vans malaysia

“Off The Wall”. Inilah slogan Vans. Sesuatu yang tidak pernah dibayangkan oleh adik-beradik Van Doren, usaha yang kecil kini telah berkembang menjadi jenama terkenal dan didambakan oleh banyak orang di serata dunia. Vans juga telah terkenal di Malaysia dengan nama Vans Malaysia.

Vans Malaysia terkenal bukan hanya disebabkan oleh kepelbagaian jenis kasut, tetapi juga kerana keselesaan yang Vans berikan kepada pemakainya.

Sebenarnya banyak lagi cerita mengenai Vans Malaysia yang ramai tidak tahu. Walaupun jenama ini begitu popular, terdapat beberapa fakta menarik yang hanya diketahui oleh segelintir orang sahaja.

Oleh itu, di sini kami kongsikan 5 fakta menarik mengenai jenama ini.

1. Ia bermula sebagai sebuah syarikat getah

vintage+vans+van+doren+rubber +co+clothing+t-shirt+new+old+stock+signed+steve+van+doren+california+native+american+L+(2).JPG  (960×… | Vintage vans, Shirts, Mens tops

Setelah bertahun-tahun Paul Van Doren dan saudaranya James Van Doren bekerja untuk pengeluar kasut Randy yang berpangkalan di Boston, mereka akhirnya memutuskan untuk memulakan syarikat getah mereka sendiri yang dikenali sebagai Syarikat Van Doren Rubber.

Syarikat mereka ini dibangun bersama-sama dengan Serge D’Elia yang membekalkan bahagian atas kasut dari Jepun ke Amerika Syarikat dan Gordan yang merupakan seorang pengilang yang sangat hebat. Kilang, pejabat dan kedai runcit Vans mula dibuka di East Broadway pada bulan Mac 1966.

2. Design kasut ditanda dengan nombor dan bukannya nama

Harga kasut bermula dengan harga $ 2.29 hingga $ 4.49 dan masa itu, Paul memulakan dengan 10 rak dengan kotak kosong di atasnya. Kotak merah untuk kanak-kanak, oren untuk remaja lelaki, biru untuk lelaki dan hijau untuk wanita.

Pada awalnya, hanya 16 orang datang ke kedai tetapi kasut yang ada tidak mempunyai nama, jadi mereka menamakannya dengan nombor. Sebagai contoh, wanita lebih suka design #16, #19 dan #20 yang mempunyai renda, 2 lubang dan ‘slip-on’ pada kasut, manakala kanak-kanak lebih menggemari gaya asli #15.

3. Vans tidak bermula sebagai kasut skate / skateboarder

Pemain skaters dan bmx datang ke kedai Vans untuk menempah kasut buatan khas Vans pada akhir 70-an dan di sinilah bermulanya Vans membuat kasut skate.

Vans mula keluar dengan gaya lama dengan kulit pada bahagian depan kaki dan tumit kasut untuk kelihatan lebih bergaya dan lebih selamat ketika meluncur. Bahagian luar dan sisi kasut design ini tidak akan usang, jadi ia tahan lama berbanding kasut lain.

Akhirnya pada tahun 1975, Vans mengeluarkan kasut yang mempunyai sisi empuk sehingga pergelangan kaki pemakai akan terlindung dari sebarang kecederaan.

Dengan kasut skate ini lah, Vans mula ada label “Off the Wall”. Pada masa itu, skate adalah satu tren sehinggakan anak-anak membeli apa sahaja yang dipaparkan dalam majalah skate sementara Vans pula cukup banyak diiklankan sebagai kasut skate boarding dalam majalah sedemikian.

4. Syarikat Vans pernah muflis sekali pada awal tahun 80-an

Intelsat Goes Bankrupt | The Motley Fool

Vans pernah muflis sekali sewaktu James menjadi presiden di mana dia cuba mencuba sesuatu yang baharu iaitu mempunyai pelbagai jenis kasut sukan dari kasut bola keranjang, besbol, bola sepak, tenis, kasut terjun payung dan kasut gusti dan juga kasut rehat.

Ini idea yang bagus namun ia menggunakan kos yang banyak. Sampai satu tahap, kasut ini tidak terjual kerana ketika itu Vans hanya terkenal dengan kasut skate, bukan itu sahaja, pesaing Vans adalah yang hebat-hebat seperti Adidas, Nike dan Puma.

Akhirnya, pihak Bank mula masuk campur dan Paul harus pergi ke mahkamah untuk pertama kalinya. Kemudian, James harus meninggalkan syarikat itu. Namun, masalah ini berakhir pada tahun 1988 ketika Paul ditawarkan 75 juta USD untuk syarikat Vans.

5. Pengasas bersama, James meninggal pada 12 Oktober 2011

Vans co-founder James Van Doren dies at 72 - Alternative Press

James, pengasas bersama Vans, memiliki latar belakang kimia dan mekanik dan dia memilih untuk mendedikasikan hidupnya untuk membuat reka bentuk Vans yang unik dan tahan-gelincir berserta pepatah “sekali anda memakai sepasang Vans, anda tidak akan pernah jatuh dari papan luncur”.

James telah meninggal pada 12 Oktober 2011 akibat barah. Namun, kesetiaan James terhadap Vans amatlah kuat hinggakan dia akan memakai kasut Vans setiap hari semasa hidupnya.

James berusia 72 tahun ketika dia meninggal dunia.

Vans yang kini merupakan pengilang kasut & pakaian streetwear telah meraikan popularitinya selama bertahun-tahun dengan menyediakan pakaian sukan yang paling inovatif. Dengan usaha yang kecil, syarikat Vans kini berdiri megah di mata dunia termasuklah Vans Malaysia. Pada masa kini, Vans boleh didapati dengan pelbagai design dan telah dijual di serata dunia.

Sumber:

https://www.escapeshoes.com/en/blog/brands/10-fun-facts-about-vans

https://shopcoupons.my/blog/5-interesting-facts-know-vans

https://www.thefactshop.com/fashion-facts/vans-footwear-facts

https://www.altpress.com/news/vans_co_founder_james_van_doren_dies_at_72/

Summary
5 Fakta Menarik Tentang Vans Malaysia Untuk Anda Ketahui!
Article Name
5 Fakta Menarik Tentang Vans Malaysia Untuk Anda Ketahui!
Description
“Off The Wall”. Inilah slogan Vans. Sesuatu yang tidak pernah dibayangkan oleh adik-beradik Van Doren, usaha yang kecil kini telah berkembang menjadi jenama terkenal dan didambakan oleh banyak orang di serata dunia. Vans juga telah terkenal di Malaysia dengan nama Vans Malaysia.
Author
Publisher Name
CERIA SIHAT
Tagged: