ubat cirit birit
Ubat cirit birit adalah penting dalam menangani masalah cirit birit yang dilihat sering dihidapi oleh kebanyakan masyarakat di Malaysia. Cirit birit yang panjang menyebabkan dehidrasi tubuh badan yang serius. Penyakit cirit birit ini tidak mengira jantina serta umur.

Ubat cirit birit adalah penting dalam menangani masalah cirit birit yang dilihat sering dihidapi oleh kebanyakan masyarakat di Malaysia. Cirit birit yang panjang menyebabkan dehidrasi tubuh badan yang serius. Penyakit cirit birit ini tidak mengira jantina serta umur. Hampir kesemua ubat cirit birit mempunyai kesan sampingannya.

Jenis ubat cirit birit

Terdapat 4 jenis ubat cirit birit yang anda boleh dapati di farmasi, Activated Charcoal, Dioctahedral Smectite, Probiotik dan Oral Rehydration Salt. Setiap jenis ubat disertakan bersama fungsi dan cara menggunakannya.

1. Activated Charcoal

Arang (charcoal) menyerap toksin dan mencegah penyerapan toksin gastrousus. Jangan ambil sebarang makanan, ubat – ubatan dan suplemen dalam masa 2 jam setelah mengambil activated charcoal. Activated charcoal boleh mengambil alih penyerapan ubat dan suplemen lain.

Jika anda mengambil activated charcoal untuk mengurangkan ketidakselesaan perut, terdapat beberapa pilihan. Anda boleh mengambil activated charcoal dalam bentuk pil, cecair dan / atau serbuk.

Bentuk tablet mungkin lebih murah tetapi anda perlu ingat anda boleh membuka kapsul dan mengunakan menggunakan serbuk arang tersebut untuk tujuan lain.

– Bagaimana untuk menggunakannya?

Anda disarankan untuk minum air yang banyak apabila mengambil suplemen activated charcoal untuk mengelakkan sembelit.

Ambil di antara waktu makan, apabila perut anda kosong dan tunggu buat sementara waktu supaya suplemen itu tidak mengurangkan vitamin dan nutrien yang anda inginkan.

Suplemen activated charcoal tidak sepatutnya diambil setiap hari seperti vitamin, hanya apabila diperlukan. Ikuti arahan pada botol dengan berhati – hati, secara umumnya ia menyarankan anda untuk mengambil 2 kapsul di antara waktu makan.

– Bagaimana ia bertindak sebagai ubat?

Untuk menghasilkan activated charcoal, arang biasa akan menjalani proses di bawah suhu tinggi. Melaui proses ini, ruang dalaman atau liang – liang akan terbentuk melalui proses pemanasan.

Liang – liang bertindak sebagai perangkap atau penyerap kimia. Liang – liang akan menghalang daripada jenis racun tertentu yang dicerna serta diserap oleh perut ke dalam badan.

Activated charcoal berfungsi untuk menyingkirkan bahan bertoksin atau meradangkan perut dan usus. Oleh itu, ia menghalang toksin daripada diserap ke dalam badan. Kemudian, toksin yang terikat pada activated charcoal akan dikeluarkan daripada badan melalui najis, tanpa menjejaskan tubuh badan.

Ciri khas ini berguna untuk merawat keracunan makanan atau bahan kimia, cirit-birit akut, kembung dan sakit perut.

2. Dioctahedral Smectite

Dioctahedral Smectite berfungsi sebagai penyerap usus. Hampir sama dengan activated charcoal, ia tidak disarankan untuk mengambil bersama ubat – ubatan lain.

– Bagaimana ia berfungsi?

Ia mungkin bergantung pada logam tertentu dan menghalang mereka daripada diserap oleh perut dan usus. Ia mungkin membantu merawat atau mencegah keracunan disebabkan toksin logam seperti merkuri.

Ia juga mungkin melindungi sel di dalam usus dengan menutupinya. Ia selalunya digunakan untuk rawatan cirit birit dan simptom menyakitkan yang berkait dengan oesophageal-gastrik dan penyakit usus. Ubat ini digunakan sebagai larutan berair.

– Cara penggunaan

Sebelum digunakan, kandungan paket Smecta mestilah dilarutkan di dalam sejumlah kecil air panas dengan memasukkan serbuk secara perlahan – lahan dan mengacaunya sehingga sebati. Arahan penggunaan smectite menunjukkan dos yang dikira berdasarkan umur.

3. Probiotik

Cirit birit berkait dengan ketidakseimbangan sekumpulan bakteria gastrousus. Mengembalikan keseimbangan membantu anda pulih daripada cirit birit. Jenis probiotik seperti L. Rhamnosus terbukti efektif dalam melawan dan menentang cirit birit.

Cara probiotik membuatkan anda kekal sihat :

  • Apabila anda kehilangan bakteria baik daripada tubuh anda dengan mengambil antibiotik, probiotik boleh membantu menggantikannya
  • Ia boleh membantu menyeimbangkan bakteria baik dan jahat untuk memastikan badan anda berfungsi dengan sepatutnya.

– Pengambilan probiotik

Probiotik sebaiknya diambil ketika perut kosong apabila tahap asid dalam perut adalah rendah. Jika anda mempunyai atau mengalami keadaan kesihatan tertentu anda mungin ingin memilih atau pertimbangkan jenis probiotik tertentu atau mendapatkan nasihat pakar perubatan untuk memilih jenis yang terbaik untuk anda.

Terdapat beberapa produk bagus yang mengandungi 14 jenis probiotik berbeza. Perlu diingat bahawa terdapat 5 bakteria utama yang perlu ada di dalam probiotik yang anda pilih.

– Apakah fungsi probiotik?

Probiotik membantu menghantar makanan melalui usus dengan mempengaruhi saraf yang mengawal pergerakan usus. Pengkaji masih cuba untuk mengenal pasti yang mana satu yang terbaik untuk sesetengah masalah kesihatan. Sesetengah keadaan yang dirawat probiotik seperti :

  • Sindrom iritasi usus
  • Penyakit keradangan usus (IBD)
  • Jangkitan cirit birit (disebabkan oleh virus, bakteria atau parasit)
  • Cirit birit disebabkan antibiotik

4. Oral Rehydration Salt

Dihidrasi adalah perkara yang paling dirisaukan ketika cirit birit. Penting untuk memastikan anda kekal hidrat dan membekalkan elektrolit yang hilang disebabkan cirit birit.

Oral Rehydration Salt (ORS) adalah campuran glukosa dan beberapa garam. Apabila ORS larut di dalam air, larutan ORS apabila diminum diserap ke dalam usus kecil meskipun ketika cirit birit yang serius. Justeru itu, ia efektif untuk menggantikan air dan garam yang hilang melalui najis.

– Fungsi Oral Rehidration Salt

Kalium di dalam ORS adalah penting sebagai rawatan disebabkan ia hilang dengan banyak ketika cirit birit. Kajian menunjukkan kanak – kanak yang malnutrisi atau kurang zat makanan mengalami cirit birit berulang kali berisiko atau berkemungkinan mengalami tahap kalium dalam darah yang lebih rendah daripada normal, terutama jika kalium tidak diganti ketika penghidratan semula.

Sitrat di dalam Oral Rehidration Salt diperlukan untuk rawatan asidosis, di mana sering berlaku bersama dengan dehidrasi. Glukosa dimasukkan ke dalam larutan untuk membantu penyerapan sodium dan bukan sebagai sumber tenaga. Paket ini telah diberikan dan digunakan di seluruh dunia termasuklah oleh UNICEF.

– Bagaimana untuk menyediakan larutan ORS

Oral Rehidration Salt didatangkan dalam bentuk paket. Koyak bungkusan paket ORS dan tuang ke dalam air masak yang telah disejukkan dan kacau sehingga sebati.

Larutan tersebut perlulah diberikan pada bayi dan anak – kanak yang mengalami cirit birit menggunakan sudu atau cawan yang bersih. Botol susuan tidak sepatutnya digunakan.

Kanak – kanak berusia 2 tahun ke bawah sepatutnya diberikan menggunakan sudu pada setiap 1 – 2 minit. Kanak – kanak yang berusia 2 tahun ke atas dan individu dewasa minum secara langsung daripada cawa beberapa kali.

JADI,

Ini merupakan 4 jenis ubat cirit birit yang anda boleh dapati daripada farmasi. Setiap ubat mempunyai kontraindikasi, kesan sampingan dan interaksi berbeza.

Malah dos juga berbeza mengikut umur dan keadaan kesihatan anda. Artikle ini tidak mempunyai keseluruhan informasi untuk rujukan penuh anda. Pastikan sebelum anda mengambilnya anda mendapatkan nasihat daripada doktor atau ahli farmasi.

SUMBER

https://www.doctoroncall.com.my/medicine/en/generics/dioctahedral-smectite

https://www.besthealthmag.ca/best-you/health/activated-charcoal-improve-health/

https://caring2u.com/health_info/treating-minor-ailments-over-the-counter/

https://hellodoktor.com/en/drugs-herbals/drugs/smecta/

http://www.myhealth.gov.my/en/activated-charcoal/

https://www.webmd.com/digestive-disorders/what-are-probiotics#1-2

https://www.webmd.com/vitamins/ai/ingredientmono-1476/clay

https://rehydrate.org/ors/the-salts-of-life.htm

http://www.myhealth.gov.my/en/how-to-prepare-and-serve-oral-rehydration-salt-ors

http://www.myhealth.gov.my/perlukah-antibiotik-dalam-rawatan-cirit-birit/

Summary
4 Jenis Ubat Cirit-Birit Di Farmasi, Fungsi Dan Cara Menggunakannya
Article Name
4 Jenis Ubat Cirit-Birit Di Farmasi, Fungsi Dan Cara Menggunakannya
Description
Ubat cirit birit adalah penting dalam menangani masalah cirit birit yang dilihat sering dihidapi oleh kebanyakan masyarakat di Malaysia. Cirit birit yang panjang menyebabkan dehidrasi tubuh badan yang serius. Penyakit cirit birit ini tidak mengira jantina serta umur.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: