cocktail buah

Cocktail buah sama maksudnya dengan kelazatan. Ianya adalah pencuci mulut ringan dan sesuai untuk dibuat ketika majlis keramaian.

Cocktail buah menggunakan buah-buahan segar ataupun di dalam tin. Anda mungkin telah melihat banyak buahan di dalam resepi ini, tetapi anda pasti belum lagi mencuba yang terbaik.

Versi yang kami sediakan akan gunakan banyak jenis buah. Dijamin puas hati. Lagi-lagi waktu panas. Mungkin rumah anda semakin panas apabila anda mencuba memasaknya tapi dijamin berbaloi!

Anda akan bertemu dengan pencuci mulut kegemaran baru anda selepas mencubanya. Bagaimana cara ingin membuat hidangan menyegarkan ini? Mari kita tengok!

COCKTAIL BUAH CAMPURAN MUDAH

cocktail buah campuran mudah

Bahan-bahan:

  • 1 peket sumi jeli
  • 2 tin susu cair jenama Ideal
  • 4 sudu besar susu pekat
  • 1 tin buah pic (dipotong)
  • 1 tin cocktail buah campuran (sebaiknya cari buahan yang premium)
  • 1 tin longan
  • 1 bekas Nata de Coco
  • 1 kuning telur
  • 4 sudu besar tepung kastard
  • 4 sudu besar esen vanila
  • 4 sudu besar gula pasir
  • 2 cawan air (pilihan)

Cara penyediaan:

  1. Asingkan kesemua buah-buahan di dalam bahan dan masukkan di dalam mangkuk menghidang.
  2. Campurkan kesemua bahan-bahan basah (kuah daripada tin pic, longan, cocktail buah campuran, Nata de Coco dan susu cair) ke dalam periuk.
  3. Masukkan kuning telur dan esen vanila.
  4. Pukul kastard terlebih dahulu bersama dengan air sehingga sebati dan tuang ke dalam periuk. Ini adalah untuk mengelak ketulan dan campuran hangit, juga untuk memekatkan kuah.
  5. Bila kesemua bahan sudah dicampur pada api perlahan, masak sehingga kuah pekat, tidak perlu sampai kuah terlalu panas.
  6. Sejukkan sepenuhnya di dalam mangkuk menghidang yang dipenuhi dengan buah-buahan tadi.
  7. Tambah ais bila sudah tiba masa untuk makan okay. Selamat menjamu selera.

PUDING COCKTAIL BUAH

puding cocktail buah

Jumlah hidangan: 6

Bahan-bahan:

  • 500ml air
  • 6g jeli (agar-agar)
  • 250ml susu cair
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 14 pek kecil Pal Sweet® Sweetener
  • 50g tin buahan campuran (dipotong kecil)
  • 50g tin laici (dipotong kecil)
  • 50 tin nanas (dipotong kecil)
  • 50g Nata de Coco (dipotong kecil)

Cara penyediaan:

  1. Panaskan air. masukkan jeli (agar-agar) dan biarkan mendidih.
  2. Bila jeli sudah mencair, tuang susu cair dan esen vanila. Kacau sehingga sebati.
  3. Alihkan daripada api, masukkan Pal Sweet® Sweetener. Kacau sebati dan tapis untuk dapatlan campuran jeli yang halus.
  4. Letakkan buahan campuran dan Nata de Coco di dalam acuan jeli. Tuangkan campuran jeli, biarkan ia sejuk sebentar sebelum boleh sejukkan ia di dalam 3 jam.
  5. Keluarkan puding daripada acuannya. Sedia untuk dihidang.

Tips:

COCKTAIL BUAH SIHAT

cocktail buah sihat

Bahan-bahan:

  • 1 botol susu segar (lebih kurang 700ml)
  • 1 cawan strawberry (didadu)
  • 1 cawan manga (didadu)
  • 1 cawan buah naga (didadu)
  • 1 cawan laici (didadu)
  • 1 cawan nanas (didadu)
  • 1 cawan anggur hijau (didadu)
  • 1 cawan anggur merah (didadu)
  • 1 cawan betik (didadu)
  • 1 cawan kiwi (didadu)
  • 1 bekas Nata de Coco
  • 1 peket sumi jeli (pilihan)

Cara penyediaan:

  1. Kuah: tuangkan susu segar di dalam mangkuk. Kemudian, masukkan sebekas Nata de Coco bersama dengan sumi jeli.
  2. Penyediaan buah: kupas mana-mana buah yang perlu dikupas kulitnya, dibuang biji dan dadukan kesemua buahan kepada saiz sederhana.
  3. Gunakan pemotong buat yang pelbagai untuk menarik minat kanak-kanak untuk makan nanti. Isikan mangkuk anda dengan buah-buahan untuk disejukkan di dalam peti sejuk.
  4. Sejukkan buah: buah-buahan perlu disejukkan selama 5 jam.
  5. Penyediaan: bila sudah tiba masa untuk menghidang, susunkan setiap jenis buah di dalam gelas tinggi. Mana-mana gelas tinggi yang cantik boleh digunakan.
  6. Sendukkan kuah ke dalam gelas tinggi yang sudah diisi buahan. Oh dan jangan lupa juga untuk letak ais. Dah boleh hidang.

Tips:

  • Ini adalah galakan untuk kanak-kanak makan snek yang lebih sihat untuk benda-benda manis. Kita yang dewasa pun boleh amalkan diet yang sihat juga.
  • Ianya adalah alternatif untuk menikmati pencuci mulut yang lebih sihat. Rasanya yang menyegarkan dan sejuk saja turun dekat tekak. Lagi pula, pencuci mulut ini sedap.

SALAD COCKTAIL BUAH

Bahan-bahan:

Cara penyediaan:

  1. Cuci dan bersihkan kesemua buahan segar resepi ini. Masukkan buah pic dan buah nanas di dalam mangkuk besar bersama sirap daripada buah-buahan ini. Potong kepingan nanas kepada suku, begitu juga dengan pic supaya keduanya sama saiz.
  2. Buang bintik hijau di badan strawberry. Potong epal kepada potong kecil. Anda tidak perlu kupas kulit anggur tetapi kupas tangerine dan bahagikan kepada beberapa bahagian.
  3. Belah dua anggur dan mana-mana strawberry yang besar.
  4. Masukkan kesemuanya ke dalam mangkuk tadi dan gaul rata. Gunakan sirap di dalam tin masing-masing sebagai cecair asas untuk salad.

Tips:

  • Hidangkan di dalam mangkuk. Pastikan anda hidang salad ini bersama dengan sedikit kuah atau sirap. Setengah orang makan salad ini dengan krim atau puding vanila.

Sudah tiba masanya anda naikkan taraf cocktail buah anda dengan mencuba resepi ini. Saya jamin ia akan puaskan keinginan untuk makan benda manis. Sihat dan ada banyak warna menarik lagi. Selama mencuba!

Sumber:

https://www.areinventedmom.com/easy-fruit-cocktail-salad/

https://recipesformen.com/fresh-fruit-cocktail-salad/

https://www.ajinomoto.com.my/recipes/fruit-cocktail-pudding

https://siraplimau.com/resepi-koktail-buah-sihat-sedap/

https://www.keluarga.my/resipi-mix-fruits-cocktail-yang-ringkas-tapi-sedap-boleh-segarkan-tekak-ketika-panas-anak-anak-confirm-suka-ni/

Summary
4 Resepi Cocktail Buah Sedap dan Menyegarkan
Article Name
4 Resepi Cocktail Buah Sedap dan Menyegarkan
Description
Cocktail buah sama maksudnya dengan kelazatan. Ianya adalah pencuci mulut ringan dan sesuai untuk dibuat ketika majlis keramaian.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: