kam heong

Kam heong adalah juadah masyarakat Cina di Malaysia yang menggabungkan tumisan orang Cina dan gabungan masakan orang Melayu dengan cara yang unik.

Masyarakat kaum Cina menggunakan udang kering sebagai bahan tradisinya di dalam resepi kam heong, manakala masyarakat Melayu lebih suka guna cili padi dan daun kari.

Terdapat dua bahagian di dalam setiap resepi. Bahagian pertamanya akan bantu anda cara membuat sosnya. Lebihan sos boleh disimpan di dalam peti sejuk selama 2 bulan.

Bahagian kedua pula akan tunjuk cara membuat protein kam heong bersama sos. Kam heong bukan saja sesuai untuk ayam, malah ia juga sesuai dengan apa jua jenis protein.

Mari kita cuba 3 resepi kam heong di bawah ini. Sangat mudah untuk disediakan oleh suri rumah yang mempunyai jadual padat setiap hari.

KAM HEONG AYAM

kam heong ayam

Bahan-bahan:

  • Setengah ekor ayam
  • 2 biji bawang besar atau bawang Holland (potong dadu)
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 tangkai daun kari
  • 10 biji cili padi (hijau atau merah, dibelah dua)
  • 2 sudu besar serbuk rempah kari ayam ayam (bancuh kepada pes)
  • 2 ke 3 sudu besar sos tiram
  • 2 ke 3 sudu besar sos cili
  • 2 ke 3 sudu besar kicap manis

Cara penyediaan:

  1. Goreng ayam sehingga masak dan ketepikan.
  2. Tumis bawang besar atau bawang Holland, bawang putih, daun kari dan cili padi sehingga naik bau dan kekuningan.
  3. Masukkan pula serbuk rempah kari ayam ayam dan masak sehingga pecah minyak.
  4. Kemudian, tuangkan sos tiram dan kicap manis. Perasakan sos anda dan masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau rata. Siap.
  5. Sedap dimakan dengan nasi panas. Sangat mudah dan sedap. Boleh juga kalau nak tukar ayam dengan udang, ketam atau sotong.
  6. Selamat menjamu selera.

KAM HEONG KETAM GAYA ORANG MALAYSIA

kam heong ketam

Bahan-bahan:

  • 2 ekor ketam Dungeness (potong 8 untuk setiap ekor)
  • 2 sudu besar udang kering (direndam selama 10 minit dan keringkan)
  • 2 biji bawang besar (dihiris)
  • 4 ulas bawang putih (dihiris)
  • 8 ke 10 biji cili padi (dihiris, untuk rasa)
  • 1 tangkai daun kari segar
  • 2 sudu besar serbuk kari ikan
  • 2 sudu teh lada hitam (dikisar kasar)
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar soso tiram
  • 1 sudu besar gula
  • Minyak (untuk menggoreng)

Cara penyediaan:

  1. Di dalam kuali atau kuali bertangkai, panaskan minyak pada api besar. Goreng ketam anda selama 4 ke 5 minit dan ketepikan. Simpan 2 sudu besar minyak dan tapis selebihnya.
  2. Panaskan semula kuali tadi dengan minyak yang anda simpan dengan api besar. Masak udang kering sehingga garing. Masukkan pula ke dalam bawang besar, bawang putih dan cili padi. Jangan lupa daun kari, serbuk kari dan masak sehingga naik bau dan keperangan.
  3. Sekarang, taburkan lada hitam yang telah dikisar kasar, sos tiram dan kicap pekat, juga sedikit gula dan kacau rata. Masukkan ketam dan kacau lagi, bersama dengan garam jika perlu.
  4. Hidang dan selamat menjamu selera.

NASI GORENG KAM HEONG

Bahan-bahan A:

  • 2 sudu besar minyak
  • 1 bawang merah saiz sederhana (dikupas kulit dan hiris nipis)
  • 2 ulas bawang putih (dikupas kulit dan hiris nipis)
  • 1 biji telur (dipukul)
  • 1 tin isi tuna (dibuang kuah)
  • 100g kacang hijau (sejukbeku pun boleh guna)
  • Nasi (daripada 160g beras)

Bahan-bahan B (sos):

  • 2 sudu besar kicap
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar serbuk kari

Cara penyediaan:

  1. Buat kicap kari dengan campur kesemua bahan (B) di dalam mangkuk kecil. Ketepikan untuk digunakan kemudian.
  2. Tambah minyak di dalam kuali pada api sederhana, tumis bawang anda. Masak sehingga layu dan lembut, masukkan bawang putih dan goreng sebentar.
  3. Masa ni, masukkan isi tuna tin yang diasingkan kuahnya dan kacang hijau. Masak dan kacau rata, ini ambil masa dalam 2 minit. Ketepikan semua bahan yang sedang dimasak dan masukkan telur yang dipukul. Kacau selama satu minit sebelum gaul rata kesemuanya dengan rata semula.
  4. Kuatkan api, masukkan nasi. Diikuti dengan sos yang anda sediakan awal-awal tadi. Kacau rata untuk pastikan sos salut kesemua butir nasi. Rasa dan tambah mana-mana perasa jika perlu.
  5. Matikan api bila nasi anda bertukar kepada warna gelap. Sedap dihidang ketika masih panas.

MEE UDON KAM HEONG

mee udon kam heong

Bahan-bahan A:

  • 100g udang kering (direndam dan dipotong)
  • 1 sudu besar bawang putih (dihiris)
  • 6 biji cili padi (dihiris)
  • 1/2 mangkuk daun kari
  • 10 bawang besar bersaiz kecil (dikupas dan dihiris)

Bahan-bahan B (perasa):

  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu gula
  • Sedikit kicap pekat

Bahan-bahan C (mee):

  • 2 peket mee udon (lebih kurang 400g)
  • 1 sotong segar (atau udang)
  • 5 sudu besar sos kam heong

Cara penyediaan:

  1. Sediakan kuali dan panaskan 3 sudu besar minyak, tumis udang kering, hirisan bawang putih dan bawang besar sehingga naik wangi.
  2. Masukkan daun kari, cili padi dan bahan-bahan (B). Kacau untuk keluarkan aroma bahan-bahan ini.
  3. Alihkan daripada api.

Cara penyediaan mee:

  1. Panaskan kuali dengan 2 sudu besar dan goreng udang atau sotong anda.
  2. Kemudian, masukkan sos kam heong dan tumis sehingga naik bau.
  3. Akhir sekali, masukkan mee udon dan tumis dengan api besar. Kacau rata.
  4. Tuangkan di atas pinggan dan sedia untuk dihidang.

Resepi kam heong sangatlah fleksibel dan sesuai untuk apa jua protein dan makanan utama. Ini adalah idea kasar bila-bila anda nak bereksperimen dengan sos kam heong. Cuba masak sendiri dan selamat menjamu selera.

Sumber:

https://chinesefoodsrecipe.com/kam-heong-chicken.html

https://www.keyingredient.com/recipes/212126993/malaysian-style-kam-heong-crab/

https://thecraversguide.com/easy-fried-rice-for-weeknights

https://ryvian.wordpress.com/2009/05/28/kam-heong-udon-noodles/

https://www.rasa.my/cara-masak-ayam-kam-heong-yang-simple-tapi-sedap/

Summary
4 Resepi Kam Heong Mudah Buat Suri Rumah
Article Name
4 Resepi Kam Heong Mudah Buat Suri Rumah
Description
Kam heong adalah juadah masyarakat Cina di Malaysia yang menggabungkan tumisan orang Cina dan gabungan masakan orang Melayu dengan cara yang unik.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: