solok lada

Solok lada bagaikan pelengkap untuk menu seperti Nasi Kerabu serta sebagai pembuka selera jika dimakan bersama nasi putih. Resepi hidangan ini amatlah mudah kerana tidak memerlukan banyak bahan.

Ia merupakan isi ikan yang disumbat didalam lada hijau dan sangat terkenal di Kawasan Pantai Timur. Mak-mak bolehlah cuba 3 resepi solok lada di bawah ini.

RESEPI 1: SOLOK LADA KELANTAN

Bahan bahan:

  • 1/2 kg cili hijau solok
  • 1/2 kg ikan
  • 1/4 kg kelapa putih muda
  • 3 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1/2 sudu kecil lada hitam – tumbuk
  • Gula dan garam secukup rasa
  • 1/4 cawan santan segar pekat

Langkah-langkah Penyediaan:

  1. Lada solok dibelah dan dicungkil keluar biji lada. Ketepikan.
  2. Ikan diambil isi dan dikisar hancur. Bawang merah, bawang putih dan lada hitam dikisar halus.
  3. Satukan semua bahan kisar di atas dengan kelapa parut. Gaul rata. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  4. Masukkan bahan inti ikan ke dalam cili dan susun di dalam periuk. Buat sehingga habis.
  5. Renjis renjiskan santan atas solok yang telah siap disumbat isi ikan.
  6. Kukus selama 15 minit atau sehingga masak. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

RESEPI 2: SOLOK LADA TERENGGANU

Bahan A:

  • Lada hijau secukupnya

Bahan B:

  • Air asam jawa
  • 500 gram isi ikan selayang
  • 1 biji kelapa parut
  • Dua inci halia
  • 8 ulas bawang merah
  • Garam dan gula secukup rasa

Langkah-langkah Penyediaan:

  1. Belah pada bahagian tengah lada hijau. Buang biji serta rendamkan dalam air kapur selama lebih kurang lima belas minit. Asingkan.
  2. Satukan semua bahan B dalam alat pengisar dan blendkan hingga sebati.
  3. Seterusnya, sumbat bahan yang kita kisar tadi ke dalam cili hijau yang kita rendam tadi.
  4. Langkah yang terakhir, kukus atau masak dalam santan. Boleh pilih mana-mana kaedah yang anda sukai.
  5. Siap! Sedia untuk dihidangkan bersama nasi kerabu atau nasi putih atau apa apa juadah untuk hidangan seisi keluarga. 

RESEPI 3: RESEPI SOLOK LADA ORIGINAL

Bahan-bahan:

  • 30 biji cili besar
  • 1/2 biji kelapa ditumbuk
  • 3-4 cawan santan separa pekat
  • 4 ekor ikan rebus dibuang tulang. Ditumbuk.
  • 7-8 biji bawang merah ditumbuk
  • 3/4 sudu kecil lada hitam ditumbuk
  • Sedikit halia ditumbuk
  • 5-6 helai daun pandan
  • Gula dan garam secukup rasa

Langkah-langkah Penyediaan:

  1. Bersihkan dan belah memanjang cili besar. Tak perlu buang tangkai. Ketepikan
  2. Gaul kelapa, ikan rebus, bawang merah, lada hitam dan halia bersam gua dan garam secukup rasa.
  3. Sumbat kelapa yang sudah digaul kedalam cili
  4. Lapik periuk dengan daun pandan dan susun lada yang telah ada intinya diatas. Tutup dengan daun pandan.
  5. Dalam periuk, masukkan santan biar paras separuh dengan solok lada.
  6. Masak dengan api perlahan hingga santan kering/solok lada kelihatan dan masak.
  7. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

SUMBER

https://www.aziekitchen.com/2020/03/solok-lada-kelantan-kegemaran-saya.html

https://cararesepi.blogspot.com/2019/09/resepi-solok-lada-terengganu-asli-original-cara-buat-satar-ikan-goreng.html

https://mforum.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=30194

Summary
3 Resepi Solok Lada Yang Perlu Cuba
Article Name
3 Resepi Solok Lada Yang Perlu Cuba
Description
Solok lada bagaikan pelengkap untuk menu seperti Nasi Kerabu serta sebagai pembuka selera jika dimakan bersama nasi putih. Resepi solok lada amatlah mudah kerana tidak memerlukan banyak bahan.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: