sup cendawan

Sup cendawan sememangnya sangat popular di dunia. Pergilah ke mana sahaja pelusuk dunia, pasti anda akan jumpa pelbagai jenis sup cendawan bergantung kepada budaya dan masyarakat di sesebuah negara tersebut. Malaysia juga tidak terkecuali, ada resepi sup cendawan sendiri yang diolah dan dicipta oleh pencinta makanan di negara ini.

Sup cendawan adalah makanan ringkas yang menjadi kegemaran orang ramai terutama kanak-kanak dan juga orang dewasa. Selain rasanya yang lazat, ia juga baik untuk kesihatan kerana dipercayai dapat membantu menurunkan berat badan kerana kandungan kolesterolnya yang rendah.

Anda boleh membuatnya sendiri dengan mencuba resepi yang kami kongsikan di bawah. Jadi jangan tunggu lagi, mari lihat resepinya.

RESEPI SUP CENDAWAN BEBOLA DAGING

Cara memasak sup dari mentega segar: gambar dan resipi cendawan dengan minyak

Bahan-bahan:

  • Cendawan shitake 7 biji
  • Bebola daging 10 biji
  • Daun sup 3 helai
  • Tomato 1 biji
  • Lobak merah 1 biji
  • Bawang besar 1 biji
  • Bawang putih 3 ulas
  • Cili hijau/merah 1 biji
  • Serbuk lada sulah 1 sudu teh
  • Garam halus 1 sudu teh
  • Serbuk perasa 1/2 sudu
  • Air 1 liter
  • Minyak masak 3 sudu

Cara-cara penyediaan:

  1. Tumiskan bahan-bahan lobak, bawang besar bawang putih, dan cili hijau yang telah dihiris sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan bahan-bahan lain iaitu cendawan, bebola daging, serbuk lada sulah, dan air sehingga mendidih.
  3. Kacau dan gaul sehingga cendawan dan bebola daging kelihatan sudah masak sempurna.
  4. Masukkan perasa mengikut cita rasa masing-masing.
  5. Sup cendawan bebola daging anda telah siap dan sedia untuk dihidang.

RESEPI SUP CENDAWAN TAUHU TELUR

Resepi Sup Tauhu Telur, Cepat, Ringkas, dan Sedap • Resepi Bonda

Bahan-bahan:

Cara-cara penyediaan:

  1. Mula-mula sekali, goreng dahulu tauhu telur sehingga kekuningan hingga habis.
  2. Kemudian tumiskan bawang hingga bertukar warna kekuningan, diikuti dengan cendawan dan lobak.
  3. Masukkan air dan garam secukup rasa.
  4. Setelah mendidih, masukkan cendawan sehingga kelihatan masak, kemudian msukkan tepung jagung
  5. Kemudian, gaul sehingga kuah nampak pekat.
  6. Seterusnya, masukkan pula tauhu telur yang telah digoreng tadi dan gaul.
  7. Gaul sebentar kemudain sup anda telah siap.
  8. Hidangkan semasa masih panas.

RESEPI SUP CENDAWAN DENGAN TELUR PUYUH

RESEPI SUP CENDAWAN DAN TELUR

Bahan-bahan:

  • Telur puyuh 15 – 20 biji
  • Cendawan 150 gram
  • Bawang merah 4 biji
  • Bawang putih 2 ulas
  • Halia muda 1/2 inci
  • Kiub ayam maggi
  • Leek 1 batang
  • Soo hoon 1/2 cekak
  • Air secukupnya
  • Serbuk lada hitam
  • Hirisan daun bawang
  • Bawang goreng

Cara-cara penyediaan:

  1. Terlebih dahulu, anda harus memanaskan minyak untuk menumis bahan-bahan sehingga naik bau.
  2. Setelah minyak panas, tumiskan bawang merah, bawang putih, dan juga halia.
  3. Tuangkan air secukupnya.
  4. Setelah mendidih, masukkan telur puyuh yang telah direbus, kiub pati ayam, dan leek. Kemudian toskan.
  5. Masukkan soo hoon bersama serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.
  6. Setelah sup mendidih, masukkan cendawan dan biarkan seketika.
  7. Akhir sekali, taburkan hirisan daun bawang dan bawang goreng sebagai hiasan.
  8. Siap! Bolehlah hidangkan dan sedia untuk dinikmati.

Demikianlah 3 resepi sup cendawan yang telah kami kongsikan yang sememangnya sangat ringkas dan mudah untuk dibuat. Cara pembuatannya sangatlah mudah, dan bahan-bahan yang diperlukan juga sangat ringkas. Jadi, anda bolehlah mencubanya sendiri di rumah dan menikmatinya bersama ahli keluarga tersayang. Selamat mencuba ya!

Sumber:

http://gedungresepi2u.blogspot.com/2016/09/resepi-sup-cendawan-dan-telur.html

https://cookpad.com/my/recipes/13041824-sup-cendawan-tauhu-telur?ref=search&search_term=sup%20cendawan

https://cookpad.com/my/recipes/14689976-sup-cendawan-bebola-daging?ref=search&search_term=sup%20cendawan

https://resepibonda.my/resepi-sup-tauhu-telur/

https://mushrooms-ms.bigbadmole.com/blyuda-iz-gribov/gribnoj-sup-iz-svezhix-maslyat.html

http://gedungresepi2u.blogspot.com/2016/09/resepi-sup-cendawan-dan-telur.html

Summary
3 Resepi Sup Cendawan Yang Mudah Dan Sedap!
Article Name
3 Resepi Sup Cendawan Yang Mudah Dan Sedap!
Description
Sup cendawan sememangnya sangat popular di dunia. Pergilah ke mana sahaja pelusuk dunia, pasti anda akan jumpa pelbagai jenis sup cendawan bergantung kepada budaya dan masyarakat di sesebuah negara tersebut. Malaysia juga tidak terkecuali, ada resepi sup cendawan sendiri yang diolah dan dicipta oleh pencinta makanan di negara ini.
Author
Publisher Name
CERIA SIHAT
Tagged: