sup ketam

Sering kali kita dengari bahawa sup ketam mampu merawat denggi. Sejauh mana kebenarannya masih tidak dapat kita pastikannya.

Namun saya yakin bahawa semua pembaca pasti tidak dapat lepaskan peluang sekiranya diberi peluang untuk mencuba sup ketam.

Jangan risau lagi. Walaupun ketika berkurung di rumah, anda dapat mencuba dan merasai kelazatan sup ketam yang akan dikongsikan. Semoga Berjaya!

Resepi 1

Bahan-bahan:

  • 1 pound daging ketam
  • 2 cawan susu
  • 6 sudu kecil mentega
  • 2 cawan krim putar pekat
  • Garam
  • Lada hitam

Cara-cara untuk menyediakan

  • Cairkan mentega di dalam periuk atau kuali leper
  • Masukkan daging ketam, krim putar pekat dan susu
  • Didihkan melebihi haba sederhana-tinggi
  • Perlahankan haba setelah campuran mendidih
  • Renehkan selama 20 minit
  • Padamkan api dan tambahkan garam serta lada hitam

Resepi 2

Bahan-bahan

  • 1 bawang saiz sederhana yang telah dipotong
  • 2 sudu besar mentega
  • 3 cawan sup ayam
  • 3 cawan jagung
  • 3 kentang yang telah dikupas dan dipotong kecil
  • Daging ketam
  • 1 cawan susu full cream
  • 1/4 sudu kecil lada hitam

Cara-cara untuk menyediakan

Resepi 3

Bahan-bahan

  • 3 sudu besar mentega tidak bergaram
  • 3 sudu besar tepung serbaguna
  • 4 cawan krim half&half
  • 1 sudu kecil Dijon mustard
  • 1 sudu kecil serbuk perasa Old Bay
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1/8 sudu kecil lada hitam
  • 1/2 pound daging ketam

Cara-cara untuk menyediakan

  • Cairkan mentega di dalam periuk menggunakan api sederhana-rendah
  • Tambahkan tepung dan gaulkan selama 1 minit sehingga sebati
  • Gaulkan dan tambahkan sedikit demi sedikit.
  • Tambahkan Dijon mustard, serbuk perasa Old Bay, garam dan lada hitam
  • Didihkan dan gaulkan sekali-sekala untuk mengelakkan tepung mendap ke bawah periuk
  • Setelah sup mula mendidih, rendahkan api dan renehkan tanpa menutup periuk selama 30 saat sehingga larutan menjadi pekat
  • Masukkan daging ketam dan gaulkan
  • Tambahkan perasa sekiranya perlu dan jika sup terlalu pekat, tambahkan air supaya menjadi kurang pekat

Berikut adalah resepi mudah sup ketam untuk anda cuba sediakan untuk ahli keluarga atau teman serumah anda. Selamat mencuba resepi ini!

SUMBER:

https://www.onceuponachef.com/recipes/crab-soup.html

https://pipandebby.com/pip-ebby/crab-soup

https://www.tasteofhome.com/recipes/creamy-corn-crab-soup/

Summary
3 Resepi Sup Ketam Yang Mudah dan Sedap
Article Name
3 Resepi Sup Ketam Yang Mudah dan Sedap
Description
Sering kali kita dengari bahawa sup ketam mampu merawat denggi. Sejauh mana kebenarannya masih tidak dapat kita pastikannya.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: