udang galah

Pasti ramai yang meminati menu udang galah ,sama ada masak sendiri di rumah atau membelinya di kedai. Hidangan udang galah ini pasti menjadi menu istimewa kesukaan ramai terutamanya jika anda menghidangkannya buat ahli keluarga tersayang. Mari lihat 4 menu udang galah yang and boleh cuba !

Menu 1: Udang Galah Masak Lemak Cili Api

Bahan-Bahan:

  • 1 kg udang galah
  • 4 batang kacang panjang, patahkan sepanjang 3cm
  • 2 helai daun kunyit, carikkan
  • 2 batang serai, dititik atau ketuk
  • 1 mangkuk santan pekat dan 1 mangkuk santan cair (dari 1/2 biji kelapa)
  • 1-2 keping asam gelugor
  • garam dan gula secukup rasa
  • Bahan-bahan kisar halus:
  • 8-10 biji cili padi
  • 2 ketul kunyit hidup, kikis kulitnya
  • 6-8 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih (optional)

Cara Penyediaan:

  1. Bersihkan udang dan potong janggutnya. Setelah selesai, ketepikan udang dahulu,
  2. Masukkan santan cair ke dalam periuk besar.
  3. Masukkan bahan-bahan yang dikisar halus, udang galah dan serai yang telah dititik. Masakkan kesemua bahan tadi di atas api yang perlahan sehingga mendidih.
  4. Setelah mendidih, masukkan santan pekat, daun kunyit, asam gelugor dan kacang panjang.
  5. Akhir sekali, Masukkan garam dan sedikit gula mengikut citarasa anda. Tutupkan api apabila kuah telah mendidih dan kacang panjang tadi telahpun masak.

Tips:

  • Kuah harus dimasak di atas api yang perlahan dan perlu kerap dikacau supaya santan yang dimasak tidak pecah minyak dan mempunyai ketulan,
  • Untuk dapatkan isi yang lembut dan manis, elakkan masak udang galah terlalu lama.
  • Untuk lebih mudah, anda boleh menggunakan santan dalam kotak. Resepi ini memerlukan 1 kotak santan (200ml) dan tambah sedikit air.

Menu 2: Kerabu Mee Udang Galah

Ramuan

Bahan A

  1. 3 paket mee segera jenama Serda warna merah (rebus kembang)
  2. 3 paket perencah & minyak mee segera  Serda
  3. 2 biji limau nipis (perah jus)
  4. 3 tbs gula kabung Thai (nise somtam)
  5. 1 tsp sos ikan
  6. 1 sudu sup air rebusan mee

Bahan B

  1. 4 ekor udang galah
  2. 3 batang filamen ketam
  3. 1/4 batang lobak merah (dihiris memanjang)
  4. 2 urat kacang panjang (dipatah 2 inci)
  5. 1 biji tomato (buang biji, dihiris)
  6. 4 helai daun limau purut (buang urat)
  7. 5-10 batang cili api (dititik)
  8. Daun ketumbar (diracik)

Langkah

  1. Rebus isi udang dan filamen ketam yang di potong. Kacang panjang dan lobak merah hanya perlu celur di dalam air panas.
  2. Campurkan bahan A ke dalam bekas yang besar. Gaul sebati dan tambah bahan perasa mengikut selera anda. (Nota: Perencah merupakan bahan yang  masin, oleh itu, sos ikan tidak perlu banyak)
  3. Kemudian, masukkan Bahan B dan gaul sekali lagi. Jika anda inginkan lebih pedas, lebihkan cili padi anda. Taburkan kacang tanah goreng jika ada.
  4. Letakkan sedikit air rebusan semasa menggaul supaya tidak terlalu kering.
  5. Makanan siap untuk dihidang. Selamat mencuba!

Menu 3: Udang Galah Tumis

Ramuan

  1. 500 g Udang Galah
  2. 2 biji bawang merah
  3. 2 ulas bawang putih
  4. 5 biji cili padi
  5. Sedikit kunyit atau serbuk kunyit
  6. 2 batang serai diketuk
  7. Sebiji tomato
  8. Sebiji cili besar
  9. Garam atau Maggi cukup rasa

Langkah

  1. Bersihkan udang dan potong mengikut citarasa anda.
  2. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi, kunyit hidup sehingga lumat.
  3. Tumis kesemua bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi sehingga naik bau dan agak keperangan.
  4. Masukkan udang dan tomato. Gaul sebati dan masukkan cili besar sebagai hiasan.
  5. Masukkan garam atau serbuk cukup rasa.
  6. Gaul sebati dan biarkan seketika selama 1 minit dan tutup api.

Menu 4:  Udang Galah Petai Bersantan

Ramuan

  1. 1/2 kilo udang

Bahan Kisar

  1. 4 biji bawang merah
  2. 4 biji bawang putih
  3. 6 tangkai cili kering
  4. 1 inci halia
  5. 1 inci lengkuas

Bahan-bahan lain

  1. 1 batang serai
  2. 1 sudu kecil serbuk kunyit
  3. 1 keping asam keping
  4. 1 cawan santan

Langkah

  1. Pertama, kisar bawang, halia, lengkuas dan cili kering.
  2. Kedua, tumis sehingga naik bau dan kemudian masukkan serai yang telah dititik. Tambah air jika perlu dan tunggu sehingga bahan-bahan yang dikisar masak.
  3. Kemudian, masukkan udang dan kacau sehingga rata.
  4. Selepas itu, Mmsukkan santan dan gaul sehingga rata. Kemudian masukkan asam keping dan serbuk kunyit.
  5. Setelah mendidih masukkan serbuk perasa Maggie cukup rasa atau masukkan garam secukup rasa.
  6. Akhir sekali, masukkan petai dan biarkan ia masak sebentar sehingga kuah sedikit kering.

Selamat mencuba!

Rujukan