singgang daging

Singgang daging adalah makanan yang agak popular di Pantai Timur, Malaysia. Menu ini sangat mudah dibuat oleh sesiapa sahaja kerana tidak memerlukan masa yang lama dan tidak perlu menumis bahan.

Hidangan ini sesuai dimakan bersama ulam-ulaman, budu, atau sambal belacan. Dimakan pula dengan nasi panas-panas, pastinya memikat selera dan perut orang yang menikmatinya. Pendek kata, singgang daging ni memang sangat sedap!

Anda juga boleh memasak hidangan singgang daging ini untuk dijadikan menu makan tengah hari ataupun makan malam. Mudah saja cara membuatnya.

Pada perkomgsian kali ini, kami bawakan anda 3 resepi singgang daging yang sedap yang boleh anda buat sendiri di rumah. Mari lihat resepi-resepinya.

RESEPI SINGGANG DAGING KELANTAN

Resepi daging singgang versi kelantan my style jom masak - YouTube

Bahan bahan:

  • Daging 1/2 kg dihiris nipis
  • Lengkuas 1 inci
  • Halia 1 inci
  • Bawang merah 3 ulas
  • Bawang putih 6 ulas
  • Cili kering 3 tangkai
  • Biji ketumbar 1 sudu besar ditumbuk kasar
  • Asam keping 3 keping
  • Cili padi merah 4 tangkai
  • Garam
  • Serbuk perasa 
  • Belacan
  • Air secukupnya

Cara- cara penyediaan:

  1. Masukkan air secukupnya ke dalam periuk dengan kesemua bahan-bahan.
  2. Tutup periuk dan pastikan ia dimasak sehingga daging empuk.
  3. Setelah daging empuk, masukkan garam dan perasa sehingga menepati cita rasa anda.
  4. Kemudian masukkan beberapa tangkai cili padi sebelum menutup semula periuk.
  5. Setelah mendidih, hidangan anda telah pun siap untuk dihidang!

RESEPI SINGGANG DAGING TERENGGANU

Singgang daging by wan_zura_aishah | Masakan

Bahan bahan :

  • Daging 2 kilo
  • Bawang merah 3 ulas
  • Bawang putih 10 ulas
  • Cili besar 2 biji
  • Cili api 20 biji
  • Asam gelugor 8 kping
  • Lengkuas 3 inci
  • Kunyit tonkol 3 inci
  • Ketumbar 1 sudu besar
  • Lada hitam 1 sudu besar
  • Jintan manis 1 sudu besar
  • Air
  • Garam

Cara-cara penyediaan:

  1. Bahan-bahan perlu ditumbuk bersama terlebih dahulu sehingga hancur.
  2. Masukkan air, bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi, perasa, dan daging ke dalam periuk.
  3. Renehkan masakan selama 1 jam dengan api yang kecil.
  4. Apabila daging telah empuk, bolehlah matikan api dan dihidangkan.

RESEPI SINGGANG Daging lembu tempatan

√Resepi Singgang Daging Sedap Simple

Bahan-bahan:

  • Daging lembu tempatan
  • Bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 setengah inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 3/4 tangkai cili kering
  • 2 sudu besar ketumbar
  • Lada hitam 10 biji
  • Asam keping
  • Garam

Cara-cara penyediaan:

  1. Renehkan daging sehingga empuk.
  2. Ketumbar dan cili kering perlu ditumbuk secara kasar.
  3. Hiris dengan nipis bahan-bahan bawang merah, bawang puteh, halia dan lengkuas.
  4. Masukkan semua bahan tadi ke dalam periuk rebusan daging kemudian masak dengan api yang sederhana.
  5. Tambahkan lada hitam, asam keping, garam dan gula ke dalam periuk.
  6. Setelah mendidih, hidangan anda telah pun siap.

Dengan resepi ini, anda bolehlah mencuba memasaknya sendiri di rumah bersama ahli keluarga yang lain. Bahan-bahan daripada resepi tersebut sangat ringkas dan mudah didapati. Singgang daging yang dimasak sendiri pastinya lebih sedap dan menepati cita rasa anda. Selamat mencuba!

Sumber:

http://fzmenu.blogspot.com/2009/11/singgang-daging.html

http://resepicheff.blogspot.com/2014/11/singgang-daging-terengganu.html

https://www.aziekitchen.com/2018/05/singgang-daging-kelantan.html

https://www.youtube.com/watch?v=QHHz0O1BoNM

https://hidangankhas.blogspot.com/2019/10/resipi-singgang-daging-terengganu.html

https://phoenixhillna.org/resepi-singgang-daging-sedap/

Summary
Resepi Singgang Daging Yang Patut Anda Cuba!
Article Name
Resepi Singgang Daging Yang Patut Anda Cuba!
Description
Singgang daging adalah makanan yang agak popular di Pantai Timur, Malaysia. Menu ini sangat mudah dibuat oleh sesiapa sahaja kerana tidak memerlukan masa yang lama dan tidak perlu menumis bahan.
Author
Publisher Name
CERIA SIHAT
Tagged: