resepi sos black pepper

Sos-sos barat seperti sos black pepper boleh dibuat sendiri di rumah dengan mudah. Yang penting, anda tahu resepi sos black pepper tersebut. Kelebihan membuat sendiri sos black pepper adalah ia lebih segar dan anda boleh ubah suai tahap kepedasan dan kepekatan sos mengikut citarasa sendiri.

Selalunya sos black pepper dihidangkan dengan chicken chop, lamb chop, spageti. Caranya pun tak susah. Hanya campur-campur sahaja. Tapi yang penting mestilah kena ada lada hitam yang telah dikisar. Jika tiada, bukan nama sos lada hitam lah namanya.

Bolehlah buat sos black pepper ini mengikut citarasa masing-masing. Boleh buat banyak sekaligus juga jika hendak simpan untuk beberapa kali makan.Tapi haruslah simpan di dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama ya.

Jadi, kami kongsikan resepi sos black pepper yang anda boleh buat sendiri di rumah.

RESEPI 1 – SOS BLACK PEPPER SIMPLE

Bahan-bahan:

  • 2 sudu mentega
  • 2 sudu tepung gandum
  • 1 pati kiub ayam
  • Sedikit air
  • Serbuk black pepper
  • 4 sudu sos black pepper
  • Sedikit kicap

Cara-cara penyediaan:

  1. Mula-mula, cairkan 2 sudu mentega di dalam kuali.
  2. Masukkan 2 sudu tepung gandum dan kacau sebati supaya tak berketul.
  3. Seterusnya, masukkan pula 1 ketul kiub pati ayam dan masukkan air sedikit demi sedikit supaya tak terlalu kering.
  4. Seterusnya, taburkan 4 sudu sos black pepper dan seberapa banyak serbuk black pepper mengikut citarasa anda. Kalau siapa yang suka pedas, bolehlah lebihkan sedikit.
  5. Akhir sekali, bolehlah tambahkan sedikit kicap untuk mendapatkan warna yang kehitaman.
  6. Siap dan boleh hidangkan di atas chicken chop atau dicicah dengah french fries.

RESEPI 2 – SOS BLACK PEPPER 7 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 3/4 sudu besar planta
  • 1 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 1 tin sos spageti keju
  • 1 sudu besar serbuk cheese (mengikut cita rasa masing-masing)
  • 1/2 sudip kicap lemak manis. Boleh gunakan kicap Jalen (jangan guna kicap masin)
  • 3/4  sudu besar lada hitam kisar
  • Gula secukup rasa

Langkah-langkah penyediaan:

  1. Panaskan 3/4 sudu besar planta di dalam kuali menggunakan api kecil.
  2. Masukkan 2 ulas bawang putih yang telah dicincang halus. Tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan 1 tin sos spageti keju dan tambahkan air suam.
  4. Masukkan 2 sudu besar serbuk cheese. Kacau rata.
  5. Tambahkan 1/2 sudip kicap lemak manis. Kicap boleh ditambah ikut cita rasa kepekatan warna yang anda suka.
  6. Masukkan 3/4 sudu besar serbuk lada hitam kisar dan masukkan gula secukup rasa sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati.
  7. Tutup api dan hidangkan setelah semua rasa sebati.

RESEPI 3 – SOS BLACK PEPPER MUSHROOM

Bahan-bahan:

  • 1 sudu kecil butter
  • 2 ulas bawang putih dan sehiris bawang bawang diracik
  • 8 sudu besar sos prego carbonara cendawan
  • 2 gelas air
  • 6 sudu besar kicap Jalen pekat
  • 2 senduk sos lada hitam
  • 3/2 sudu besar serbuk lada hitam
  • 4 biji cendawan dalam tin
  • 1 sudu besar serbuk cheese
  • 2 sudu besar gula perang atau gula putih
  • 1 sudu besar perasa Knorr
  • Secubit dua garam halus

Langkah-langkah penyediaan:

  1. Panaskan sedikit butter. Masukkan 2 ulas bawang putih yang diracik halus dan sehiris bawang besar juga diracik halus. Tumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan 8 sudu besar sos prego tadi dan segelas besar air. Kacau rata sampai tidak ada ketul-ketul.
  3. Masukkan 6 sudu besar kicap dan 2 senduk sos lada hitam.
  4. Perasakan dengan serbuk cheese, gula perang, perasa Knorr dan garam halus. Terpulang kepada citarasa sendiri. Kacau sekata.
  5. Tambahkan hirisan cendawan. Biarkan kuah mendidih.
  6. Setelah mendidih, tutup api dan, siap!

Sos black pepper memang sedap kalau dijadikan kuah untuk hidangan barat seperti chicken chop, lamb chop, mee sizzling, dan banyak lagi. Untuk dapatkan sos black pepper yang sedap, cubalah resepi yang telah kami sediakan. Lebih enak dan lazat sekiranya buat sendiri di rumah tau. Selamat mencuba!

SUMBER

https://siraplimau.com/resepi-chicken-chop-sos-blackpepper-homemade-simple/

https://says.com/my/makan/resepi-sos-black-pepper

https://resepibonda.my/resepi-sos-blackpepper-mushroom/

Summary
3 Resepi Sos Black Pepper Yang Boleh Dicuba Di Rumah
Article Name
3 Resepi Sos Black Pepper Yang Boleh Dicuba Di Rumah
Description
Sos-sos barat seperti sos black pepper boleh dibuat sendiri di rumah dengan mudah. Yang penting, anda tahu resepi sos black pepper tersebut. Kelebihan membuat sendiri sos black pepper adalah ia lebih segar dan anda boleh ubah suai tahap kepedasan dan kepekatan sos mengikut citarasa sendiri.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: