resepi sayur campur

Kepelbagaian sayur-sayuran di dalam resepi sayur campur pasti akan membuatkan hidangan anda lebih menarik. Menu sayur kalau nak nampak lebih menarik untuk dihidangkan kepada anak-anak anda mestilah mempunyai pelbagai campuran sayur supaya kelihatan lagi menyelerakan.

Menjaga pemakanan sihat adalah amat penting bagi memastikan kita sihat tubuh badan. Sayur sangat penting bagi tubuh badan kita kerana ia adalah sumber serat yang baik. Serat pula sangat penting dalam diet harian kita kerana ia dapat membantu usus kita bekerja dengan lebih baik dan lancar tanpa sebarang komplikasi.

Oleh itu, menu sayur campur bukan saja sesuai untuk anak anda, malah sangat ideal untuk hidangan seisi keluarga.

Tanpa membuang masa, mari kita lihat 3 resepi sayur campur yang disediakan untuk anda cuba.

RESEPI 1 – SAYUR CAMPUR BERKUAH

Bahan-bahan:

  • 6 sudu besar minyak masak
  • 6 biji bawang merah (dihiris)
  • 6 ulas bawang putih (dihiris)
  • 400 g isi udang, dibersihkan
  • 4 cawan air
  • 2 sudu kecil Ajinomoto
  • 4 sudu kecil sos tiram
  • 2 sudu kecil garam, atau secukupnya
  • 300 g bunga kobis
  • 200 g lobak merah, dipotong nipis
  • 100 g jagung muda
  • 300 g brokoli
  • 100 g kacang pea
  • 2 sudu besar tepung jagung, dikacau bersama 4 sudu besar air

Langkah-langkah penyediaan:

  1. Panaskan minyak masak.
  2. Tumiskan bawang merah dan bawang putih.
  3. Masukkan isi udang dan biarkan masa sekejap sambal kacau.
  4. Tuangkan air dan masukkan Ajinomoto, sos tiram dan garam.
  5. Masukkan bunga kobis, lobak merah dan jagung muda. Didihkan.
  6. Masukkan brokoli dan kacang pea dan kacau sehingga mendidih.
  7. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau sehingga pekat.
  8. Setelah sayur campur masak, hidangkan di dalam mangkuk dan sedia untuk dinikmati.

RESEPI 2 – SAYUR CAMPUR GORENG

Bahan-bahan:

  • 2 sudu besar minyak sayuran
  • 2 ulas bawang putih, dicincang
  • 1 bawang besar, dibelah dua, dihiris
  • 1 cili merah panjang, dihiris bulat
  • 1/2 bunga kubis, dipotong kecil
  • 2 bawang hijau, dipotong hingga 6cm
  • 1 batang lobak merah, dikupas kulit dan dihiris bulat
  • 1/2 cawan stok cair jenama ayam Massel
  • 1 1/2 sudu kecil tepung jagung
  • 1/2 kubis Cina kecil, dihiris tebal

Langkah-langkah penyediaan:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali besar di atas api sederhana-tinggi.
  2. Masukkan bawang putih, bawang besar dan cili padi. Tumis selama 2 minit atau sehingga bawang lembut.
  3. Kemudian, masukkan bunga kubis, bawang hijau dan lobak merah. Tumis selama 3 minit atau sehingga lobak merah hampir empuk.
  4. Kacau tepung jagung dan 1/4 cawan air suam dalam jag kecil. Masukkan campuran stok dan tepung jagung ke kuali. Tumis selama 2 minit atau sehingga kuah mendidih dan pekat.
  5. Masukkan sayur kubis. Tumis selama 1 minit atau sehingga layu.
  6. Tambahkan garam dan lada mengikut citarasa. 
  7. Tutup api. Sedia untuk dihidang.

RESEPI 3 – SAYUR CAMPUR GARLIC BUTTER

Sayur Campur Garlic Butter

Bahan-bahan

  • Sayur campur (brokoli, lobak merah, bunga kubis dan lain-lain)
  • 1 sudu besar mentega
  • 1 sudu kecil bawang putih cincang
  • 2 sudu besar keju parmesan parut
  • Lada
  • 1 sudu besar pasli segar cincang, sebagai hiasan
  • Garam jika perlu

Langkah-langkah penyediaan:

  1. Satukan sayur dan kuah dalam periuk yang sederhana besar.
  2. Masak pada suhu 5-10 minit, kacau sekali-sekala.
  3. Toskan kuah dari kuali.
  4. Untuk menggoreng, masukkan mentega, bawang putih, dan keju parmesan.
  5. Masukkan lada atau garam jika perlu, mengikut citarasa anda.
  6. Gaul hingga sebati. Hiaskan dengan pasli segar.
  7. Hidangkan dalam pinggan dan nikmatilah.

Senang saja kan resepi sayur campur yang dikongsikan di atas. Menyelerakan pula tu. Pasti anak-anak anda teruja untuk menikmati sayur campur yang anda sediakan hasil rujukan resepi di atas. Bukan anak-anak anda saja, malah seisi keluarga pasti sukakannya. Jadi, cubalah sendiri di rumah ya. Selamat mencuba!

SUMBER

https://www.ajinomoto.com.my/recipes/mixed-vegetables-with-gravy

https://www.taste.com.au/recipes/stir-fried-mixed-vegetables/b9476f1c-a95e-42f8-830f-341f3688dc92

https://recipecenter.giantfoodstores.com/recipes/29046/garlic-butter-mixed-vegetables

Tagged: