resepi sandwich

Resepi Sandwich, dalam bentuk asasnya, mempunyai kepingan daging, keju, atau makanan lain yang diletakkan di antara dua keping roti. Nama Sandwich ini diambil daripada John Montagu berketurunan bangsawan keempat bergelar Sandwich. Tabiatnya yang suka makan roti bersama kepingan daging dan keju (sebelumnya tidak dipanggil sandwich) akhirnya menyebabkan nama beliau digunakan dan popular di seluruh eropah.

Cara penyediaan sandwich yang mudah dan ringkas ini sememangnya menjadi pilihan ramai. Bukan itu sahaja kandungan khasiat dalam satu hidangan sandwich juga mampu mengenyangkan perut. Sandwich sesuai di makan bagi hidangan sarapan pagi ataupun minum petang juga pada bila-bila masa.

Resepi Sandwich Pertama:

Bahan-bahan :

  • 2 telur
  • 2 sudu besar mayonis
  • 3 keping roti
  • Sedikit mentega
  • 1/3 karton cress
  • 2-3 keping tomato atau daun selada
  • sekeping ham ayam atau daging
  • keju
  • Kerepek, untuk dihidang

Cara penyediaan :

  1. Didihkan air di dalam kuali dan rendahkan api semasa memasak telur dengan perlahan-lahan. Masak selama 6 minit, Kemudian sejukkannya di bawah air mengalir sehingga boleh dikupas. Kupaskan telur dan biarkan sejuk sepenuhnya.
  2. Tumbuk atau potongkan telur, dan campurkannya dengan 1 sudu besar mayonis dan sedikit perasa jika diingini. Bakarkan roti.
  3. Letakkan sekeping roti di atas papan. Letakkan mentega pada roti tersebut, kemudian letakkan telur dan taburkan cress. Tambah sekeping roti bakar lagi dan letakkan mayonis baki dengan sedikit demi sedikit. Tambah tomato atau selada dan ham atau keju (atau apa-apa kombinasi yang anda suka).
  4. Letakkan telur baki di atasnya dengan perlahan-lahan, kemudian letak lagi sekeping roti bakar yang akhir. Potongkan kerak roti, seterusnya potong sandwich dengan perlahan-lahan ke empat suku, berhati-hati supaya telur tidak diperah keluar.
  5. Menebuk setiap sanwic dengan cungkil sanwich. Hidangkan dengan kerepek.

Resepi Sandwich Kedua: Sanwich daging lembu lada hitam

Bahan-bahan:

  • Roti sanwich
  • Kepingan keju
  • Mayonis
  • Daun salad
  • Timun, potong nipis
  • Tomato, potong nipis

Bahan inti

  • 2 biji bawang besar, potong dadu
  • 3 ulas bawang putih, cincang halus
  • biji lada benggala,cincang halus
  • 5 biji lada benggala, cincang halus
  • 5 biji cendawan, hiris halus
  • 400gm daging, cincang halus
  • 150gm sos lada hitam
  • 3 biji cili padi, tumbuk halus

Cara penyediaan:

  1. Bawang besar, bawang putih, lada benggala,cendawan dan daging ditmuis dan dimasak sehingga daging agak masak.
  2. Seterusnya sos lada hitam,cili padi yang dihiris dan garam yang secukup rasa dimasukkan. Angkat apabila masak sehingga sebati dan daging kelihatan seperti pecah minyak.
  3. Ambil roti sanwich apabila daging sejuk, kemudian daun salad,kepingan keju,daging yang dimasak tadi, mayonis, timun dan tomato diletakkan.
  4.  Siap untuk dinikmati.

Resepi Sandwich Ketiga: Sanwich Ayam

Bahan-bahan:

  • 400gm ayam, cincang halus
  • 2 biji bawang besar, potong dadu
  • 5 biji cendawan, hiris nipis
  • 2 potong nanas, potong dadu
  • 800gm sos Bolognese
  • 1 sudu the serbuk herba Itali

Bahan Sanwich

  • Roti
  • Kepingan keju
  • Mayonis
  • Daun salad
  • Timun jepun, potong bulat
  • Tomato, potong bulat

Cara penyediaaan:

  1. Ayam digoreng dalam kuali, jika ayam melekat tambahkan sedikit air.
  2. Bahan mentah seperti bawang, cendawan dan nanas dimasukkan dan dimasak seketika.
  3. Sos bolognese dimasukkan dan digaul sebati. Seterusnya masukkan garam dan serbuk herba Itali secukupnya untuk menambah perasa.
  4. Roti sanwich dihiasi dengan kepingan keju,mayonis, salad, timun jepun, inti ayam dan tomato. Dikepitkan dengan roti dan siap dinikmati. 

Tip:

  • Gunakan roti yang sesuai

Pilih roti yang sesuai dengan sandwich yang anda buat. Jika anda memilih roti yang lembut dan gebu berpasangan dengan inti lembap, anda akan mendapat kek span tetapi bukan sanwich. Secara umumnya roti yang kering dan padat digunakan bagi inti yang lembap. Kerak yang baik dan tebal juga membantu dalam kes ini. Tukarkan kepada tepung tortillas besar jika anda suka akan inti yang lembap. Ia membantu mengawal dan mengekalkan integriti bahan-bahan anda lebih baik daripada roti lain.

  • Gunakan spread

Spread sanwich bukan sahaja menambah rasa tetapi juga memainkan peranan penting dalam menambahkan kelembapan dan kadang-kala memberi rasa krim kepada sandwich.Mustard dan mayonis merupakan spread yang biasa digunakan, tetapi jangan berhenti di situ sahaja. Spread lain juga amat bagus untuk dicuba seperti: vinaigrettes, pestos, sos BBQ, chutneys, dan salsa.

Akhir kata, selamat mencuba resepi-resepi yang disediakan!

SUMBER:

https://www.britannica.com/topic/sandwich

https://www.bbcgoodfood.com/recipes/collection/sandwich-recipes

https://www.foodnetwork.com/recipes/articles/5-sandwich-making-tips#:~:text=Spread%20mayo%2C%20butter%20or%20cream,the%20bread%20can%20help%2C%20too.

Tagged: