Kuali

Kuali adalah peralatan memasak yang wajib ada dalam simpanan almari dapur. Namun tahukah kamu ada daripadanya yang bertoksik?

Melihatkan dunia hari ini yang sudah semakin moden dengan pelbagai ciptaan gah, inovasi peralatan memasak seperti kuali juga tidak kurang hebatnya apabila sudah seiring dengan perkembangan dunia hari ini.

Terdapat pelbagai bentuk dan saiz yang boleh kita dapati di pasaran dan antara yang sering kita temui adalah kuali jenis seramik bersalut, kuali anti-lekat, dan lain-lain. Namun, tidak semua adalah selamat untuk digunakan.

Ada jenis-jenis kuali yang sebenarnya diperbuat menggunakan material bertoksik yang secara tidak langsung memberi efek negatif terhadap kesihatan manusia jika sering memakan masakkan yang dimasak di dalam perkakas beracun tersebut.

Khas buat semua pembaca Ceria Sihat, kami kongsikan tentang kuali bertoksik yang perlu dielak sewaktu memasak.

#1 Seramik Bersalut

Peralatan memasak seramik biasanya akan dilapisi bahan pelindung yang diperbuat daripada polimer plastik.

Hal ini adalah supaya kualiti kuali berkenaan lebih tahan lasak dan mampu digunakan untuk jangka masa panjang.

Walau bagaimanapun, jika kerap menggunakannya, ia tidak lagi selamat terhadap tubuh badan manusia kerana apabila polimer plastik tadi sudah semakin terhakis, partikel seramik akan mulai mencemar masakan. Ini akan menyebabkan makanan dicemari toksik.

Biasanya, kuali seramik bersalut hanya selamat digunakan dalam jangka masa setahun. Kalau benar kamu mahu menggunakannya, carilah dari jenis seramik yang asli -100% diperbuat daripada material seramik sebenar.

Namun, harga kuali seramik asli sangat mahal ya? Ini kerana ianya anti-lekat, mampu menahan haba kepanasan yang tinggi serta diperbuat daripada material semula jadi sepenuhnya.

#2 Anti Lekat Jenis Teflon

Kuali anti-lekat memang mudah digunakan. Tanpa perlu menggunakan minyak pun sudah boleh memasak makanan dengan lazat. Cara membersihkannya pun tidak rumit kerana tidak perlu membilas sisa minyak degil.

Hakikatnya, ia biasanya dilapisi salutan sintetik dipanggil polytetrafluoreothylene. Ia merupakan polimer plastik yang akan membebaskan partikel berbahaya ke dalam makanan.

Asap atau gas bertoksik yang dihasilkan masakan menerusi kuali anti-lekat jenis ini juga akan menyebabkan seseorang yang menghidunya terkena gejala seperti selesema dan boleh bertukar menjadi demam.

Mungkin, kamu boleh gantikan penggunaannya dengan kuali besi tuang. Haba yang disebar adalah sekata dan cara untuk mengurangkan potensi masakan melekat padanya adalah dengan Cuma menggunakan sedikit minyak yang disapu rata pada permukaannya.

#3 Aluminium

Kuali aluminium biasanya akan disalut dengan lapisan pelindung agar besinya tidak mencair dan rosak dengan mudah. Bagaimanapun, lapisan salutan berkenaan sangatlah mudah terhakis.

Harganya boleh dikira murah tetapi hati-hati kerana sisa aluminium yang terhakis masuk ke dalam makanan berpotensi menjadi toksik. Ini akan menyebabkan kerosakan pada otak, paru-paru, tulang serta tisu-tisu penting tubuh.

Kalau tak mahu menjadi mangsa penyakit nyanyuk (Alzheimer). Beralihlah kepada penggunaan kuali kaca.

Elak juga menggunakan kertas makanan aluminium untuk membakar sebarang makanan di dalam ketuhar. Efek negatifnya sama dengan penggunaan kuali aluminium tadi.

#4 Tembaga

Tembaga memang cantik dan dilihat sangat berkualiti kerana bahannya diperbuat daripada tembaga asli yang berat.

Ia juga sangat popular dalam kalangan orang dahulu kala kerana kuali yang diperbuat daripada tembaga mampu menyebarkan haba secara sekata dengan baik.

Meskipun begitu kehebatannya, jenis yang tidak bersalut sebenarnya berbahaya terhadap kesihatan manusia kerana jika sisa tembaga sudah terlebih masuk ke dalam tubuh ianya akan menurunkan kadar zat besi yang terkandung di dalam badan.

Hasilnya, sistem tubuh akan menjadi lemah bahkan menjejaskan  ketahanan tubuh seseorang.

Lebih parah, kandungan sisa tembaga juga akan menyerang saluran buah pinggang serta kebolehfungsian tiriod hingga menyebabkan keletihan melampau terhadap mangsa.

Boleh gantikan perkakas masak tembaga dengan jenis logam anti-karat. Ianya lebih selamat.

Diharap informasi kali ini dapat membantu kamu untuk membuat pilihan kuali yang selamat sebelum membeli.

Biarpun ianya cuma kuali, tak rugi sebenarnya berbelanja besar dengan membeli barangan peralatan dapur yang berkualiti. Biar mahal, asal kualitinya utuh dan bebas toksik berbahaya.

SUMBER

https://www.amymyersmd.com/article/cookware-shopping-guide

https://brightside.me/inspiration-tips-and-tricks/4-types-of-toxic-cookware-to-avoid-and-4-safe-alternatives-510710

Summary
4 Kuali Bertoksik Yang Harus Dibuang Dari Dapur
Article Name
4 Kuali Bertoksik Yang Harus Dibuang Dari Dapur
Description
Kuali adalah peralatan memasak yang wajib ada dalam simpanan almari dapur. Namun tahukah kamu ada jenis-jenis kuali yang bertoksik?
Publisher Name
CeriaSihat
Tagged: