pisang rastali

Pisang rastali merupakan antara banyak-banyak jenis pisang yang ada di dunia ini. Jarang kita dengar mengenai jenis ini kan? Selalu yang disebut-sebut adalah pisang dari jenis yang lain yang juga agak popular.

Tahukah anda bahawa buah pisang rastali ini sangat sesuai untuk dijadikan pencuci mulut? Bentuknya yang kecil dan rasanya yang kelat-manis sangat sesuai untuk juadah pemanis mulut.

Pisang rastali sesuai dijadikan pelbagai jenis pencuci mulut, jadi tidak hairanlah terdapat pelbagai resepi pencuci mulut yang menggunakan pisang rastali yang boleh anda dapati.

Jom kita belajari 4 resepi pencuci mulut menggunakan pisang rastali yang anda boleh cuba sendiri di rumah untuk dihidangkan kepada ahli keluarga anda.

PISANG GORENG RASTALI DENGAN PARUTAN KELAPA


Bahan-bahan:

  • Pisang Rastali
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air sejuk
  • sedikit garam
  • 1 sudu besar gula
  • sedikit serbuk kunyit
  • sedikit baking powder
  • 4 sudu besar kelapa parut

Kaedah penyediaan:

  1. Campurkan gandum, baking powder, gula, kelapa parut dan serbuk kunyit.
  2. Masukkan air sejuk dan gaul hingga sebati.
  3. Masukkan pisang ke dalam adunan dan sejukkan terlebih dahulu selama 10 minit.
  4. Panakan minyak untuk menggoreng.
  5. Goreng pisang hingga bertukar warna keperangan atau keemasan.

Tips:

  • Campuran kelapa parut akan merangupkan dan menyedapkan lagi rasa pisang.

PISANG GORENG RASTALI RANGUP

Bahan-bahan:

  • Pisang Rastali
  • 2 cawan gandum
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu gula
  • 4 sudu besar minyak panas
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

Kaedah penyediaan:

  1. Panaskan minyak untuk menggoreng.
  2. Campurkan tepung gandum, gula dan garam.
  3. Masukkan air secukupnya dan gaul biar sebati. Biar adunan pekat.
  4. Masukkan minyak panas dan gaul sebati bersama adunan.
  5. Celupkan pisang ke dalam adunan dan goreng sehingga keperangan atau garing.
  6. Angkat dan sedia untuk dihidang.

PENGAT PISANG RASTALI

Bahan-bahan:

  • Pisang Rastali
  • 140 ml santan kelapa pekat
  • 140 ml santan kelapa cair
  • 4 sudu besar sagu
  • 3 senduk gula pasir
  • 2 helai daun pandan
  • garam secukup rasa

Kaedah penyediaan:

  1. Potong pisang sesuai dengan bentuk yang anda inginkan
  2. Panaskan santan kelapa cair dicampur dengan gula melaka, gula pasir dan garam.
  3. Jika sudah mendidih, masukkan sagu.
  4. Tambah potongan pisang dan daun pandan.
  5. Kecilkan api dan panaskan hingga pisang lembut. Kacau terus menerus bagi mengelakkan santan pecah minyak.
  6. Tambahkan santan kelapa pekat.
  7. Apabila sudah mendidih kembali, matikan api lalu buang daun pandan.
  8. Sedia untuk dihidang.

KEK PISANG RASTALI CHOCOLATE CHIP

Bahan-bahan:

  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula putih
  • 1/2 cawan brown sugar
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 3/4 cawan minyak masak
  • 1 cawan coklat chip
  • 1 biji telur
  • 1 1/2 sudu kecil baking soda
  • 3 biji pisang Rastali (dilenyekkan)

Kaedah penyediaan:

  1. Campur telur dan kedua jenis gula, kacau sekitar 1 minit
  2. Kemudian masukkan pisang dan kacau rata
  3. Tambah tepung,garam, baking soda dan esen vanila dan gaul balik. 
  4. Masukkan minyak dan kacau sebati.
  5. Akhir sekali baru masukkan coklat chip dan gaul rata.
  6. Bakar pada suhu 160c selama 30-40minit selama 25-30 minit.
  7. Selepas siap dibakar, keluarkan dan hidangkan.

Berdasarkan resepi-resepi di atas, pisang rastali terbukti sangat sesuai untuk dijadikan pencuci mulut. Jom cuba kesemua resepi yang ditunjukkan dalam artikel ini. Jangan lupa memuat naik gambar di media sosial untuk menggiurkan ramai orang yang melihat pencuci mulut pisang rastali anda!

Sumber:

1) https://resepi-cara-membuat-pisang-goreng.blogspot.com/2014/10/pisang-rastali.html

2) https://borianafoods.com/resepi-pengat-pisang-pencuci-mulut-paling-sedap.html

3) https://resepi.my/koleksi-10-resepi-pisang/

Summary
 4 Resepi Pisang Rastali Yang Sedap dan Mudah
Article Name
4 Resepi Pisang Rastali Yang Sedap dan Mudah
Description
Pisang rastali merupakan antara banyak-banyak jenis pisang yang ada di dunia ini. Jarang kita dengar mengenai jenis ini kan? Selalu yang disebut-sebut adalah pisang dari jenis yang lain yang juga agak popular.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: