sup kaki ayam

Sup kaki ayam adalah comfort food yang akan dicari bukan sahaja ketika sakit tetapi juga pada bila bila masa sahaja. Malah, ia enak dan berkhasiat!

Antara khasiat hidangan ini ialah ia dapat membantu menambahkan kolagen pada kulit anda. Ia juga sangat mudah dibuat malah akan membuatkan semua orang merasa puas.

Oleh itu, ayuh kita lihat tiga resepi sup kaki ayam kegemaran anda!

Sup Kaki Ayam Kantonis

Resepi sup kaki ayam tradisional dan berkhasiat ini adalah dibuat daripada tonik Cina yang mungkin anda pernah membesar di dapur ibu bapa atau datuk nenek anda.

Bahan-bahan: –

  • 15 kaki ayam
  • 100g daging
  • 2 cawan kacang
  • 10 biji kurma kering
  • 2 sudu besar goji berries
  • 15 biji longan kering
  • 3 biji keladi kering Cina
  • 3 keping dangshen
  • 3 biji bawang hijau
  • 2 inci halia

Cara menyediakan: –

  1. Rendam dangsheng dan keladi kering dalam air selama lebih kurang 30 minit.
  2. Basuh kaki ayam sehingga ia benar benar bersih. Pastikan kuku kaki ayam dipotong.
  3. Isikan air di dalam periuk dan biarkan air mendidih seketika.
  4. Masukkan kaki ayam ke dalam periuk.
  5. Setelah kaki ayam masak, keluarkakan dan basuh dengan air suam.
  6. Di dalam periuk yan lain, masukkan halia yang telah dikisar dan bawang hijau.
  7. Kemudian, letakkan kaki ayam, daging tanpa lemak, halia, kurma merah kering, longan, goji berries, keladi kering dan dangsheng ke dalam periuk.
  8. Masukkan juga air secukupnya.
  9. Didihkan di atas api sehingga air sup menyerap sepenuhnya ke dalam kaki ayam.
  10. Kemudian tutup api dan siap untuk dihidang.

Sup Kaki Ayam India

Resepi sup Kaki Ayam India mempunyai pelbagai perisa kerana ia dicampur dengan rempah India dan boleh disesuaikan dengan citarasa anda.

Anda juga boleh letak sayuran kesukaan anda seperti kentang, jagung, lobak merah, kacang hijau, labu dan cendawan. Dengan meletakkan pelbagai jenis sayuran, ia memberikan aroma dan rasa unik kepada sup.

Bahan-bahan: –

  • 15 kaki ayam
  • 2 biji lobak merah
  • 1 cawan jagung manis
  • 2 biji kentang
  • 2 cawan sayur saderi
  • 3 sudu besar jus lemon
  • 2 inci halia dicincang halus
  • 2 sudu besar bawang putih dicincang halus
  • 2 sudu kecil ghee

Bahan rempah: –

  • 2 helai daun bay kecil
  • 5 biji cili padi
  • Kulit kayu manis

 Cara menyediakan: –

  1. Bersihkan kaki ayam sebersih bersihnya.
  2. Kemudian, masukkan kaki ayam, kentang, saderi dan air secukupnya ke dalam periuk.
  3. Masukkan daun bay, kulit kayu manis, dan cili padi ke dalam periuk.
  4. Rebus sehingga ayam masak.
  5. Sementara itu, panaskan kuali dengan minyak.
  6. Tumis halia dan bawang putih sehingga naik bau.
  7. Masukkan lobak dan jagung manis juga.
  8. Ambil sedikit kuah stok ayam dari periuk dan masukkan ke dalam kuali.
  9. Kacau sehingga rata dan masukkan garam.
  10. Akhir sekali, masukkan kaki ayam yang sudah direbus tadi.
  11. Sejukkan sup ayam dan kemudian perah dalam jus lemon dan masukkan serbuk lada.
  12. Siap untuk dihidang.

Sup Kaki Ayam Melayu

Setiap kali kita sakit, kita selalu menginginkan comfort food iaitu sup kaki ayam. Ini kerana ia dikatakan mempunyai kesan anti-radang dan membantu kesihatan tulang daripada kandungan kalsiumnya yang tinggi.

Oleh itu, walaupun mungkin kelihatan tidak sedap dipandang oleh beberapa orang, tidak dapat dinafikan bahawa ia sangat berkhasiat!

Bahan-bahan: –

  • Minyak masak
  • 3 sekawan iaitu buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga cengkih
  • Rempah sup sepeket
  • 15 kaki ayam
  • Air secukupnya
  • Serbuk lada hitam
  • Garam secukupnya
  • 2 sudu kecil sos ikan
  • 2 sudu kecil gula
  • 3 helai daun limau purut
  • Kentang secukupnya
  • Lobak merah secukupnya
  • 4 biji cili padi
  • 3 sudu kecil jus limau
  • 1 tangkai daun ketumbar

Bahan dikisar: –

  • 1 batang ketumbar
  • 6 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia

Cara menyediakan: –

  1. Kisar semua bahan untuk dikisar seperti batang ketunbar, bawang merah, bawang putih dan halia.
  2. Kemudian, panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
  3. Masukkan tiga sekawan dan rempah sup.
  4. Masukkan juga kaki ayam yang sudah dibersihkan dan direbus, air, lada hitam, garam, sos ikan, gula dan daun limau purut.
  5. Rebuskan ia dengan api sederhana atau sehingga kaki ayam menjadi lembut.
  6. Selepas itu, masukkan kentang, lobak dan cili padi.
  7. Biarkan sehinggi kentang masak.
  8. Tutup api dan masukkan jus limau nipis.
  9. Kacau sehingga rata dan akhir sekali, masukkan daun ketumbar.
  10. Sup kaki ayam versi Melayu sedia untuk dihidangkan.

Walaubagaimanapun, kaki ayam bukan menjadi kegemaran semua orang. Bagi anda yang belum pernah rasa sup kaki ayam, silakan cuba pasti anda tidak akan menyesal.

Kaki ayam terdiri daripada kulit, tulang rawan, tendon, dan tulang. Walaupun ia tidak menyediakan banyak daging, ia mempunyai kolagen tinggi yang merupakan protein paling banyak dalam badan anda.

Kandungan kolagen ini dapat membantu melegakan sakit sendi, membantu kesihatan kulit, dan mencegah kehilangan tulang.

Oleh itu, selamat mencuba resepi sup kaki ayam ini!

SUMBER

https://www.wokandkin.com/chicken-feet-soup/

https://www.chinasichuanfood.com/chicken-feet-soup/

https://www.indianhealthyrecipes.com/chicken-soup/

https://www.ajinomoto.com.my/recipes/chicken-feet-soup

https://www.healthline.com/nutrition/chicken-feet#bottom-line

Summary
3 Resepi Sup Kaki Ayam Kegemaran Ramai
Article Name
3 Resepi Sup Kaki Ayam Kegemaran Ramai
Description
Sup kaki ayam adalah comfort food yang akan dicari bukan sahaja ketika saki tetapi juga pada bila bila masa sahaja. Malah, ia enak dan berkhasiat!
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: