resepi popia kegemaran
Tahu tak, kulit popia boleh dijadikan pelbagai hidangan berbeza dengan asas yang sama. Ia boleh digoreng atau dibakar mengikut resepi kegemaran anda.

Popia merupakan sejenis kuih yang sedap dan mudah didapati. Ia disediakan dalam pelbagai cara daripada mentah, digoreng, disira, dan terdapat juga popia mini. Popia terdiri daripada tiga bahagian iaitu kulitisi, dan kuah. Bahagian kulit diperbuat daripada tepung gandum, tepung ubi kayu dan garam, sehingga menjadi doh yang kenyal. Kemudian doh akan diregangkan dan dijadikan satu lapisan nipis yang bulat diatas kuali leper, seolah seperti lempeng. Kini kulit popia boleh dibeli di kebanyakan pasaraya. Untuk ramuan kuah/sos, selain memasukkan garam sebagai perasa, gula dan limau nipis juga boleh dimasukkan bagi menghasilkan rasa yang lebih sedap. Terdapat tiga cara penggunaan kuah/sos bagi menikmati popia iaitu dengan cara mencicah, dengan cara memasukkan ke dalam popiah ketika menikmatinya, atau dengan cara memasukkan ke dalam popia sebelum digoreng.

Dalam artikel ini, kami telah menyediakan 4 resepi yang anda boleh cuba jadi anda boleh la cuba satu resepi baru setiap hujung minggu.

Jom lihat resepinya seperti di bawah.

Resepi Popia Goreng

Jika anda sukakan jenis yang rangup bersama inti sayuran yang enak, cubalah resepi ini.

Bahan-bahan:

  • Kulit popia
  • 1 cawan sayur campur
  • 300g taugeh
  • 1 cawan isi ayam (bahagian isi)
  • 1/2 bawang besar (dipotong dadu)
  • 1/2 kiub ayam
  • 3 sudu minyak (gunakan minyak sayuran, minyak zaitun atau pilihan minyak sihat lain)

Cara penyediaan:

  1. Cincang kasar isi ayam.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar hingga baik bau.
  3. Tambahkan isi ayam dan goreng sehingga isi ayam masak.
  4. Masukkan sayur campur, taugeh, garam bukit sebagai perasa, kiub ayam dan sedikit lada sulah.
  5. Masukkan sedikit air dan goreng selama 2-3 minit.
  6. Angkat dan sejukkan seketika.
  7. Ambil sekeping kulit popia dan letakkan isi yang mencukupi.
  8. Kemudian, gulung dengan baik dan letakkan sedikit air di hujung sebagai gam.
  9. Susun dalam dulang pembakar atau dalam bekas air fryer dan goreng hingga ia rangup.
  10. Keluarkan dan hidangkan bersama sos cili atau sos cili thai ataupun ia boleh dimakan begitu sahaja.

Resepi Popia Cheese

Jika anda suka makan keju, cubalah resepi mudah ini yang sekarang sedang ‘viral’ kerana rasa keju yang banyak dan membuatkan anda hendak lagi dan lagi. Jom lihat cara penyediaannya seperti di bawah.

Bahan-bahan:

  • Kulit popia
  • Serbuk keju
  • Serbuk cili
  • Sedikit lakanto (pengganti gula)

Cara penyediaan:

  1. Gunting kulit popia menjadi seperti bentuk empat segi yang sama.
  2. Kisar 4 sudu besar serbuk keju, sedikit lakanto dan 1 sudu besar serbuk cili bersama.
  3. Bakar kulit popia tadi di dalam ketuhar atau menggunakan air fryer sehingga ia keperangan dan rangup.
  4. Kemudian, keluarkan dan masukkan dalam bekas bertutup.
  5. Taburkan bahan yang telah dikisar dan goncang dengan baik.
  6. Apabila semua bahagian kulit telah disaluti dengan baik, ia sudah sedia untuk dijamah.

Resepi Popia Carbonara

Jika tadi kita lihat resepi popia dengan inti sayuran kan, sekarang jom kita buat sedikit ‘twist’ dengan intinya pula. Jom gunakan sos carbonara pula kali ini.

Bahan-bahan:

  • Kulit popia
  • Sedikit minyak masak (gunakan minyak sayuran, minyak zaitun atau minyak sihat yang lain)
  • Lada benggala (dihiris panjang)
  • Bawang holand (dicincang)
  • Sosej (dipotong dadu)
  • Isi ayam (dipotong kecil)
  • Lobak merah (dihiris panjang)
  • Sos carbonara
  • Keju mozarella
  • Garam (garam bukit)
  • Lakanto (pengganti gula)
  • Lada hitam
  • Oregano

Cara penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak pada suhu sederhana dan tumis lada benggala dan bawang holand hingga naik bau.
  2. Masukkan sosej, isi ayam dan lobak merah.
  3. Kemudian masuk sos carbonara dan kacau hingga semua bahan masak.
  4. Perasakan dengan garam bukit, lakanto, lada hitam dan oregano.
  5. Tungguh sehingga kuah sedikit pekat kemudian sejukkan.
  6. Letakkan inti dalam kulit popia dan taburkan keju.
  7. Lipat dengan kemas dan bungkus sekali lagi dengan kulit popia agar tidak bocor.
  8. Susun dengan rapi dalam dulang dan bakar dalam ketuhar atau gunakan air fryer sehingga kulit popia kelihatan rangup dan keperangan.
  9. Keluarkan dan hidangkan popia carbonara anda!

Resepi Popia Nestum

Ini adalah resepi yang hampir sama dengan resepi cheese di atas. Bezanya, kali ini anda akan menyalutnya dengan nestum. Sesuai dijadikan sebagai kudapan semasa menonton TV, apa kata anda cuba sediakannya pula?

Bahan-bahan:

  • Kulit popia
  • 1 cawan nestum
  • 1/2 cawan horlick/ susu tepung
  • 1/3 cawan gula kastor

Cara penyediaan:

  1. Potong kulit popia dalam bentuk petak-petak.
  2. Bakar seketika dalam ketuhar atau menggunakan air fryer sehingga ia rangup.
  3. Keluarkan dan ketepikan seketika.
  4. Kisarkan bahan seperti nestum, horlick dan gula kastor.
  5. Masukkan kulit popia tadi dalam bekas bertutup bersama bahan kisar.
  6. Tutup dan goncangkan sehingga semuanya disalut dengan baik.
  7. Sekarang, anda sudah boleh menikmati popia nestum anda dengan senang hati!

Selamat mencuba!

Tefal Fry Delight Air Fryer

RM929.00

Tefal Air Fryer sesuai digunakan untuk menggoreng atau membakar makanan. Ianyasenang dibersihkan dengan bakul dan kuali yang boleh ditanggalkan.
Air fryer dari jenama tempatan ini menggunakan high speed air circulation technology untuk menghasilkan makanan yang kurang minyak dan lebih sihat.
Bekas menggorengnya pula diperbuat daripada stainless steel atau keluli tahan karat yang menepati piawaian keselamatan makanan.

Panasonic Electric Oven

RM689.00

Ketuhar elektrik bersaiz padat ini dilengkapi dengan pemanggang berganda dan fungsi perolakan di mana ia membolehkan anda memasak makanan dengan mudah dalam keselesaan rumah anda. Ketuhar juga dilengkapi dengan fungsi rotisserie yang dapat memanggang sekeping daging dengan baik dan teliti sambil perlahan-lahan memutarnya.

Oven ini mempunyai pelbagai jenis fungsi, antara fungsi utamanya ialah baking dan grilling. Fungsi grilling menggunakan komponen besi pemanggang didalam oven yang terdapat pada oven bagi mengenakan haba dengan cara yang sedikit berbeza berbanding baking. Baking pula menggunakan pemanas dari bahagian bawah oven dimana habanya akan kena pada bahan masakan secara beransur-ansur, konsep ini sebenarnya sama dengan konsep baking dahulukala yang menggunakan kayu api atau arang. Apa-apa pun, oven ini mempunyai keupayaan pemindahan haba yang sangat baik sekaligus mampu menghasilkan kek yang kena dengan kehendak anda.

Kredit: Gambar diambil daripada sumber https://www.pinterest.com/pin/42784265198516714/

SUMBER

https://resepichenom.com/resepi/popia-goreng/show

https://cookpad.com/my/recipes/9067784-popia-nestum

https://www.rasa.my/snek-wajib-popia-cheese-krup-krap-mudah-sangat-nak-buat-3-bahan-jer/

https://www.rasa.my/snek-wajib-popia-cheese-krup-krap-mudah-sangat-nak-buat-3-bahan-jer/

Summary
recipe image
Recipe Name
4 Resepi Popia Kegemaran: Popia Goreng, Popia Cheese, Popia Carbonara dan Popia Nestum!
Published On
Tagged: