udang masak merah

Udang masak merah yang rasanya pedas manis sangat enak jika digandingkan dengan nasi panas. Masakan ini juga memiliki pelbagai variasi.

Cara  membuatnya juga sangat mudah, hanya dengan menggunakan bahan – bahan yang sedia ada di rumah. Bagi menambahkan lagi kesedapan masakan ini, pilihlah udang yang segar kerana rasanya lebih manis.

 Semasa memasak pula, jangan memasak udang terlalu lama kerana jusnya akan menjadi kering dan udang akan mengecut. Tidak sedap pula begitu kan.

Ayuh, saya kongsikan kepada anda 3 resepi udang masak merah yang mengancam! Pasti anda tidak sabar ingin mencubanya!

Udang Masak Merah Petai

sambal udang petai

Bahan–bahan:

  • 400 gram udang
  • 100 gram petai
  • 4 sudu minyak masak
  • 1 sudu gula
  • 2 biji tomato (bahagian tengah dibuang dan dibelah empat)
  • 2 cawan air
  • 2 sudu besar santan pekat
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1/2 sudu teh garam
  • 10 cili Thai

Kisar bahan – bahan berikut menjadi pes rempah:

  • 75 gram cili
  • 10 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji buah keras

Cara-cara penyediaan:

  1. Buangkan urat di bahagian tengah udang dan kulitnya. Tetapi, biarkan kulit di bahagian ekor.
  2. Belah dua petai dan buangkan petai yang sudah berulat. Basuh dan toskan.
  3. Panaskan minyak masak dalam kuali dengan api kecil, goreng petai hingga berubah kepada warna hijau yang lebih cerah, kira-kira dalam 1 minit. Keluarkan dari kuali dan ketepikan.
  4. Tumis pes rempah dan gula hingga wangi, kira-kira 2-3 minit.
  5. Masukkan tomato dan masak selama 1 minit lagi.
  6. Tuangkan air dan santan dan biarkan hingga mendidih. Setelah mendidih biarkannya selama 3 minit.
  7. Masukkan kicap manis dan garam. Renehkan selama 10-15 minit sehingga tomato betul – betul lerai dan sebati dengan kuah serta kuah menjadi pekat dan sedikit berkurangan.  
  8. Masukkan semula petai yang telah digoreng tadi dan cili Thai ke dalam kuali kemudian, masak selama 3 minit.
  9. Masukkan udang dan kacau dengan cepat selama 30 saat.
  10. Matikan api dan hidangkan segera dengan nasi putih kukus.

Udang Masak Merah Nenas

Resepi Sambal Tumis Udang

Bahan–bahan:

  • 3 – 4 sudu besar minyak
  • 600 gram  udang bersaiz sederhana hingga besar [mengikut pilihan anda]
  • 1 cili merah (dibuang biji dan dipotong
  • Daun bawang (dipotong pendek -pendek)
  • Nenas

Bahan kisar:

  • 5 biji bawang merah – dikupas
  • 2 biji bawang putih – dikupas
  • 2 cili merah, 3 cili kering
  • 1 batang serai potong kecil

Bahan perasa:

  •  3 sudu besar sos tomato
  • 1/2 sudu besar gula
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh 100 ml air

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar dan bahan perasa sehingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan air dan biarkan mendidih.
  2. Masukkan udang, cili dan tumis dengan api kecil hingga sebati dengan kuah dan masak.
  3. Akhir sekali masukkan bawang merah dan nenas kacau hingga sebati sedia untuk dihidangkan

Tips:

Udang Masak Merah Bijan

Malaysian Chili Prawns

Bahan–bahan:

  • 3 sudu besar sos cili manis
  • 4 sudu besar sos tomato
  • 1 1/2 sudu kicap
  • 1 1/2 sudu teh minyak bijan
  • 5 sudu besar kacang tanah atau minyak canola
  • 4 ulas bawang putih segar (dicincang)
  • 2 inci halia segar (dikupas kulit dan dihiris nipis)
  • 3 atau 4 cili merah (dicincang halus)
  • 1/2 cawan daun kari, atau 3 tangkai daun kari
  • 450 gram udang harimau  (dibuang kulit dan urat bahagian tengah)
  • 1/2 cawan stok ayam rendah sodium
  • 1 sudu tepung jagung dicampur dengan 3 sudu besar air
  • 1 biji telur (dipukul ringan)
  • 1 sudu teh bijan

Cara-cara penyediaan:

  1. Campurkan sos cili manis, sos tomato, kicap, dan minyak bijan ke dalam mangkuk. Ketepikan.
  2. Panaskan kuali dengan api sederhana selama 40 saat. Tuang minyak canola dengan sekata pada seluruh kuali.
  3. Apabila permukaan sedikit berkilat, masukkan bawang putih, halia, cili merah, dan daun kari.
  4. Tumis sehingga wangi dan warna bawang putih bertukar keemasan, kira-kira 5 minit.
  5. Masukkan campuran sos ke dalam kuali dan gaul rata. Biarkan sos mendidih selama 2 minit.
  6. Masukkan udang ke dalam kuali dan tumis dengan api kecil,
  7. Tekan – tekan udang ke kuali panas supaya ia berkaramel, kira-kira 30 saat.
  8. Tuangkan stok ayam dan kacau rata.
  9. Biarkan udang masak dalam stok ayam selama 2 minit di atas api yang besar.
  10. Masukkan bancuhan tepung jagung dan telur  ke dalam kuali.
  11. Masak selama 1 minit sehingga kuah pekat.
  12. Hiaskan dengan bijan dan hidangkan segera.

Setelah siap hidangkanlah ketika ia masih panas – panas. Barulah terangkat orang kata!

Kalau anda yang jenis sukakan pedas, bolehlah menambah lebih cili ke dalam masakan. Terpulang kepada citarasa masing – masing.

Selamat mencuba!

Sumber:

https://dailycookingquest.com/sambal-udang-petai-shrimp-and-stink-bean-in-chili-sauce.html

https://kimmy-cookingpleasure.blogspot.com/2014/03/udang-masak-merah.html

https://www.chowhound.com/recipes/malaysian-chili-prawns-31931

https://www.butterkicap.com/kitchen-lab/sambal-udang-petai-resepi

https://resipi-lazat.blogspot.com/2017/10/resepi-sambal-tumis-udang-paling-sedap.html

https://www.sislin76.com/2019/12/sambal-tumis-udang-petai-yang-sedap.html

Summary
3 Resepi Udang Masak Merah yang Mengancam
Article Name
3 Resepi Udang Masak Merah yang Mengancam
Description
Udang masak merah yang rasanya pedas manis sangat enak jika digandingkan dengan nasi panas. Masakan ini juga memiliki pelbagai variasi.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: