telur masak sos

Jom cuba resepi telur masak sos yang simple dan padu ni. Siapa kata masakan telur ni kurang menyengat? Kadang-kadang makan nasi putih dengan telur goreng pun boleh tambah nasi dua kali tau! Anak-anak pun kebanyakannya menggemari masakan telur tidak kiralah dimasak dengan sambal, kicap atau sebagainya.

Jangan tidak tahu telur adalah sumber protein yang baik kerana memiliki kandungan vitamin dan mineral yang tinggi. Tanpa membuang masa, kami kongsikan 3 resepi telur masak sos yang simple dan padu untuk anda cuba di rumah!

Resepi Telur Masak Sos Cili

Telur masak sos cili Thai adalah resipi telur termudah dan terbaik yang boleh anda buat di rumah.

Resipi ini memerlukan 15 minit untuk dimasak. Sesuai untuk anak-anak yang sedang kelaparan di siang atau di malam hari.

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur ayam
  • 2 sudu minyak masak
  • 2 ulas bawang putih, dicincang
  • 1/3 cawan sos cili manis Thailand
  • 4 sudu air
  • 1 sudu teh jus limau
  • garam secukup rasa
  •  1 sudu besar ketumbar cincang

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan kuali dan masukkan 1 1/2 sudu minyak. Biarkan sehingga minyak panas.
  2. Selepas itu, pecahkan telur dan goreng telur satu persatu. Goreng sehingga telur betul-betul garing dan keemasan. Angkat dan ketepikan.
  3. Dengan kuali yang sama, masukkan sedikit minyak masak. Kemudian, tumis bawang putih hinga naik bau. Selepas itu, terus tuang sos cili manis Thailand dan perahan limau purut.
  4. Masukkan kembali telur yang telah digoreng. Dengan api yang perlahan, biarkan ia sebati sehingga kuahnya pekat sedikit.
  5. Perasakan dengan gula dan garam.
  6. Hidang panas-panas dengan nasi putih.

Resepi Telur Masak Sos Tiram & Cili

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur ayam
  • 2 sudu besar sos tiram + 1 sudu besar air, gaulkan bersama
  • Secubit lada tanah
  • 1/2 cawan daun bawang cincang halus
  • 1-2 cili, dihiris halus
  • 3 ml minyak masak

Cara Penyediaan:

  1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk.
  2. Kemudian, panaskan minyak dalam kuali dengan api yang tinggi. Apabila minyak sudah masak, tuangkan telur satu persatu ke dalam kuali.
  3. Goreng dalam 1 minit atau sehingga bahagian bawah telur menjadi pekat dan garing. Jaga kuning telur pastikan ianya terletak cantik. Masak dalam 1 minit lagi.
  4. Selepas itu, telur boleh diangkat dan dituangkan dengan sos tiram dan perasakan dengan lada, cili dan daun bawang.
  5. Siap untuk dimakan!

Resepi Telur Masak Sos Tomato (Shakshouka)

3 Resepi Telur Masak Sos Yang Simple dan Padu

Shakshouka dalam Bahasa Arab yang membawa maksud “all mixed up” – semua dicampurkan. Ia menunjukkan hidangan ini membangkitkan aroma rempah ratus dan rasa eksotik yang kuat.Jika anda menyukai kelainan, boleh cuba resepi ini.

Bahan-bahan:

  • 2 sudu minyak zaitun
  • 1 bawang, cincang
  • 2 lada hijau, dibuang biji dan cincang
  • 1 lada benggala, dicincang halus
  • 1 biji tomato potong dadu
  • 1/2 cawan sup sayur
  • 1 sudu teh jintan
  • 1 sudu teh paprika salai
  • 1/2 sudu teh oregano kering
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/4 sudu teh lada hitam yang baru digiling
  • 6 hingga 8 biji telur
  • 2 sudu besar pasli, dicincang
  • 1/4 cawan keju dihancurkan

Cara Penyediaan:

  1. Dalam kuali besar, panaskan minyak di atas api sederhana-tinggi. Masukkan bawang dan lada dan masak hingga lembut dan mula keperangan, kira-kira 7 minit.
  2. Kemudian, masukkan tomato, sayur, jintan, paprika, oregano, dan garam dan lada. Didihkan selama 20 hingga 22 minit atau sehingga kuah menjadi pekat.
  3. Pecahkan telur di atas sos, kemudian tutup periuk dan biarkan ia masak selamat 6 hingga 8 minit atau sehingga warna putih dan kuning telur pekat tetapi cair.
  4. Taburkan dengan pasli dan keju dan hidangkan dengan nasi putih atau roti pita.

Tips Ekstra Goreng Telur

Macam mana nak goreng telur dengan baik?

Telur goreng adalah hidangan utama jadi ada teknik yang boleh dipraktikkan. Untuk menggoreng telur dengan sempurna, iaitu telur putih berbentuk bulat dan rangup manakala kuning telur terletak cantik ditengah-tengahnya.

Berikut adalah petua dan cara menggoreng telur.

  1. Gunakan kuali yang tidak melekat, jika boleh. Kuali yang tidak melekat akan memudahkan kerja dan anda tidak perlu panik jika telur jadi tak cantik!
  2. Panaskan kuali anda dengan api yang tinggi, atau sebaik sahaja kepulan asap menandakan kuali sudah siap sedia untuk digunakan.
  3. Guna minyak masak dengan secukupnya. Pastikan anda mempunyai minyak yang cukup dalam kuali untuk membentuk gelembung telur menjadi bulat dan terletak. Ini juga membantu untuk menjadikan telur goreng rangup dan enak dimakan.
  4. Jangan gelojoh! Goreng telur satu demi satu ke dalam kuali. Dan, pastikan sisa-sisa telur sebelumnya supaya tidak menganggu telur yang seterusnya.
  5. Goreng telur dan jangan diusik setiap masa selama kira-kira 1 minit. Ini akan memastikan bahawa kuning telur tidak pecah semasa anda membalikkan telur.

Dapat sesuatu? Nampak mudah tetapi sebenarnya ramai yang gagal menghasilkan telur goreng yang sempurna dan cantik. Apa-apapun kalau perut sudah lapar, segala apa yang di depan mata terus makan je. Betul tak? Haha

Selamat mencuba resepi yang mudah dan padu ini!

Sumber:

https://rasamalaysia.com/sweet-chili-eggs/

https://www.loveandoliveoil.com/2015/10/shakshouka-poached-eggs-in-spicy-tomato-sauce.html

https://steamykitchen.com/257-fried-egg-with-oyster-sauce-and-chili.html

Tagged: