cara buang angin
Membuang angin adalah satu proses semula jadi dan biasanya terjadi tanpa diduga. Namun, ada juga keadaan di mana ia terjadi disebabkan pengumpulan gas dalam badan yang boleh menyebabkan kesakitan dan kembung perut.

Membuang angin adalah satu proses semula jadi dan biasanya terjadi tanpa diduga. Namun, ada juga keadaan di mana ia terjadi disebabkan pengumpulan gas dalam badan yang boleh menyebabkan kesakitan dan kembung perut. Justeru itu, buang angin adalah bagus untuk melepaskan angin-angin tersebut daripada badan.

Terdapat sesetengah makanan atau perlakuan boleh menyebabkan anda melepaskan gas secara tiba-tiba, tetapi ia biasanya terjadi kerana kekerasan otot perut.

Jadi, mari kita lihat beberapa petua untuk membuang angin dengan betul.

Cara buang angin dengan betul

1.  Lakukan sedikit urutan badan

Membuat urutan pada bahagian perut boleh mengeluarkan angin dalam badan dan memberikan kelegaan kepada individu. Ia boleh dilakukan sekurang-kurangnya sekali sebulan dan anda boleh melihat kesannya tidak lama selepas itu. Bagi petua zaman dahulu, ada yang mengatakan bahawa melakukan kerok duit syiling pada perut boleh membantu membuang angin. Selain boleh mengeluarkan angin dalam badan, ia juga dapat melonggarkan otot dan urat yang tegang di badan. Anda boleh mengurut badan anda dengan menggunakan minyak angin yang bersesuaian bagi mempercepatkan kelegaan dan keselesaan.


Yu Yee Oil Limau

RM 7.00

Gunakan secara tradisional untuk melegakan sakit kecil dan sakit otot dan sendi, gejala sakit perut dan selesema.

2. Minum air halia

Ini adalah petua untuk buang angin yang paling senang memandangkan ia adalah bahan masakan asas yang biasanya boleh didapati di rumah. Minuman air halia yang dicampur dengan sedikit lemon serta madu boleh membantu mengurangkan masalah penghadaman dan masalah angin dalam badan. Halia mempunyai kandungan antioksidan yang sangat bermanfaat terutama jika anda sukar membuang angin.


SIDOMUNCUL Tolak Angin Herbal Liquid 5x15ml

RM 7.20

Tolak Angin merupakan ubat herba yang mengandungi kombinasi berbagai herba yang dapat digunakan untuk meringankan gejala masuk angin. Selain itu, tolak angin cair juga dapat membantu meningkatkan daya tahan tubuh. Herba ini juga membantu untuk mengatasi masalah masuk angin, seperti: pening, kembung, sakit perut, menggigil, mual dan muntah, serta meningkatkan daya tahan tubuh. Tolak angin cair juga boleh diminum ketika dalam perjalanan jauh.

3. Makan bawang putih

Bawang putih juga mempunyai kandungan antioksidan yang baik buat badan sama seperti halia. Anda boleh mengupas seulas bawang putih dan makannya secara mentah-mentah. Bagi mereka yang tidak menggemari rasanya, ia mungkin agak sukar untuk dilakukan namun dengan manfaat yang ditawarkan, ianya tidak salah jika anda mencubanya. Sebaiknya ambil 5 ulas bawang putih dan bakar sedikit kemudian makannya begitu sahaja. Bawang putih akan membuatkan badan anda menjadi lebih hangat dan memudahkan pengeluaran angin.

4. Minum air bergas atau bersusu

Walaupun ini bukanlah satu idea yang baik sekiranya anda sudah mengalami rasa kembung dan kesakitan yang berlebihan, namun ia boleh membantu anda melepaskan angin dalam badan dengan lebih baik. Minuman bergas dan bersusu boleh membuatkan anda menelan udara. Di samping itu, minuman ini mengeluarkan gas karbon dioksida yang menambahkan jumlah udara dalam esofagus anda. Sebilangan besar udara tersebut akan terperangkap di kerongkong sebelum sampai ke perut. Akhirnya, ia biasanya akan keluar sebagai kentut atau sendawa. Antara minuman bergas termasuklah:

  • Air soda
  • Air mineral ‘sparkling’


Spritzer Sparkling Carbonated Natural Mineral Water 1000ml

RM 7.25

Spritzer Sparkling Fizzes Dengan Sparkles di setiap minuman menyegarkan – keseronokan dan kegembiraan dijamin. Air berkarbonat ringan ini memberikan jumlah berkhasiat yang betul yang mengadun dengan baik dengan pukulan buah dan minuman khas untuk kemungkinan minuman tidak berujung.

  • Minuman bersusu seperti susu segar, susu coklat dan sebagainya

5. Melakukan senaman ringan

Mungkin ramai tidak mengetahui bahawa melakukan pergerakan mudah boleh mengeluarkan angin dalam badan. Anda tidak perlu bersenam dengan begitu serius kerana senaman yang dibuat ini hanyalah untuk melenturkan otot-otot dalam badan yang tegang sahaja. Jadi, melakukan yoga adalah satu pilihan yang baik memandangkan ia menerapkan pergerakan yang lembut dan mudah sahaja. Ia juga akan membuatkan seseorang berasa lebih selesa dengan pergerakan yang dilakukan kerana aktiviti yoga dilakukan dalam keadaan yang tenang.

Bagaimana pula jika anda ingin menahan diri daripada membuang angin?

Walaupun buang angin adalah satu proses yang baik, namun ada kalanya, ia boleh berlaku di tempat atau masa yang tidak sesuai terutamanya jika anda tidak keseorangan.

Jadi, bagaimana untuk mengelakkan daripada membuang angin?

1. Kurangkan pengambilan makanan bergas

Sesetengah makanan mengandungi kadar gas yang lebih berbanding yang lain. Terdapat jenis karbohidrat tertentu yang menjadi punca biasa, termasuk makanan yang mempunyai fruktosa, laktosa, serat tidak larut dan kanji. Karbohidrat ini boleh diperam dalam usus besar yang seterusnya menyebabkan masalah pencernaan seperti perut berangin. Ia juga menyebabkan anda berasa tidak selesa selagi angin dalam badan tidak dikeluarkan.

Antara makanan tersebut adalah seperti:

  • Produk tenusu
  • Bawang putih, bawang merah
  • Buah-buahan seperti buah pear dan lain-lain
  • Sayur-sayuran seperti kubis, brokoli, asparagus dan lain-lain
  • Kentang
  • Pasta
  • Gandum

2. Perhatikan tanda-tanda alahan atau intoleransi terhadap makanan

Terdapat individu yang mungkin sensitif terhadap sesetengah makanan tertentu di mana ia boleh menyebabkan reaksi tidak diingini dalam badan. Ini juga boleh menyebabkan gas dan gejala lain seperti kembung perut, mual dan cirit-birit. Selain itu, individu yang mempunyai kadar gas berlebihan mungkin boleh mendapat manfaat daripada diet penghapusan (elimination diet). Ini adalah sejenis diet yang mana individu tersebut akan mengelakkan makanan yang bergas sebelum mula mengambilnya semula satu per satu bagi mengetahui makanan mana yang menyebabkan masalah tersebut.

SUMBER

https://www.medicalnewstoday.com/articles/321556

https://www.healthline.com/health/how-to-stop-farting#eating-habits

https://www.menshealth.com/nutrition/a19545528/sparkling-water-might-be-making-you-gassy/

Tagged: