Emas Pulut Dakap yang Viral

Gelang emas pulut dakap kini menjadi kegilaan ramai penggemar dan pengumpul barang kemas di luar sana, terutamanya dalam kalangan wanita di Malaysia. Rupa bentuk gelang itu yang seakan-akan menyerupai kuih tradisional yang terkenal di belah utara dan pantai timur adalah asal gelaran pulut dakap tersebut.

Gelang itu yang tiba-tiba viral di media sosial sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), telah membuatkan gambar emas pulut dakap ini tidak putus-putus dimuatnaik ke laman Facebook dan diburu oleh pengumpul tegar.

Bila bercakap tentang emas, masyarakat Melayu sangat dekat dengan perihal tersebut. Sinonimnya dalam kehidupan masyarakat Melayu, emas merupakan barangan perhiasan yang juga dijadikan sebagai barang pelaburan.

Kita pasti mampu mengandaikan bahawa individu yang mempunyai emas yang tebal, banyak rantai, gelang serta cincin yang dipakai mempunyai wang yang tebal di dalam poket mereka. Kita sedia maklum bahawa emas tulen seperti 916 atau 999, bukanlah jenis perhiasan yang murah di pasaran.

Harganya boleh mencecah ribuan ringgit sekiranya barang kemas tersebut padu atau hiasan emas tersebut lebih padat.Oleh kerana situasi Covid-19 yang melanda negara, ramai peniaga yang telah beralih kepada cara  penjualan produk secara atas talian.

Cara ini lebih jimat, mudah, pantas, dan boleh dilakukan bila-bila masa sahaja di rumah secara selesa dengan jalur waktu yang fleksibel.

Berikut merupakan beberapa tempat pilihan atau cara untuk membeli gelang emas pulut dakap secara atas talian!

  1. Facebook

Pada zaman kini, mustahil bagi kebanyakan orang untuk tidak memiliki akaun Facebook. Log masuk sahaja ke dalam akaun anda dan klik bar carian untuk mencari kedai emas pilihan anda. Taip kata kunci seperti pulut dakap emas dan terpampang ratusan senarai pilihan untuk anda pilih.

Lambakan kedai emas atas talian yang menyediakan katalog untuk pelanggan mencuci mata sebelum membuat pesanan atau booking sangat banyak. Sebagai contoh, Istana Emas, Kedai Emas Zakaria, Kedai Emas De Aurora dan sebagainya. Semuanya di hujung jari!

2. Shopee

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga menunjukkan lonjakan yang tinggi dari segi jumlah pembeli atas talian, terutamanya menggunakan platform seperti Shopee.

Walaupun agak berisiko kerana barang dikendalikan oleh pihak pengantara iaitu kurier penghantaran, namun cara ini juga tidak menyusahkan bagi anda yang mahu membeli emas pulut dakap dengan pantas tanpa menunggu lama dan berpanasan di kedai.

Sistem pembayaran yang mudah juga terjamin oleh pihak Shopee. Anda hanya perlu menaip ‘Emas Pulut Dakap 916’ untuk mencari emas yang anda inginkan.

3. Agen Public Gold

Selain daripada pembelian atas talian melalui kaedah Facebook dan Shopee, anda juga boleh terus menghubungi agen Public Gold yang dipercayai di kawasan anda untuk menjalankan urusniaga emas dengan lebih lancar dan pantas.

Anda juga tidak perlu ragu kerana anda boleh memahami skim pembelian emas dengan mudah sekiranya anda memilih untuk bersemuka berbanding berkomunikasi melalui peranti telefon pintar anda sahaja.

Para penggemar barang kemas yang suka melihat barang kemas di depan mata dan menyentuh tekstur barang tersebut sebelum membeli juga boleh walk in ke beberapa kedai yang disenaraikan.

4. Pasar Payang, Terengganu

Pasar Payang merupakan kawasan terkenal di kalangan pengunjung luar Terengganu untuk membeli pelbagai bentuk dan jenis emas yang berkualiti dengan harga yang lebih murah berbanding tempat lain. Emas di premis tersebut rata-rata dijual bermula dengan berat daripada enam sehingga 50 gram, sekiranya mahu membeli emas seberat 100 gram ke atas, pelanggan perlu membuat tempahan terlebih dahulu.

Kehadiran pengunjung dan pelancong luar negeri dan dalam negeri menyumbang kepada rancaknya urusan jual beli di kawasan tersebut. Waktu hujung minggu merupakan waktu yang sibuk kerana ramai yang berkunjung pada waktu tersebut untuk membeli emas.

Anda dinasihatkan untuk merancang perjalanan anda dan sentiasa patuh pada SOP yang ditetapkan.

5. Kedai Emas Sri Tanah Merah

Kedai emas ini memiliki beberapa cawangan di seluruh negara dan boleh dijumpai dengan mudah melalui carian Google. Kedai ini merupakan kedai yang telah lama bertapak di Malaysia dan menawarkan in-store shopping dan juga in-store pick-up yang akan melancarkan lagi urusan para pelanggan.

Menariknya, kedai emas ini juga menawarkan penjualan emas tanpa upah di mana pembeli hanya perlu membayar emas dengan harga pokok sahaja.

Sumber:

https://www.sinarharian.com.my/article/88873/EDISI/Terengganu/Gelang-emas-pulut-dakap-jadi-buruan-di-Pasar-Payang

https://cikmatahariku.blogspot.com/2020/06/design-emas-pulut-dakap-916-yang-sedang.html

Kredit gambar: Shopee dan Habib Jewels

Summary
5 Cara Dapatkan Pulut Dakap Emas yang VIRAL
Article Name
5 Cara Dapatkan Pulut Dakap Emas yang VIRAL
Description
Gelang emas pulut dakap kini menjadi kegilaan ramai penggemar dan pengumpul barang kemas di luar sana, terutamanya dalam kalangan wanita di Malaysia. Rupa bentuk gelang itu yang seakan-akan menyerupai kuih tradisional yang terkenal di belah utara dan pantai timur adalah asal gelaran pulut dakap tersebut. Gelang itu yang tiba-tiba viral di media sosial sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), telah membuatkan gambar emas pulut dakap ini tidak putus-putus dimuatnaik ke laman Facebook dan diburu oleh pengumpul tegar.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: