kari ayam tanpa santan

Kari ayam tanpa santan ini sesuai untuk hidangan anda sekeluarga dan mudah untuk jamuan hujung minggu. Makan malam tersedia enak jika dinikmati bersama dengan beras basmati.

Dada ayam yang dipotong nipis, ditumis bersama serbuk kari dan dimasak sehingga naik bau, sedikit rasa manis terdapat di dalam kepekatan kuah karinya, resepi ini resepi mesra keluarga.

Masa yang diperlukan juga tidak terlalu lama, hanya 30 minit. Mungkin lebih jika anda juga sediakan nasi basmati. Kaedah memasak kari tanpa santan ini juga pastikan ayam anda sentiasa lembut.

Bergantung pada jenis serbuk kari yang digunakan, rasa dan tahap rempah-ratus di dalam resepi ini berbeza-beza.

Apa tunggu lagi, marilah lihat 3 resepi kari ayam tanpa santan yang kami kongsikan untuk panduan anda ini.

KARI AYAM TANPA SANTAN ORIGINAL

kari ayam tanpa santan original

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam (bahagian tulang)
  • 3 ke 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 inci halia (ditumbuk)
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 biji bawang merah
  • 2 ke 4 tangkai cili kering (dipotong)
  • 1 ke 2 biji kecil cili hijau
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 ke 3 kuntum cengkih
  • 1 biji buah pelaga
  • 1 batang lobak merah
  • 1 sudu teh air asam jawa (bancuh bersama air)
  • Sedikit biji ketumbar
  • Sedikit jintan manis
  • 1 peket kecil serbuk kari pedas
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Garam, gula dan serbuk perasa

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, halia dan rempah-ratus sehingga naik bau.
  2. Masukkan bawang merah, cili kering, cili hijau dan daun kari di dalam periuk menumis. Kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan pula tomato dan kacau sehingga tomato lembut atau layu.
  4. Bila semua dah lembut dan layu, tuang air asam jawa.
  5. Sementara tu, tumbuk sedikit biji ketumbar dan jintan manis dengan halus.
  6. Dah boleh masukkan serbuk kari pedas, serbuk kunyit, biji ketumbar dan jintan manis yang anda tumbuk halus tadi.
  7. Kacau rata untuk dapatkan rasa yang sedap dan pecah minyak. Baunya kari masa ni sangat wangi ya.
  8. Sekarang, masukkan ayam anda. Salut anda rata-rata dengan semua rempah yang kita masak tadi. Biarkan jus ayam tu keluar.
  9. Tutup periuk, biarkan ia mereneh pada api sederhana. Ambil masa juga untuk bagi ayam tu masak dengan sepenuhnya.
  10. Taburkan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa. Angkat keluar dan sedia untuk dimakan.

KARI AYAM TANPA SANTAN SLOW COOKING

kari ayam tanpa santan slow cooking

Bahan-bahan A:

  • Minyak
  • 1 helai kecil daun salam
  • 2 inci batang kayu manis
  • 3 biji buah pelaga hijau

Bahan-bahan B:

  • 1 cawan bawang besar (dihiris halus)
  • 1 biji cili hijau (dihiris)
  • Bawang putih (dihiris halus)
  • Hali (dihiris halus)
  • 1/2 cawan buah tomato (dipotong, dipurikan atau dilenyek)
  • 1/4 sudu teh serbuk kunyit
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk cili merah
  • 1/4 cawan yogurt (dadihnya dipukul)

Bahan-bahan C:

  • 1/2 kg ayam
  • 1 sudu teh serbuk garam masala
  • 1 sudu teh serbuk biji ketumbar
  • 2 sudu besar daun ketumbar atau daun pudina (dihiris)
  • 1 cawan air

Cara penyediaan:

  1. Panaskan 2 sudu besar minyak di dalam periuj. Bila minyak dah panas, masukkan bahan-bahan (A). Tambah 1 cawan bawang besar yang dihiris halus dan cili hijau. Tumis sehingga bawang besar layu. Untuk percepatkan proses, tambah lagi 1 sudu besar minyak di sini.
  2. Tambah 1 sudu besar pes bawang putih halia. Bawang besar tadi kena layu kekuningan dulu baru boleh masukkan pes ni.
  3. Tumis pes ini selama 2 ke 3 minit atau sampai bau mentah bawang tu dan hilang.
  4. Masukkan pula setengah cawan buah tomato, suku sudu teh serbuk kunyit, setengah sudu teh garam. Goreng tomato sampai lembik dan bau mentahnya hilang.
  5. Tumis pada api sederhana sampai campuran tadi memekat dan berbau wangi. Kalau anda tidak suka ketulan besar bawang, sejukkan campuran ni dan kisar sehingga menjadi puri halus.
  6. Masukkan kesemua bahan-bahan C dan tumis dalam 3 ke 4 minit atau sehingga ayam bertukar pucat.
  7. Tutup periuk dan masak pada api perlahan untuk lagi 3 ke 4 minit untuk bagi ayam serap semua rasa. Sementara tu, panaskan satu cawan air di dalam periuk berasingan. Atau, panaskan air tersebut di dalam ketuhar gelombang mikro.
  8. Tuang setengah atau 3/4 cawan air panaskan atau sampai terendam ayam anda.
  9. Penting untuk bagi ayam terendam dengan air panas tadi. Tutup dan didihkan pada api rendah untuk lembutkan ayam. Masa bergantung kepada usia dan saiz ayam masing-masing. Jangan masak guna api besar ya.
  10. Akhir sekali, periksa sama ada ayam sudah cukup masa atau belum guna garfu. Kalau sudah lembut dan garfu bersih maknanya sudah masak sempurna. Rasa kari anda dan tambah garam jika perlu. Juga, tambah setengah sudu teh garam masala kalau kari anda perlukan lebih rasa rempah.
  11. Matikan api dapur bila kuah kari dah nampak cantik. Hiaskan dengan daun ketumbar. Tutup dulu sebelum hidang.

KARI AYAM TANPA SANTAN BERKRIM

kari ayam tanpa santan berkrim

Bahan-bahan:

  • 2lbs dada ayam (dipotong kiub 1 inci)
  • 1/4 cawan minyak sayuran
  • 1 biji besar bawang (dihiris)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2 sudu besar garam masala
  • 1 sudu teh garam biasa
  • 1 sudu teh paprika
  • 3/4 cawan krim putar (atau heavy cream)

Cara penyediaan:

  1. Di dalam kuali besar, panaskan minyak pada api sederhana. Tumis bawang saja, sehingga layu kekuningan. Ini akan ambil masa dalam 15 minit.
  2. Tambah bawang putih dan sambung kacau untuk seminit. Taburkan garam masala, paprika dan garam biasa.
  3. Masukkan tomato dan krim, masak untuk 2 minit lagi.
  4. Letakkan dada ayam dan didihkan pada api sederhana. Kacau sekali sekala, untuk biar ia masak sampai sempurna dan isi ayam tidak mentah dah, dalam 15 minit.
  5. Hidang bersama nasi dan hias dengan daun ketumbar.

Kari ayam tanpa santan ini sama sedap dengan yang ada santan di dalamnya. Lagi sihat pula tu sebab anda gunakan alternatif yang lebih sihat berbanding santan untuk masak hidangan yang lazat ini.

Selain nasi panas, paratha atau capati pun sedap. Jangan lupa untuk tengok resepi-resepi lain di halaman kami ini ya.

Sumber:

https://www.onceuponachef.com/recipes/chicken-curry.html

https://www.indianhealthyrecipes.com/chicken-curry

https://salu-salo.com/creamy-chicken-curry/

https://www.rasa.my/petua-masak-kari-ayam-tanpa-santan-yang-sangat-sedap/

Tagged: