Sup Gearbox

Sup Gearbox sememangnya menjadi kegemaran sesetengah rakyat Malaysia. Tetapi harganya di kedai bukanlah murah, jika dibandingkan dengan memasak sendiri. Terdapat 3 resepi yang ringkas dan sedap untuk anda cuba.

Menu yang dikongsi ini pasti akan memenuhi kehendak dan selera anda.

Resepi Sup Gearbox pertama

Bahan-bahan untuk memasak

  • 2 kilogram tulang daging lembu Gearbox
  • Titik atau ketuk 5 cm halia
  • Hiris 1 biji bawang besar
  • Ketuk bawang putih 3 ulas
  • Sediakan 1 bungkus sup bunjut
  • 2 sudu besar serbuk ketumbar untuk dibuat pes
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis untuk dibuat pes
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih untuk dijadikan pes
  • Biji buah pelaga sebanyak 2 biji.
  • kulit kayu manis dalam anggaran 1 cm.
  • 2 kuntum bunga anise atau juga dipanggil cengkih
  • 1 kuntum bunga lawang·
  •  Ketuk lada kecil lebih kurang 5 biji atau mengikut tahap kepedasan sendiri.
  • Sedikit bawang goreng untuk dijadikan hiasan. ( agak-agak sendiri)
  • Sedikit daun sup mengikut citarasa anda. ( agak-agak sendiri)
  • Jus limau nipis secukup rasa. ( agak-agak sendiri)
  • Air yang cukup untuk merebus ( agak-agak sendiri)
  • Minyak masak untuk menumis ( agak-agak sendiri)

Cara-cara memasak

  1. Dalam periuk, rebus tulang sehingga lembut. Setelah dilembutkan, angkat tulang dan letak dalam bekas yang lain. Pastikan bekas yang tahan panas, jangan letak dalam bekas plastik ia akan jadi cair dan merbahaya.
  2. Masukkan sup bunjut yang disediakan bersama halia dan bawang ke dalam rebusan dan terus reneh dengan api kecil sehingga agak-agak dah sebati semuanya.
  3. Sediakan kuali dan letak minyak secukupnya untuk menumis.
  4. Tumis rempah yang telah disediakan iaitu kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih  dan buah pelaga. Ia juga dipanggil rempah empat sekawan oleh orang dulu-dulu.
  5. Pastikan tumis rempah empat sekawan itu secara berasingan.
  6. Setelah bau wangi naik dari tumisan rempah tersebut, letakkan semua bahan tumisan itu kedalam periuk rebusan tulang gearbox tadi.
  7. Tinggikan api dan kacau sehingga mendidih.
  8. Masukkan tulang lembu yang telah diletak di bekas lain tadi ke dalam air rebusan.
  9. Taburkan garam dan gula secukup rasa.
  10. Letakkan jus limau nipis yang dah disediakan tadi.
  11. Masukkan juga lada kecil yang telah diketuk tadi ke dalam periuk rebusan.
  12. Selesai semua proses memasak sup gearbox!
  13. Hidangkan sup gearbox yang telah dimasak ini ke dalam mangkuk yang besar dan hiaskan dengan bawang goreng dan daun sup yang telah disediakan tadi.

Resepi Sup Gearbox kedua

Tiada jumlah yang terperinci untuk resepi kedua ini, semua bahan adalah mengikut anggaran dan pengalaman sendiri.

Bahan-bahan untuk memasak Sup Gearbox:

  • Tulang lembu bahagian kaki yang dipotong mengikut citarasa
  • Bawang besar atau bawang merah
  • Bawang putih
  • Perencah sup yang serbuk, berbeza dari sebelum ini menggunakan sup bunjut
  • Halia secukupnya
  • Rempah menumis
  • Garam
  • Bawang goreng
  • Daun sup

Cara penyediaan:

  1. Rebus tulang kaki lembu sehingga lembut atau empuk, boleh cuba dengan menekan daging yang ada sedikit menggunakan garfu
  2. Tumis bahan menumis seperti bawang besar, bawang putih dan halia yang semuanya telah dihiris.
  3. Tumis bersama kayu manis dan bunga lawang yang telah disediakan.
  4. Bila rasa tumisan itu macam dah garing, masukkan perencah sup ke dalam tumisan.
  5. Tumis semua bahan itu dengan api yang kecil sehingga naik bau yang sangat wangi dan menyelerakan.
  6. Selesai tumis, masukkan semua tumisan itu ke dalam rebusan tulang kaki lembu itu tadi.
  7. Tambah garam dan perasa secukupnya mengikut selera masing-masing.
  8. Sup gearbox sedia untuk dihidangkan bersama bawang goreng dan daun sup.

Resepi Sup Gearbox ketiga

Resepi ketiga ini ada perincian sedikit mengenai kuantiti yang patut disediakan.

Bahan-bahan untuk memasak:

  • 2 batang tulang kaki lembu (gearbox)
  • Beberapa tulang tengkuk / leher
  • 400 g daging
  • Kulit kayu manis 1 batang
  • Bunga lawang 2 kuntum
  • Sup bunjut 1 bungkus
  • 1 perencah sup
  • Air secukupnya, lebih kurang 2 jug
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Daun sup secukupnya yang dipotong halus
  • Bawang goreng secukupnya

Bahan untuk dihiris secara nipis:

  • Halia 2 inci
  • Bawang putih 6 ulas
  • Bawang merah 2 biji

Cara penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan basah dan kering yang telah disediakan ke dalam periuk iaitu air, tulang, daging, sup bunjut, kulit kayu manis dan bunga lawang.
  2. Kenapa berbeza dari resepi yang lain, kerana cara ini akan membuatkan daging masak dengan sangat empuk dan lembut dan akan menjadikan sup rasa sangat enak dan berperisa,
  3. Gunakan api yang besar, tambah air jika kurang.
  4. Halia, bawang putih dan bawang yang telah dihiris tadi masukkannya ke dalam rebusan tadi.
  5. Masukkan sekali rempah serbuk sup dan biarkan masak sehingga mendidih.
  6. Bubuh garam dan serbuk perasa secukup rasa dan gaulkan sehingga sebati.
  7. Boleh kecilkan sedikit api yang besar tadi.
  8. Reneh sup dengan api kecil sehingga nampak semua bahan mesra dan sebati.
  9. Boleh masukkan daun sup dan bawang goreng ke dalam rebusan dan boleh untuk tutup api gas.
  10. Daun bawang juga boleh diletakkan ke dalam rebusan.
  11. Selesai masak dan sedia untuk dihidangkan

Semoga 3 resepi yang disediakan ini membawa manfaat kepada semua, selamat mencuba!

Sumber:

https://www.rasa.my/menu-sup-gear-box-paling-sedap-mudah/

https://www.aziekitchen.com/2011/10/sup-gear-box.html

https://www.resepimudah.com/resepi/sup-gearbox/

Summary
3 Resepi Sup Gearbox ringkas dan sedap untuk anda cuba
Article Name
3 Resepi Sup Gearbox ringkas dan sedap untuk anda cuba
Description
Sup Gearbox sememangnya menjadi kegemaran sesetengah rakyat Malaysia. Tetapi harganya di kedai bukanlah murah, jika dibandingkan dengan memasak sendiri. Terdapat 3 resepi yang ringkas dan sedap untuk anda cuba
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: