sotong masak hitam

Sotong masak hitam adalah hidangan istimewa dari negeri Johor di Malaysia. Ia kelihatan agak pelik kerana warnanya yang hitam. Tetapi hidangan ini sangat enak dan agak senang disediakan.

Bahan tumis dalam resipi sotong masak hitam ini dikisarkan dalam pengisar untuk mendapatkan warnan sos yang gelap dan pekat.

Sotong Hitam Johor

Bahan-bahan: –

  • 1kg sotong
  • Dakwat sotong diasingkan
  • 4 sudu pes cili
  • 2 batang serai ditumbuk
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu kecil pes asam jawa
  • 1 sudu kecil serbuk perasa
  • 1 inci halia
  • 8 biji bawang merah kecil
  • 1 sudu belacan
  • 2 inci kunyit hidup
  • 10 ulas bawang putih

Cara menyediakan: –

  1. Panaskan minyak di atas api yang perlahan.
  2. Kisar halia, bawang merah kecil, belacan, kunyit hidup dan bawang putih.
  3. Kemudian, tumis bahan yang sudah dikisar tadi bersama pes cili.
  4. Kacau sehingga rata.
  5. Masukkan juga serai yang telah ditumbuk untuk memberikan rasa.
  6. Apabila bahan tumis sudah keperangan, masukkan sotong dan dakwat sotong.
  7. Kacau bahan tersebut sehingga benar benar sebati.
  8. Tambahkan air secukupnya sehingga warna dakwat sotong benar benar rata.
  9. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  10. Masukkan juga pes asam jawa.
  11. Masukkan juga serbuk perasa. Jika tidak mahu, tidak mengapa.
  12. Tutup api apabila sotong sudah siap dimasak sepenuhnya.
  13. Hidangan sedia untuk dihidangkan.

Sotong Masak Hitam Singapura

Bahan-bahan: –

  • 1kg sotong
  • 2 biji bawang merah, dihiris
  • 3 sudu besar pes cili
  • 2 batang serai
  • 3 daun limau purut
  • 5 batang cili padi
  • 1 sudu serbuk kunyit
  • 1 sudu serbuk ketumbar
  • 1 sudu pes asam jawa
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

Bahan kisar: –

  • 2 biji bawang merah
  • 10 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Air secukupnya

Cara menyediakan: –

  1. Kisar semua bahan untuk dikisar seperti bawang merah, bawang putih dan halia bersama sedikit air.
  2. Sementara itu, bersihkan sotong sehingga bersih.
  3. Potong sotong menjadi bentuk cincin cincin.
  4. Picit kepala sotong untuk mengeluarkan kantung dakwat dan ketepikan.
  5. Kemudian, anda perlu panaskan minyak.
  6. Masukkan bawang yang telah dihiris dan tumis hingga lembut.
  7. Selepas itu, masukkan bahan kisar dan tumis sehingga naik bau.
  8. Kemudian, masukkan pes cili, serai yang ditumbuk, daun limau purut dan cili padi.
  9. Tumis bahan ini sehingga pecah minyak.
  10. Masukkan pula pes asam jawa yang telah dicairkan dengan secawan air.
  11. Akhir sekali, masukkan sotong, kantung dakwat, serbuk kunyit, serbuk ketumbar, garam dan gula.
  12. Didihkan ia sehingga sotong masak sepenuhnya.
  13. Siap untuk dihidang.

Sotong Masak Hitam Ala Mamak

Bahan-bahan: –

  • 1kg sotong
  • 2 batang serai ketuk
  • Daun kari
  • 2 helai daun pandan
  • 4 sudu cili kisar
  • 2 sudu serbuk ketumbar
  • 2 sudu kecil jintan manis dan jintan putih
  • Tomato
  • Kicap manis dan sos tiram secukupnya
  • 4 biji bawang besar yang dikisar kasar
  • Garam dan gula secukupnya
  • 3 sekawan iaitu buah pelage, bunga lawang dan kulit kayu manis

Bahan-bahan dikisar: –

  • 8 biji bawang merah
  • 10 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 biji kunyit hidup

Cara Menyediakan: –

  1. Pertama sekali, bersihkan sotong sehingga ia benar benar bersih
  2. Potong sotong anda menjadi bentuk cincin atau biarkan ia begitu sahaja.
  3. Panaskan minyak di atas api yang sederhana.
  4. Kemudian, masukkan tumis serai, daun pandan, daun kari dan tiga sekawan.
  5. Selepas itu, masukkan bahan-bahan yang telah dikisar seperti bawang merah, bawang putih, halia dan kunyit hidup.
  6. Kacau semua bahan ini sehingga naik bau.
  7. Masukkan pula cili kisar dan gaul lagi sehingga sebati.
  8. Masukkan juga serbuk ketumbar, jintan manis, jintan putih dan sotong.
  9. Tuang kicap dan sos tiram secukupnya.
  10. Masukkan juga bawang besar yang dikisar kasar tadi.
  11. Masak sehinga kuah menjadi pekat.
  12. Tambahkan air sekiranya anda ingin ia berkuah.
  13. Jangan lupa untuk letak garam dan gula secukup rasa.
  14. Siap untuk dihidang.

Untuk pengetahuan anda, rahsia memasak sotong atau makanan laut yang lain adalah anda perlu elakkan daripada memasaknya terlalu lama barulah ia sedap.

Punca sotong menjadi keras dan kenyal adalah kerana memasaknya terlalu lama yang menyebakkan protein di dalam sotong itu bertindak balas dengan cepat.

Konklusinya, sotong masak hitam ini sesuai dimakan dengan apa nasi sahaja seperti nasi kandar, nasi minyak malah nasi putih. Oleh itu, selamat mencuba!

SUMBER:

https://www.nasserskitchen.com/resepi/sotong-masak-hitam/?lang=en

https://fivefootfivesg.blogspot.com/2019/09/sotong-masak-hitam-squids-in-black-ink.html

https://resepichenom.com/resepi/sotong-masak-hitam-ala-mamak/show

Tagged: