resepi sup tulang

Sup tulang merupakan menu hidangan yang popular sepanjang masa. Tidak kira perayaan atau festival, hidangan sup tulang sesuai untuk dihidangkan malah hidangan lazat ini sesuai untuk dimakan setiap hari tanpa jemu.

Kuah yang kaya dengan pelbagai perisa dari pelbagai rempah serta tekstur daging yang empuk merupakan gabungan yang sangat mantap untuk makan tengah hari.

Sup tulang sesuai dimakan dengan nasi putih, mihun mahupun mi kuning. Semuanya terpulang kepada selera tekak anda lebih sukakan yang mana.

Jom belajar memasak hidangan ini menggunakan resepi sup tulang yang mudah dan ringkas seperti di bawah.

1. Sup Tulang Daging Ketagih & Sambal Kicap

Bahan-bahan sup tulang:

  • 1 kg tulang lembu ~ rebus dahulu hingga empuk
  • 2 sudu besar minyak masak 
  • 1 sudu besar minyak sapi 
  • 1 batang kulit kayu manis 
  • 3 kuntum bunga lawang 
  • 5 kuntum bunga cengkih 
  • 3 biji buah pelaga 
  • 1 labu bawang besar – di hiris 
  • 1 peket kecil rempah sup – anggaran 2 sudu besar 
  • Air rebusan tulang secukupnya 
  • 1 batang lobak merah ~ dadu 
  • 2 biji kentang ~ dadu 
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • Garam secukup rasa
  • 1 biji tomato – potong dadu 
  • 1 batang celery – hiris
  • Daun sup dan daun bawang ~ hiris
  • Bawang goreng – tabur

Bahan-bahan kisar sup tulang:

  • 5 ulas bawang merah 
  • 3 ulas bawang putih 
  • 1 inci halia 
  • 1/2 batang lobak merah 
  • 1 batang celery 
  • 1 batang leek 

Kaedah penyediaan sup tulang:

  1. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. Ketepikan. Kisar pula lobak merah, batang celery dan leek. Ini bermakna ada 2 mangkuk bahan kisar berasingan yang perlu ditumis nanti. 
  2. Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam periuk. Tumiskan rempah tumis ( kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih) dan bawang besar yang telah di hiris hingga harum dan garing. 
  3. Masukkan bahan kisar (bawang merah, bawang putih dan halia) dan tumis lagi hingga garing dan terbit minyak.
  4. Masukkan pula lobak merah, celery dan leek yang telah di kisar halus. Tumis lagi hingga garing. 
  5. Kemudian masukkan rempah sup. Tumis lagi hingga rempah garing. Jika terlalu pekat boleh masukkan sedikit air.
  6. Bila semua dah garing masukkan tulang dan air rebusan tulang. Jika kurang boleh tambah lagi air biasa. Kacau sebentar dan biarkan ia merenih. 
  7. Jika gunakan tulang yang tak di rebus awal, masak hingga tulang empuk. Mungkin proses memasak menjadi lebih lama kerana nak tunggu tulang empuk. Semasa proses merebus ni akan keluar minyak, buih-buih dan sedikit kotoran. Sendukkan dan buangkan semua kotoran, buih-buih dan minyak di permukaan sup, ini adalah kotoran dari darah dan minyak dari lemak pada tulang.
  8. Bila daging dah empuk, masukkan lada sulah dan garam secukup rasa.
  9. Akhir sekali masukkan kentang dan lobak yang telah di dadu kecil. Bila kentang hampir empuk, masukkan juga daun sup, batang celery, cili padi dan bawang goreng.
  10. Tutup api dan sedia di hidangkan dengan sambal kicap.

Bahan-bahan sambal kicap:

  • 15 biji cili padi
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan kicap ABC/kicap manis 
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu kecil cuka makan

Kaedah penyediaan sambal kicap:

  1. Satukan semua bahan dan kisar. Sedia di makan bersama sup tulang.

2. Sup Tulang Merah Singapore

Bahan-bahan:

  • 1 1/2 kilo tulang bahagian kaki kambing atau tulang lembu yang mengandungi sum-sumnya sekali
  • 1/4 senduk tomato sos
  • 1/2 senduk cili sos
  • 1 senduk cili boh
  • 1/4 senduk minyak untuk menumis
  • 1 tin kecil tomato puree
  • 2 sudu besar bawang goreng
  • 5 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar jintan putih
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • Sedikit rempah kasar 4 beradik – bunga lawang, buah pelaga, cengkih dan kayu manis
  • Garam, gula, gula kabung setengah ketul & ajinomoto secukup rasa
  • Pewarna merah

Kaedah penyediaan:

  1. Tulang direbus hingga empuk. Air rebusan jangan dibuang. Goreng jintan manis dan jintan putih tanpa minyak hingga agak garing, kemudian dimesin halus.
  2. Bawang merah, bawang goreng, bawang putih dan halia diblend bersama dan kemudian tumis dalam kuali dengan minyak.
  3. Masukkan jintan yang dimesin dan rempah-rempah kasar dan juga tomato sos, tomato puree, cili boh, lada hitam dan cili sos.
  4. Tumis hingga garing dan berbangkit bau, masukkan pewarna merah.
  5. Kemudian masukkan hasil tumisan ini ke dalam air rebusan tulang tadi dan masak hingga agak pekat dan berkuah.
  6. Masukkan garam dan perasa secukup rasa. Sedap dimakan dengan roti dan juga nasi. Boleh dihidang dengan limau nipis, daun sup, bawang goreng, daun sadri yang dimayang halus.

3. Sup Tulang Ala Thai Simple Tapi Power  

Bahan-bahan:

  • 1 kg tulang / daging (rebus dulu dengan halia sampai empuk)

Bahan-bahan tumis:

  • Serai 2 – 3batang (ketuk)
  • Lengkuas 1 inci (ketuk)
  • Bawang putih 3 ulas (ketuk)
  • Bawang holland 1 biji (hiris)
  • Bawang besar 1 biji ( hiris)
  • Halia 1 inci (ketuk)
  • Akar ketumbar (ketuk)
  • Daun limau purut ( 3 or 4 helai)

Bahan-bahan hiris:

  • Batang saderi
  • Tomato
  • Cili hijau
  • Cili merah
  • Hirisan bawang holland
  • Daun ketumbar
  • Daun sup

Kaedah penyediaan:

  1. Rebus dulu daging atau tulang sehingga empuk.
  2. Dalam kuali yang lain, tumis semua bahan di atas sampai layu dan naik bau.
  3. Masukkan bahan tumisan tu ke dalam tulang yang dah di rebus bersama air rebusan tadi tulang dan daging.
  4. Lepas tu masukkan air perahan limau kasturi mengikut cita rasa masing-masing.
  5. Kemudian letakkan semua bahan hiris ke dalam sup yang dididihkan tadi.
  6. Akhir sekali, taburkan daun ketumbar atau daun sup, bawang goreng dan perasakan secukupnya.

Harga sup tulang semangkuk adalah sekitar RM7 hingga RM9. Sekiranya anda memasak sendiri di rumah, anda boleh mengawal kuantiti daging serta perasa yang digunakan. Hal ini mampu menjadikan hidangan anda lebih sihat kerana anda mengetahui bahan-bahan yang dicampur bersama. Selamat mencuba!

Sumber:

1) https://www.aziekitchen.com/2015/03/sup-tulang-yang-sangat-sedap.html

2) https://resepibonda.my/resepi-sup-tulang-merah-singapore/

3) https://siraplimau.com/resepi-sup-tulang-ala-thai/

Summary
3 Resepi Sup Tulang Yang Membuka Selera
Article Name
3 Resepi Sup Tulang Yang Membuka Selera
Description
Sup tulang merupakan menu hidangan yang popular sepanjang masa. Tidak kira perayaan atau festival, hidangan sup tulang sesuai untuk dihidangkan malah hidangan lazat ini sesuai untuk dimakan setiap hari tanpa jemu.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: