kicap pekat

Kicap pekat bertindak sebagai penambah rasa dalam masakan sekaligus penyedap makanan yang sering digunakan dalam masakan. Penambah rasa ini diperbuat daripada kacang soya atau kacang soya hitam dan boleh didapati di pasaran mahapun kedai runcit berdekatan rumah anda.

Harganya tidaklah terlalu mahal untuk dibeli bergantung kepada saiz botol. Banyak resepi masakan yang dicipta dengan menggunakan kicap pekat ini. Ini kerana, penggunaan kicap pekat dalam masakan sememangnya memberikan rasa masakan yang lebih sedap.

Jadi hari ini, kami ingin kongsikan dengan pembaca semua 3 resepi sedap menggunakan kicap pekat yang boleh anda cuba masak sendiri di rumah. Mesti keluarga anda suka! Jom lihat resepinya.

AYAM MASAK KICAP PEKAT

Bahan-bahan:

  • 5-10 ketul ayam (dipotong dan digaul bersama sedikit serbuk kunyit dan garam).
  • *4 ulas bawang merah
  • *2 inci halia
  • 1 bawang besar, potong bulat
  • 2 tangkai cili hijau, dihiris
  • 2 tangkai cili merah, dihiris.
  • 2 sudu besar sos tiram.
  • 2 sudu besar sos cili
  • 4 sudu besar kicap manis.
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 1 sudu kicap kicap pekat.
  • Sedikit rempah 5spice (campuran kayu manis, jintan manis, lada hitam, bunga lawang dan bunga cengkih)
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang.
  • Sedikit air
  • Garam secukupnya.

Kaedah penyediaan:

  1. Tumbuk lumat bahan-bahan bertanda *.
  2. Dalam mangkuk lain, gaulkan sos tiram, sos cili, kicap manis, minyak bijan dan kicap pekat. Ketepikan.
  3. Gorengkan ayam yang telah diperap bersama serbuk kunyit dan garam. Angkat dan ketepikan.
  4. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis kayu manis, bunga lawang, bahan-bahan yang ditumbuk dan cili padi.
  5. Masukkan bahan yang dicampur sos dan kicap tadi. Tambah sedikit air dan sedikit garam. Kacau hingga mendidih.
  6. Akhir sekali, masukkan bawang besar, cili hijau dan cili merah. Kacau sebentar dan campurkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati dan taburkan sedikit rempah 5spice.
  7. Sudah cukup perasa, padamkan api. Sedia untuk dihidang.

AYAM MASAK KICAP PEKAT DENGAN SAMBAL GESEK ALA 3 BUDAK GEMOK

Bahan-bahan sambal gesek:

  • 1 biji bawang besar
  • 3-4 biji bawang merah kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • 25-30 biji cili padi
  • Limau nipis
  • 1 cawan minyak masak
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Serbuk perasa

Bahan-bahan ayam masak kicap pekat:

  • 1/2 ekor ayam atau 600g ayam
  • Sedikit garam
  • Serbuk kunyit
  • 1 tangkai daun kari
  • 3 biji bawang merah kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 3 biji cili padi
  • 1/2 biji bawang besar
  • anggaran 1/4 cawan kicap pekat manis
  • 2 sudu besar sos tiram

Kaedah penyediaan sambal gesek:

  1. Potong kasar bawang merah, bawang merah kecil, bawang putih, dan cili padi.
  2. Panaskan minyak dan goreng bahan potongan sehingga lembut lalu angkat dan letakkannya ke tepi.
  3. Kisar atau tumbuk kasar bahan yang telah digoreng bersama garam, gula secukup rasa dan sedikit serbuk perasa.
  4. Perah jus limau nipis ke dalam sambal untuk menjadikan ia lebih sedap dan gaul kesemua bahan.

Kaedah penyediaan ayam masak kicap pekat:

  1. Letakkan sedikit garam dan serbuk kunyit di dalam ayam. Gaul sehingga rata dan perap ayam untuk seketika.
  2. Tumbuk kasar bawang merah kecil, bawang putih, halia dan cili padi.
  3. Goreng ayam sehingga ayam masak tetapi tidak terlalu garing kemudian angkat ayam.
  4. Tumis bahan tumbuk kasar lalu masukkan daun kari. Tumis bahan-bahan tersebut sehingga kekuningan dan naik bau.
  5. Masukkan kicap pekat manis, air asam jawa, sos tiram, dan gula melaka.
  6. Masukkan ayam goreng ke dalam kuah kicap dan tambah sedikit air jika kuah terlalu kering.
  7. Masukkan hirisan bawang besar dan renehkan ayam sehingga masak sebati bersama kuah masak kicap.
  8. Ayam masak kicap ala 3 budak gemok siap untuk dihidang bersama sambal gesek dan nasi putih panas.

DAGING MASAK KICAP PEKAT VERSI TOK

Bahan-bahan:

  • Daging lembu
  • Cili kering
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia
  • Jintan manis
  • Lada hitam
  • Belacan
  • Kicap pekat
  • Gula
  • Garam

Kaedah penyediaan:

  1. Perap daging yang telah dipotong dengan jintan manis yang telah ditumbuk, kunyit dan sedikit garam. Gaulkan secara rata dan menyeluruh.
  2. Goreng jintan manis dan lada hitam tanpa minyak.
  3. Masukkan minyak dan goreng cili kering sampai garing.
  4. Goreng belacan. Setelah itu goreng bawang besar, bawang putih dan halia sampai kekuningan.
  5. Tumbuk jintan dan lada tadi dan masukkan ke dalam pengisar bersama cili kering, belacan dan bawang-bawang tadi. Kisar sehingga hancur lumat.
  6. Masukkan minyak. Goreng daging tadi sampai masak dan angkat.
  7. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar dan masak sehingga pecah minyak.
  8. Selepas itu masukkan kicap serta daging yang telah digoreng.
  9. Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa.
  10. Sedia untuk dihidang.    

Menarik bukan kesemua resepi di atas? Dihidang pula dengan nasi putih panas. Fuh, pasti bertambah nasi sewaktu makan tengah hari bersama dengan keluarga tersayang. Jika anda mengikut resepi ini dengan teliti pasti masakan anda menjadi. Selamat mencuba!

Sumber:

1) https://saji.my/resepi-ayam-kicap/                         

2) https://resepichenom.com/resepi/ayam-masak-kicap-sambal-gesek-3-budak-gemuk/show

3) https://www.rasa.my/sedapnya-daging-masak-kicap-ni-5-jenis-resipi-berlainan-yang-wajib-dicuba/

Summary
3 Resepi Sedap Menggunakan Kicap Pekat
Article Name
3 Resepi Sedap Menggunakan Kicap Pekat
Description
Kicap pekat bertindak sebagai penambah rasa dalam masakan sekaligus penyedap makanan yang sering digunakan dalam masakan. Penambah rasa ini diperbuat daripada kacang soya atau kacang soya hitam dan boleh didapati di pasaran mahapun kedai runcit berdekatan rumah anda.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: