resepi satay ayam

Satay ayam adalah menu makanan nusantara yang juga terkenal di negara-negara Asia Tenggara. Biasanya ia dimakan dengan kuah kacang dan dibuat daripada kepingan daging ayam yang dicucuk pada lidi kelapa atau buluh dan dibakar menggunakan api arang. Disebabkan ia terkenal di Asia Tenggara, maka, terdapat pelbagai versi resepi satay ayam yang boleh dijumpai.

Satay biasanya dimakan bersama ketupat nasi atau nasi impit. Dicicah pula dengan kuah kacang, pastinya membuat anda meleleh air liur. Lebih-lebih lagi satay ayam. Isi ayam yang lembut dan berjus pastinya akan memikat selera anda untuk menikmatinya.

Pada perkongsian kali ini, kami bawakan anda 3 resepi satay ayam yang dijamin sangat enak dan lazat untuk anda cuba sendiri. Jangan buang masa, mari kita lihat resepi-resepinya.

RESEPI 1 – SATAY AYAM DAN KUAH KACANG TERLAJAK LAZAT

Bahan-bahan satay ayam:

  • Isi ayam 1 kilo.
  • Bawang putih 1/2 labu.
  • Bawang besar 1 biji.
  • Halia 1 1/2 inci.
  • Serai 3 batang.
  • Lengkuas 1 inci.
  • Ketumbar 5 grm.
  • Jintan manis 25 grm.
  • Jintan putih 10 grm.
  • Kunyit serbuk 25 grm.
  • Kunyit hidup 1 1/2 inci.
  • Gula melaka 1/2 cawan.
  • Gula pasir 1/2 cawan (kurangkan jika tak nak manis).
  • Garam 1 1/2 sudu kecil.

Bahan-bahan kuah kacang:

  • Kacang tanah – goreng dengan minyak sedikit atau tanpa minyak dan blend setelah sejuk.
  • Lada kering – dikisar.
  • Gula melaka.
  • Garam.
  • Gula.
  • Halia.
  • Serai.
  • Asam keping.
  • Bawang besar dan bawang putih.

Cara-cara penyediaan satay ayam:

  1. Blend semua bahan untuk membuat satay ayam – kecuali isi ayam.
  2. Kemudian, satukan bahan yang telah dikisar dengan ayam dan gaul sebati.
  3. Rendamkan dahulu lidi satay 1 jam – memudahkan cucuk isi ayam dan bakar nanti lidi tidak hangus.
  4. Perapkan isi ayam dengan bahan yang telah dikisar selama beberapa jam.
  5. Setelah diperap, bakarkan di atas pemanggang api.
  6. Terbalikkan sekali sekala untuk pastikan isi satay ayam amsak dengan sempurna.
  7. apabila isi sudah kekuningan dan nampak masak, angkat satay ayam.

Cara-cara penyediaan kuah kacang:

  1. Di dalam kuali, panaskan minyak untuk menumis.
  2. Tumis bawang dan lada kering sehingga naik bau.
  3. Masukkan kacang tanah, gula melaka, halia, serai, asam keping, garam dan gula.
  4. Akhir sekali masukkan air. Kacau rata sehingga kuah agak pekat.
  5. Angkat dan hidangkan dengan satay ayam anda tadi.

RESEPI 2 – SATAY AYAM MUDAH

Bahan-bahan:

  • 1/2 cawan santan
  • 1 ulas bawang putih, cincang
  • 1 sudu teh serbuk kari
  • 1 1/2 sudu teh gula perang
  • 1/2 garam teh
  • 1/2 sudu teh lada hitam
  • 3/4 kg bahagian dada ayam tanpa kulit, tanpa tulang – potong lebih kurang 1 inci
  • 1 cawan santan
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 1/2 cawan mentega kacang berkrim
  • 3/4 cawan stok ayam
  • 1/4 cawan gula merah
  • 2 sudu besar limau nipis atau jus lemon
  • 1 sudu teh kicap
  • Garam secukup rasa
  • Lidi kayu – direndam dalam air selama 30 minit

Langkah-langkah penyediaan:

  1. Kacau 1/2 cawan santan, bawang putih, 1 sudu teh serbuk kari, gula merah, garam, dan lada sehingga gula larut untuk membuat bahan perapan.
  2. Masukkan ayam dalam perapan, tutup, dan perap sekurang-kurangnya 2 jam.
  3. Di dalam satu bekas, masukkan 1 cawan santan, 1 sudu besar serbuk kari, mentega kacang, stok ayam, dan 1/4 cawan gula merah hingga mendidih dalam periuk di atas api sederhana tinggi.
  4. Didihkan selama 5 minit, kacau terus, hingga rata dan pekat. Angkat dari api dan masukkan jus limau nipis dan kicap.
  5. Masukkan garam secukup rasa.
  6. Panaskan pemanggang dengan api sederhana tinggi.
  7. Kemudian, bakar satay antara 4 hingga 5 minit setiap sisi, atau hingga masak.
  8. Setelah siap, angkat dan sedia untuk anda nikmati.

RESEPI 3 – SATAY AYAM RICE BOWL

Bahan-bahan:

  • 1 sudu besar sayur atau minyak kacang
  • 1 1/2 kg dada ayam tanpa kulit (dipotong menjadi bentuk kiub)
  • 1 sudu teh garam
  • 3 ulas bawang putih cincang
  • 1 sudu teh pes chili
  • 1 sudu besar pes tomato
  • 1/2 cawan chicken broth
  • 1/2 sudu teh gula merah
  • 2 sudu mentega kacang
  • 1/4 cawan sos hoisin
  • 4 cawan nasi yang telah dimasak

Bahan-bahan hiasan pilihan:

  • Kacang cincang tanpa garam
  • ketumbar segar – dicincang
  • Timun dihiris nipis
  • Chili thailand

Langkah-langkah penyediaan:

  1. Panaskan 1 sudu minyak dalam kuali besar di atas api sederhana tinggi. Sebatikan ayam yang telah dipotong dengan garam dan masukkan ke dalam kuali.
  2. Masak ayam hingga keperangan. Pindahkan ayam ke pinggan.
  3. Letakkan kembali kuali ke atas api dan masukkan bawang putih cincang, pes chili, dan pes tomato. Masak hingga wangi, kira-kira 30 saat.
  4. Masukkan chicken broth, gula merah, mentega kacang dan sos hoisin ke dalam periuk dan kacau hingga mendidih.
  5. Perlahankan api dan masukkan kembali ayam ke dalam kuali. Kacau hingga masak dan rata.
  6. Hidangkan ayam di atas nasi yang dimasak di dalam mangkuk, dan hiaskan dengan topping mengikut citarasa anda.

Resepi satay ayam sudah kami kongsikan. Jadi, apa pendapat anda? Mudah sangat kan? Boleh lah anda cuba buat sendiri di rumah dan hidangkan untuk keluarga anda. Tak perlu lagi beratur panjang untuk membeli satay di gerai-gerai. Kami harap anda suka resepi yang kami kongsikan ini. Selamat mencuba ya!

TIPS:

  • Perap ayam selama lebih kurang 3 jam di dalam freezer. Tetapi, bila semalaman itu lebih baik sebab bahan perapan lebih meresap ke dalam daging atau ayam.

SUMBER

https://saji.my/resepi-sate-ayam/

https://www.allrecipes.com/recipe/132929/easy-chicken-satay/

https://www.ourhappymess.com/chicken-satay-rice-bowls/

Summary
3 Resepi Satay Ayam Viral, Sedap Dan Mudah
Article Name
3 Resepi Satay Ayam Viral, Sedap Dan Mudah
Description
Satay ialah menu makanan Nusantara yang juga terkenal di negara-negara Asia Tenggara. Biasanya ia dimakan dengan kuah kacang dan dibuat daripada kepingan daging yang dicucuk pada lidi kelapa atau buluh dan dibakar menggunakan api arang.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: