serunding daging

Serunding atau sambal daging merupakan makanan kering daripada daging lembu yang dimasak bersama rempah ratus. Rasanya lemak, manis, pedas dan juga berempah. Proses pembuatan serunding daging tidak seindah yang disangka. Prosesnya sangat rumit dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Namun, ini sangat berbaloi kerana rasanya yang sangat sedap!

Anggaran masa untuk menyediakan serunding daging mengikut resipi ini adalah sekitar 3 jam serta saiz hidangan adalah 12 orang. Serunding daging sangat enak dinikmati dengan nasi putih, pulut kuning, lemang, nasi impit, laksam atau makan begitu sahaja.

1) Serunding Daging Kelantan

Bahan-bahan:

  • 1kg daging lembu tempatan (dipotong melintang urat setebal 2 inci)
  • 30 biji cili kering (dipotong dan dibuang biji kemudian direndam dalam air panas)
  • 8 biji bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 2cm lengkuas
  • 2cm halia
  • 2 batang serai
  • 1/2 cawan biji ketumbar
  • 1/2 cawan jintan manis
  • 2 keping gula melaka
  • 200ml santan paket
  • Air asam jawa
  • 2 sudu besar kerisik
  • 1/4 cawan minyak masak

Kaedah Penyediaan:

  1. Rebus daging sehingga empuk. Ini mengambil masa sekitar 1 hingga 2 jam atau 1/2 jam jika menggunakan periuk tekanan (pressure cooker). Angkat dan biarkan sejuk. Seterusnya carik isi daging agar menjadi cebisan halus.
  2. Goreng tanpa minyak biji ketumbar dan jintan manis sehingga wangi. Kisar kering dan tepikan sebentar.
  3. Satukan cili kering yang telah kembang, lengkuas, halia, serai, bawang merah dan bawang putih dengan sedikit air dan kisar sehingga lumat.
  4. Panaskan kuali dengan api sederhana dan masukkan minyak masak. Tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan ketumbar dan jintan manis kemudian kisar dan terus menumis sehingga wangi.
  6. Masukkan air rebusan daging, santan, jus asam jawa, gula melaka, garam dan kerisik. Masak sehingga ia terbit minyak.
  7. Kecilkan api kemudian masukkan daging lembu yang telah dicarik dan gaul rata. Kacau perlahan-lahan tanpa henti untuk elakkan daging dari hangus. Sekiranya ada gumpalan, carikkan menggunakan garpu.
  8. Bila serunding dah betul-betul kering. Angkat dan biarkan sejuk.
  9. Untuk simpan, masukkan serunding ke dalam bekas kedap udara, simpan pada suhu bilik.

Tips:

Serunding perlu dimasak sehingga betul-betul kering supaya lebih sedap, tahan lama dan tidak mudah lemau. 

2. Serunding Daging Hitam

Bahan-bahan:

  • 1 kilo daging (direbus dan dicarik halus)
  • 200ml santan
  • Gula melaka / gula pasir
  • Garam
  • 3 senduk nasi cili giling
  • Sedikit serbuk kunyit

 Bahan-bahan kisar:

  • 1 labu bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 inci halia
  • 40gm biji ketumbar (disangai terlebih dahulu)
  • 10gm jintan manis (disangai)
  • 4 batang serai

Cara Memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau.
  2. Masukkan cili giling serta serbuk kunyit dan tumis lagi hingga garing dan pecah minyak.
  3. Masukkan santan, daging dan bahan-bahan selebihnya. Kacau perlahan-lahan tanpa henti hingga kering dengan api perlahan.
  4. Hidangkan setelah masak.

3. Serunding Tok Wan

Bahan-bahan:

  • 1kg ayam
  • Minyak masak untuk menumis
  • 5 senduk cili boh
  • 1kg santan
  • Gula merah dan garam secukupnya
  • Sepeket kerisik
  • Secawan air asam jawa

Bahan A:

  • 1/2 kg bawang merah
  • 10 ulas bawang putih
  • 2 batang serai

Bahan B:

  • 3 genggam jintan manis
  • 3 genggam ketumbar

Cara Memasak:

  1. Rebus isi ayam sehingga empuk dan disiat halus
  2. Kisar semua bahan A
  3. Goreng bahan B tanpa minyak dan kemudian dikisar kasar.
  4. Tumis bahan A bersama cili boh sehingga naik minyak
  5. Kemudian masukkan bahan B dan kacau
  6. Masukkan santan dan kacau sebati
  7. Masukkan isi ayam yang telah disiat
  8. Masukkan gula, garam dan kerisik.
  9. Masukkan air asam jawa.
  10. Masak sehingga garing dan angkat.

Akhir resepi ini anda sudah mempelajari 3 resepi untuk membuat serunding daging. Jom belajar membuat serunding daging sekarang supaya dapat jadikannya sebagai salah satu juadah ketika menyambut raya Aidilfitri kelak. Selamat mencuba!

Sumber:

1) https://www.anekaresipi.com/2018/03/serunding-daging-kelantan-asli.html

2) https://www.rasa.my/ini-5-serunding-yang-korang-boleh-buat-sendiri-sungguh-senang/

3) http://archive.sinarharian.com.my/cmlink/rasa/resipi-pilihan/daging/resipi-serunding-daging-paling-mudah-cepat-nak-buat-kalau-teringin-bila-bila-masa-boleh-masak-1.705611

Summary
3 Resepi Serunding Daging Yang Sedap Dan Ketagih
Article Name
3 Resepi Serunding Daging Yang Sedap Dan Ketagih
Description
Serunding atau sambal daging merupakan makanan kering daripada daging lembu yang dimasak bersama rempah ratus. Rasanya lemak, manis, pedas dan juga berempah. Proses pembuatan serunding daging tidak seindah yang disangka. Prosesnya sangat rumit dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Namun, ini sangat berbaloi kerana rasanya yang sangat sedap!
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: