sotong sumbat

Sotong sumbat pasti akan disukai bagi peminat makanan laut. Sudah pastinya bahan utama adalah sotong. Resepi sotong sumbat amatlah mudah. Rugi kalau tidak cuba buat di rumah.

Jom lihat 3 resepi sotong sumbat yang telah dikongsi di bawah ini.

RESEPI 1: SOTONG SUMBAT TELUR

Bahan-Bahan (Inti)

  • 3 biji telur ayam
  • 1/2 biji cili merah
  • Garam & serbuk perasa
  • 1 sudu besar mayonis
  • Minyak utk menggoreng
  • *1/3 carrot (cincang halus)
  • *1 biji bwg besar (cincang halus)
  • *2 biji bwg putih (cincang halus)
  • *sedikit isi udang (cincang halus)
  • *sedikit daun sup & daun bawang (cincang halus)

Cara membuat inti:

Campur semua bahan macam buat telur dadar tu tapi goreng hancur.

Bahan-bahan (sambal sotong)

  • 20 ekor sotong – patut size besar tp yg sy ni size sederhana je
  • 10 sudu cili kisar (lebih kurang)
  • 3 sudu sos cili
  • 2 sudu sos tiram
  • Sedikit air asam
  • Bawang besar dipotong bulat2
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak utk menumis.

Cara-cara membuat sotong sumbat telur:

  1. Sotong disumbat telur yg dh digoreng hancur tadi, ditutup semula dgn kepala sotong dan dicucuk dgn pencungkil gigi.
  2. Tumis cili kisar sehingga garing & pecah minyak.
  3. Masukkan sos cili, sos tiram.
  4. Masukkan gula, garam dan asam jawa secukup rasa.
  5. Kemudian, masukkan sotong yang telah disumbat biar sampai mendidih.
  6. Biasanya sotong akan keluarkan air, Jadi, sblm masak sotong pastikan sambal tu biar kering.
  7. Akhir sekali masukkan bawang besar yang dipotong bulat-bulat. Tunggu beberapa minit, tutup api.
  8. Hidangkan panas-panas.

RESEPI 2: SOTONG SUMBAT KUKUS

Bahan-bahan:

  • 10 ekor sotong
  • 10 batang lidi kecil
  • Air untuk mengukus
  • Sedikit sos Thai

Bahan-bahan inti:

  • 400 gm daging cincang
  • 200 gm sayur campur
  • 2 biji telur
  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 sudu teh lada sulah
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula

Cara menyediakannya:

  1. Untuk bahan inti, campur kesemua bahan dan gaul hingga sebati.
  2. Sumbat inti tadi ke dalam sotong.
  3. Cucuk kemas kembali kepala sotong dengan lidi. Ulang sampai habis.
  4. Kukus sotong inti selama 20 minit atau sehingga sotong masak. Hidangkan bersama sos Thai.

RESEPI 3: SOTONG SUMBAT PULUT

Bahan-bahan:

  • 1 kg sotong saiz sederhana yang segar
  • 1/2 kg santan pekat
  • 3 ketul gula melaka
  • Pencungkil gigi
  • 1 cawan beras pulut
  • 9 helai daun pandan
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Menyediakannya:

  1. Bersihkan sotong, buangkan hitam dan kulitnya, toskan.
  2. Basuh beras pulut dan rendam seketika dengan sedikit santan dan garam.
  3. Ambil sotong, gunakan sudu kecil dan masukkan beras pulut tadi sehingga separuh badannya.(Jangan isi penuh nanti isi pulut yang terhasil keras dan mentah).
  4. Ambil kepala sotong dan masukkan ke dalam badannya yang berisi beras pulut tadi.
  5. Cucukkan pencungkil gigi depan dan belakang kepala.
  6. Di dalam periuk,lapik bahagian dasarnya dengan daun pandan sehingga melitupi kesemuanya.
  7. Susun sotong biar memenuhi ruang dasar dan tindan perlahan di atasnya.
  8. Masukkan santan pekat tadi bersama sedikit garam dan gula melaka.
  9. Hidupkan api yang paling kecil, tutupkan periuk dan masak selama 30-45minit (hingga pulut dalam sotong tu masak).
  10. Santan tu akan pecah minyak.
  11. Siap dihidangkan.

Selamat mencuba!

SUMBER

https://cooking.nytimes.com/recipes/1017390-stuffed-squid-sicilian-style

https://www.resepisenang.com/2018/05/resepi-sotong-sumbat-telor.html

https://adsenseephoto.blogspot.com/2016/01/resepi-sotong-sumbat-kukus.html

http://gedungresepi2u.blogspot.com/2016/05/resepi-sotong-sumbat-pulut.html

Tagged: