Resepi Bubble tea Sihat
Taiwan milk tea with bubble on wood background

Sekiranya anda adalah penggemar air bubble tea yang semakin digilai ramai, pastinya anda mahu mencuba membuat versi resipi air bubble tea sihat anda sendiri di rumah. Ini adalah cara yang lebih murah dan anda juga boleh memilih bahannya mengikut kesukaan anda.

Bagi mereka yang mahu menjaga kesihatan tetapi masih tidak mahu ketinggalan dalam trend air bubble tea ini, terdapat beberapa resipi air bubble tea yang sihat dan boleh anda cuba. Ini dapat memastikan bahawa anda tidak mengambil minuman yang terlalu banyak kalori seperti air bubble tea yang dijual di kedai.

 

Bubble Tea Matcha

bubble tea matcha

 

 

 

 

 

 

 

 

Resipi air bubble tea sihat ini hanya mempunyai 150 kalori dan boleh disediakan dengan harga yang murah. Ia juga bagus kerana matcha merupakan bahan yang boleh melawan sel kanser, mencegah penyakit jantung dan diabetes serta membantu mereka yang ingin mengurangkan berat badan. Berikut merupakan bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan resipi air bubble tea sihat Matcha.

 

Bahan-bahan:

  • 1 sudu serbuk matcha (teh hijau)
  • 1 cawan susu badam (almond milk)
  • 1/2 cawan ais ketul
  • 3 titis cecair stevia untuk rasa kemanisan
  • 1/2 cawan bebola ‘pearl’

Cara penyediaan:

  • Kisarkan empat bahan pertama dalam pengisar sehingga menjadi halus. Bagi mendapatkan tekstur bebola ‘pearl’ yang sempurna, rebusnya selama 3 minit. Anda boleh membelinya di pasaraya sekiranya anda tidak mahu menyediakannya dahulu.
  • Pastikan air sebanyak ½ cawan dikacau dengan 3 titisan cecair stevia.
  • Tapis bebola ‘pearl’ dan masukkan ke dalam cawan dan tuang campuran yang telah dikisar sekali.

 

 

Bubble Tea Klasik

milk bubble tea boba susu klasik

 

 

 

 

 

 

 

 

Resipi ini juga tidak terlalu manis jika dibandingkan dengan resipi air bubble tea yang biasa. Ia juga menggunakan jus buah dan teh hitam yang lebih berkhasiat dan kurang kandungan kalori. Jus buah dikatakan boleh membantu menjaga sistem imun kita manakala teh hitam pula bertindak sebagai antioksidan yang membantu menghalang kerosakan pada DNA kita. Mari ketahui bahan-bahan yang diperlukan bagi menyediakan resipi air bubble tea sihat ini.

 

Bahan-bahan:

  • 2 uncang teh hitam
  • 1 cawan air panas
  • 3 titis pemanis Stevia
  • Ais ketul
  • 1/2 cawan krim, santan atau susu mengikut piliha
  • 1/2 cawan jus buah ikut pilihan (mangga, aprikot, raspberi atau mana-mana yang mempunyai rasa yang kuat)
  • 3-4 sudu bebola ‘pearl’

Cara penyediaan:

  • Rebus uncang teh dalam air panas. Perah uncang tersebut dan keluarkan ia daripada cawan yang anda guna. Kemudian, kacaukan bersama 3 pemanis Stevia.
  • Isikan gelas dengan ais dan tuang campuran panas itu tadi.
  • Campurkan dengan jus sekiranya anda suka.
  • Tambahkan 3-4 sudu bebola ‘pearl’.

 

Bubble Tea Gula Perang

bubble tea boba gula perang

Resipi ini menggunakan gula perang berbanding gula biasa. Bahan-bahannya juga adalah sama seperti resepi minuman bubble tea yang lain. Gula perang dikatakan mempunyai kalori yang agak tinggi, jadi pastikan anda memasaknya hingga ia menjadi seperti karamel bagi mengurangkan kalori itu.

 

Bahan-bahan:

  • 1/2 cawan gula perang
  • 1-2 cawan air
  • 1/2 cawan bebola ‘pearl’
  • Susu segar
  • 1 uncang teh pilihan

Cara penyediaan:

  • Rebus ‘pearl’ selama 10 minit dan biarkan ia sejuk.
  • Panaskan 1/2 cawan air hingga mendidih, tutup api dan masukkan gula perang dan kacaunya hingga melekit.
  • Rendam 1 uncang teh pilihan dan biarkan ia suam sekitar 15 minit.
  • Tapis ‘pearl’ dan masukkan ke dalam cawan.
  • Tuang beberapa sudu gula perang agar ia tidak terlalu manis dan gaulkan mereka.

 

 

Bubble Tea Strawberi Mangga

bubble tea jus buah

Gunakan buah-buahan sebagai gantian kepada manisan seperti gula atau madu untuk minuman lebih sihat. Memandangkan buah strawberi dan mangga yang dicampurkan sekali itu sudah manis, pemanis lain tidak diperlukan. Anda juga boleh mengguna buah-buahan lain sebagai pengganti buah strawberi dan mangga tetapi pastikan kuantitinya tidak terlalu banyak.

 

Bahan-bahan:

  • 2 cawan susu
  • 1 cawan buah strawberi
  • 1 cawan buah mangga yang dipotong
  • 1/2 cawan bebola ‘pearl’

Cara penyediaan:

  • Kisarkan susu, strawberi dan mangga bersama.
  • Sekiranya anda menggunakan buah yang segar, tambahkan ais ketul jika anda suka.
  • Rebus ‘pearl’ selama 5 minit dan biarkan ia sejuk.
  • Masukkan ‘pearl’ ke dalam cawan yang berisi campuran buah dan susu itu tadi.
  • Kacau dengan sebati dan hidangan anda sudah sedia.

SUMBER

https://blogs.webmd.com/food-fitness/20190329/is-bubble-tea-bad-for-you

https://www.healthline.com/health/food-nutrition/nutritional-value-of-boba

https://www.mayoclinichealthsystem.org/hometown-health/speaking-of-health/are-you-struggling-to-drink-enough-water-daily

https://www.treehugger.com/how-to-make-healthy-homemade-bubble-tea-4868303

Summary
Resepi Air Bubble Tea Versi Sihat
Article Name
Resepi Air Bubble Tea Versi Sihat
Description
Sekiranya anda adalah penggemar air bubble tea yang semakin digilai ramai, pastinya anda mahu mencuba membuat versi anda sendiri di rumah. Ini adalah cara yang lebih murah dan anda juga boleh memilih bahannya mengikut kesukaan anda.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: