengering rambut, bidet serta alat kelengkapan mendandan diri yang percuma untuk para pengunjung. Microwave, peti sejuk, ketuhar dan cerek pun ada .

Homesuite' Home at Oceanus Pelagos, Kota Kinabalu – Updated 2022 Prices
  • Alamat:

Homesuite’ Home At Oceanus Pelagos

Jalan Tun Fuad Stephen,

Pelagos Designer Suites,

Oceanus Waterfront Mall,

88000 Kota Kinabalu, Malaysia

  • Harga bilik : bermula RM 157 (booking.com)
  • Daftar : 3.00 petang (masuk) , 12.00 tengah hari (keluar).

4. Homesuite’ Home At The Loft Imago

Lokasi Homesuite at The Loft Imago yang terletak berhampiran dengan bukit padang dan pantai tanjung aru, Kota Kinabalu, 3.1 km dari Pasar Filipina Sabah, 50 meter dari Pusat Membeli-belah Imago serta 1 km dari Oceanus Waterfront Mall.

Tempat penginapan yang menyediakan restoran, kolam renang luaran dan taman . Bilik yang luas dan bersih. Ia dilengkapi dengan 3 bilik tidur berasingan serta ruang tamu dan 2 bilik mandi.

Istimewanya di sini juga menawarkan mesin ATM dan parking peribadi percuma untuk anda. Semua kemudahan yang disediakan berfungsi dan dalam keadaan baik. Kakitangan yang sangat prihatin dan sabar dalam menerangkan selok-belok di homestay ini.

Homestay Kota Kinabalu
  • Alamat:

Homesuite’ Home At The Loft Imago

See Also
tempat menarik di temerloh

KK Times Square Boulevard 2,

88000 Kota Kinabalu, Malaysia

  • Harga bilik : bermula RM 139 (booking.com)
  • Daftar : 1.30 petang (masuk) , 12.00 tengah hari (keluar).

5. B.Suites 21

B.suites 21 terletak berhampiran pantai tanjung aru, Kota Kinabalu. Reka bentuk dalaman gaya moden yang cantik dan menarik, Kemudahan yang cukup sempurna dan sangat disyorkan untuk mereka yang ingin tinggal bersama keluarga atau rakan.

Setiap unit dilengkapi penghawa dingin, ruang tamu dengan TV skrin rata dan katil sofa, dapur kecil dengan microwave, bilik mandi peribadi serta ruang makan dan tempat duduk.

Wifi percuma ditawarkan di seluruh tempat penginapan ini. Homestay ini juga menyediakan pusat gym. Kolam renang juga ada tapi Tidak ramai orang yang menggunakan. Tempat yang sangat tenang berserta taman permainan. dan kolam renang gaya moden dan infiniti.

Homestay b.suites 21, Kota Kinabalu, Malaysia - Booking.com
  • Alamat:

B.Suites 21

Bay 21 Condo, Level 2,

Bay 21 Jalan Bayu 21,

Off Jalan Istiadat, Likas,

88400 Kota Kinabalu, Malaysia

  • Harga bilik : bermula RM 280 (booking.com)
  • Daftar : 3.00 petang (masuk) , 12.30 tengah hari (keluar).

Tempat menarik berdekatan dengan Homestay Kota Kinabalu.

  • Pasar Filipina Sabah
  • Karamunsing Capital
  • Jalan Gaya (Pasar Minggu)
  • Pusat Membeli-belah Dermaga Oceanus
  • Pusat Membeli-belah Imago
  • Muzium Negeri Sabah & Kampung Warisan
  • Institut Penyelidikan Marin Borneo
  • Stesen Kereta Api Borneo Utara
  • Tugu Peringatan Perang Petaas
  • Pusat Teknologi & Komersial Antarabangsa Penampang – ITCC
  • Taman Negara Tunku Abdul Rahman
  • Pusat Membeli-belah Suria Sabah
  • Pusat Tanah Lembap Kota Kinabalu
  • Masjid Bandaraya, Likas
  • Taman Hidupan Liar Lok Kawi
  • Masjid Bandaraya, Likas
  • Menara Jam Atkinson
  • KK Esplanade

Kesimpulannya, terdapat 5 buah Homestay Kota Kinabalu Paling Popular dan terbaik di Sabah yang perlu anda cuba bersama keluarga. Harga yang diberikan adalah relevan dengan servis perkhidmatan yang disediakan.

Oleh itu, anda harus segera menempah salah satu homestay yang dicadangkan. Semoga percutian anda bersama keluarga dan rakan meninggalkan kenangan yang indah.

Sumber:

Https://www.bedandbreakfast.eu/bed-and-breakfast/kota-kinabalu/homesuite-home-at-aeropod-sovo/6282112/

Https://www.wander.am/travel/kampong-sukoli-99459/hotels/gayang-friendly-water-house-homestay-5701596.en.html

Https://www.booking.com/hotel/my/designer-suites-bsuites-21.ms.html

error: Content is protected !!