Kelebihan Berekreasi

4 Kelebihan berekreasi yang perlu anda ketahui. Umumnya, ia bermaksud sesuatu perkara yang memberi manfaat kepada seseorang atau benda. Jika berada di taman atau pusat rekreasi, maka manfaat kepada komuniti.

Kelebihan berekreasi dibahagikan kepada empat kategori iaitu:

kelebihan berekreasi secara Individu.

Membantu Perkembangan dan Pertumbuhan Diri.

  • Mencegah penyakit tulang

Para penyelidik mendapati bahawa remaja yang kurang aktif cenderung mempunyai tulang yang lebih lemah. Hal ini berkemungkinan akan membawa kesan buruk pada  jangka panjang dalam kehidupan Ketika mereka dewasa kelak .

Betapa pentingnya untuk melakukan aktiviti fizikal terutama jika anda berada di fasa anak atau remaja kerana ini adalah peluang terbaik untuk memperbaiki beberapa kecacatan ini yang mungkin menjadi masalah di kemudian hari.

Maka anda perlu berlumba-lumba untuk mengambil peluang melakukan aktiviti rekreasi terutama semasa musim percutian.

  • Membantu Perkembangan kanak-kanak secara holistik

Kepentingan berekreasi mempunyai hubungan kuat dengan perkembangan anak-anak.

Semua ibu bapa mahukan anak-anak mereka membesar dan berkembang dengan baik seiring dengan kemampuan akademik dan kognitif mereka.

Menurut satu kajian telah mengatakan bahawa kanak-kanak lelaki kurang menghabiskan masa dengan aktiviti fizikal mempunyai kemahiran membaca yang lebih rendah.

Oleh itu, Kanak-kanak dan orang dewasa diwajibkan untuk melibatkan diri dalam aktiviti rekreasi bagi meningkatkan kemampuan akademik dan kognitif mereka.

Kesihatan fizikal

  • Peningkatan jangka hayat

Menurut kajian mengatakan rekreasi sangat penting untuk meningkatkan jangka hayat.

Ujian telah dilakukan ke atas wanita berusia 79 tahun dan hasil nya telah membuktikan bahawa wanita yang bersenam dengan jumlah yang rendah lebih cenderung untuk hidup lebih lama daripada mereka yang tidak melakukan aktiviti fizikal sebanyak lapan tahun.

  • Kesihatan jantung lebih baik.

Salah satu Kelebihan berekreasi dengan Latihan fizikal yang sesuai adalah mempunyai kesihatan jantung yang baik.

Ujian telah diadakan ke atas orang dewasa yang lebih tua  dan hasilnya menunjukkan bahawa risiko kegagalan jantung dapat dikurangkan jika anda mengikuti aktiviti fizikal yang sederhana.

 Anda juga perlu menjauhkan diri daripada aktiviti tidak sihat seperti merokok dan tidak menjaga pemakanan yang sihat seperti badan terlalu gemuk (gemuk) .

  • Mengurangkan penyakit kronik (diabetes)

Kajian menunjukkan bahawa   mereka yang terlibat dengan aktiviti fizikal mempunyai kadar penyakit diabetes rendah.

Maka disarankan kepada mereka yang mempunyai penyakit diabetes disarankan untuk mengamalkan pemakanan yang seimbang dan melakukan aktiviti fizikal untuk mengawal peningkatan kadar gula dalam darah.

Masalah kegemukan adalah merupakan masalah besar bagi setiap negara.

Ujian mengatakan faktor kegemukan bagi kanak-kanak adalah kawasan perumahan mereka tidak mempunyai akses mudah untuk ke taman permainan.

 Mereka lebih cenderung mengalami kegemukan melampau berbanding mereka yang mempunyai akses taman permainan yang mudah.

Aktiviti rekreasi sangat penting dalam mengurangkan masalah kegemukan dan ia juga merupakan kaedah yang sangat efektif dan menjimatkan untuk menangani kegemukan, terutama pada kanak-kanak.

Meningkatkan kesihatan emosi

Kesihatan emosi adalah sangat penting demi kelangsungan hidup sejahtera.

Bagi orang kurang berkemampuan sering menghadapi pelbagai jenis cabaran dengan kesihatan emosi mereka dan ia memerlukan tekad yang tinggi dan keberanian untuk mengatasi cabaran ini.

Kajian telah dijalankan ke atas veteran kurang upaya , hasilnya menunjukkan bahawa mereka yang terlibat dalam sukan, senaman dan rekreasi mempunyai pengaruh positif terhadap harga diri dan kualiti hidup mereka.

Menggalakkan kesihatan mental

  • Mengurangkan tekanan

Ujian kesihatan mental telah diadakan di luar negara dan menunjukkan bahawa senaman ringan dan kuat memberi kesan yang signifikan terhadap penurunan keparahan kemurungan selama satu tahun.

Maka, anda digalakkan untuk melakukan aktiviti rekreasi bagi meningkatkan status kesihatan mental anda dan mengurangkan risiko atau kesan kemurungan.

kelebihan berekreasi

Oleh itu, kesihatan mental amat penting demi kebaikan dan kesejahteraan keseluruhan diri anda .

Kelebihan berekreasi secara Komuniti

Menghubungkan kekeluargaan

Kelebihan berekreasi boleh menghubungkan kekeluargaan. Aktiviti seperti mendaki atau berkhemah boleh menjadi jalan terbaik jika keluarga mengalami dalam tekanan.

Kajian menunjukkan bahawa penyertaan keluarga dalam aktiviti rekreasi telah menyebabkan kepuasan keluarga, interaksi keluarga dan kestabilan keluarga.

Ini merupakan jalan penyelesaian yang baik untuk keluarga bermasalah terutama keluarga yang anda kenali.

Meningkatkan kemahiran sosial

Aktiviti rekreasi merupakan salah satu medium bagi komuniti untuk mengatasi beberapa cabaran dan masalah sosial dengan berkesan.

Pelbagai aktiviti rekreasi  yang boleh membantu dalam memperbaiki perkembangan kemahiran sosial antara komuniti seperti harga diri, keberkesanan diri, kerjasama, timbal balik dan rasa kepunyaan.

Selain itu, ia juga dapat mengukuhkan dan membina modal ikatan secara berkumpulan yang merangkumi hubungan sosial, rangkaian dan interaksi sosial .

Keharmonian etnik dan budaya

Kelebihan berekreasi ialah dapat membantu merapatkan jurang yang disebabkan oleh perbezaan budaya yang sering menimbulkan ketegangan yang tidak perlu.

Kegiatan rekreasi  dan interaksi yang baik boleh digunakan untuk mengurangkan perbezaan budaya ini yang sering menyebabkan hubungan perselisihan, prasangka, berat sebelah dalam masyarakat.

kelebihan berekreasi

Mengurangkan rasa sifat pengasingan

Salah satu punca mereka mempunyai masalah kesihatan mental (psikologi) adalah sifat pengasingan, perasaan kesepian dan kemurungan.

Perasaan kesunyian sering terjadi di kalangan penduduk imigran, terutama mereka yang berasa sukar untuk berintegrasi ke dalam gaya hidup masyarakat baru yang mempunyai perbezaan yang jauh daripada gaya hidup masyarakat yang biasa dilaluinya.

Maka, Kelebihan dengan mengikuti pelbagai aktiviti rekreasi boleh menghilangkan rasa pengasingan.

Kelebihan berekreasi secara Persekitaran

Mengurangkan permintaan untuk kos dan perkhidmatan sosial.

Salah satu cabaran terbesar yang sering dihadapi oleh pentadbir adalah peningkatan kos dalam menyediakan perkhidmatan sosial seperti penjagaan kesihatan dan pengangkutan.

Ini merupakan salah satu kebimbangan yang besar bagi kerajaan, terutama mereka yang kekurangan sumber dengan peningkatan persaingan utama.

Selain itu, aktiviti rekreasi juga merupakan salah satu penyelesaian yang paling sesuai untuk mengurangkan permintaan untuk kos dan perkhidmatan sosial.

Populasi rakyat yang sihat menyebabkan perbelanjaan kesihatan akan berkurang jika mereka melakukan aktiviti fizikal di luar rumah iaitu berjalan kaki, berbasikal, dan bersukan.

Pengurangan kos untuk perbelanjaan pengangkutan awam jika mereka menggunakan pengangkutan alternatif seperti berbasikal, maka permintaan akan lebih sedikit untuk perkhidmatan pengangkutan awam .

Terdapat banyak lagi Kelebihan berekreasi untuk persekitaran seperti:

  • Mengurangkan Pencemaran
  • Menggalakkan Udara dan Air Bersih
  • Memelihara Ruang Terbuka
  • Melindungi Ekosistem
  • Meningkatkan Kebanggaan Komuniti

Kelebihan berekreasi secara Ekonomi

Mengurangkan Vandalisma dan Jenayah

Jenayah adalah masalah yang sukar ditangani oleh masyarakat sepanjang masa kerana terdapat pelbagai kesan terhadap masyarakat terutamanya dari segi ekonomi.

Salah satu kelebihan berekreasi adalah penglibatan dalam aktiviti rekreasi dapat mengurangkan penglibatan dalam jenayah di kalangan orang muda.

Kajian telah dijalankan dalam satu program sukan bahawa orang muda yang terlibat dalam aktiviti rekreasi lebih cenderung untuk tidak terlibat dalam jenayah. Maka, hal ini dapat dirumuskan bahawa rekreasi boleh mengurangkan kadar jenayah dikalangan warga muda .

Kesimpulannya, kelebihan berekreasi amat penting untuk individu, komuniti ,persekitaran dan kesejahteraan ekonomi masyarakat di negara kita.

Negara yang cemerlang  daripada pelbagai sudut ditadbir oleh masyarakat yang sihat. Maka, diharapkan semua bersama-sama mengamalkan gaya hidup yang sihat dan bebas daripada kesulitan.

Sumber:

Https://townofwindsorct.com/recreation/benefits-of-recreation/

Https://beststyletrends.com/benefits-of-recreation-and-leisure/

https://www.pdop.org/about/benefits/#:~:text=ENVIRONMENTAL%20BENEFITS%3A,environmental%20health%20of%20our%20community.

Summary
4 Kelebihan berekreasi
Article Name
4 Kelebihan berekreasi
Description
4 Kelebihan berekreasi yang perlu anda ketahui. Umumnya, ia bermaksud sesuatu perkara yang memberi manfaat kepada seseorang atau benda. Jika berada di taman atau pusat rekreasi, maka manfaat kepada komuniti.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: