sambal kicap

Sambal adalah makanan yang wajib perlu ada bagi masayarakat Malaysia setiap kali makan. Tanpa sambal, pasti selera makan akan menjadi kurang dan kurang sedap. Salah satu sambal yang terkenal adalah sambal kicap.

Sambal kicap boleh dimakan bersama apa jua hidangan terutama makanan seperti bihun sup, soto, tauhu bergedil, dan pisang goreng. Makanan yang dicicah bersama sambil kicap pasti manjadi bertambah sedap.

RESEPI SAMBAL KICAP ALA JOHOR

Cara Buat Sambal Kicap Johor Sedap - YouTube

Bahan-bahan:

  • Cili padi hijau 2 genggam
  • Bawang putih 8 ulas
  • Kicap lemak manis
  • Kicap pekat 2 sudu makan
  • Kicap cair 2 sudu makan
  • Gula
  • Secubit garam

Cara-cara penyediaan:

  1. Minyak perlu dipanaskan terlebih dahulu untuk menggoreng cili padi serta bawang putih sehingga kekuningan.
  2. Setelah digoreng, masukkan ke dalam bekas pengisar untuk dikisar.
  3. Kicap dimasukkan ke dalam bekas pengisar bersama dengan kuantitinya sehingga menutupi paras bahan tadi.
  4. kicap pekat dan kicap cair dicampurkan bersama untuk warna sambal yang cantik.
  5. Letakkan perasa mengikut cita rasa anda ke dalam kicap tersebut.
  6. Setelah semua bahan dan kicap diletakkan ke dalam pengisar, anda bolehlah mula mengisar kesemuanya kemudian sambal kicap anda akan siap!

RESEPI SAMBAL KICAP PEDAS SEDAP

Cara untuk membuat Sambal Kicap yang Power dan Sedap – Himpunan Resepi FB

Bahan-bahan:

  • Cili padi 5-10 tangkai
  • Bawang putih 5 ulas
  • Gula pasir 1 sudu
  • Garam
  • Kicap manis
  • Jus limau

Cara-cara penyediaan:

  1. Cili padi dan bawang putih perlu digoreng terlebih dahulu dengan sedikit minyak sehingga bertukar warna kekuningan supaya mudah ditumbuk sehingga sebati..
  2. Cili padi dan bawang putih yang telah digoreng tadi ditumbuk bersama gula pasir, garam dan serbuk perasa sehingga halus. 
  3. Setelah kesemua bahan ditumbuk sehingga lumat, tambahkan kicap manis dan sedikit jus limau.
  4. Sambal kicap anda telah siap. Anda boleh menambah sedikit air supaya sambal kicap tidak terlalu pekat.

RESEPI SAMBAL KICAP BERSAMA LIMAU

Resepi Sambal Cili Padi Kicap / Sambal Cicah Ikan Bakar Sedap!

Bahan-bahan:

  • Cili padi 12 biji
  • Bawang putih 4 ulas
  • Limau kasturi 2 biji
  • Kicap secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak masak

Cara-cara penyediaan:

  1. Goreng cili padi dan bawang putih.
  2. Bahan-bahan yang digoreng tadi ditumbuk sehingga lumat.
  3. Tuangkan kicap secukupnya bersama sedikit garam dan gula.
  4. Akhir sekali, tambahkan sedikit perahan jus limau.

Demikianlah resepi sambal kicap untuk anda. Cara pembuatannya sangatlah mudah, dan bahan-bahan yang diperlukan juga sangat ringkas. Jadi, anda bolehlah mencubanya sendiri di rumah dan menikmatinya bersama ahli keluarga tersayang. Selamat mencuba ya!

Sumber:

https://www.rasa.my/resipi-sambal-kicap-johor-paling-power-sedap-mudah-dibuat/

https://www.aziekitchen.com/2014/11/sambal-kicap-sedap.html

https://rasa.my/cara-buat-ibu-sambal-kicap-memang-sedap-tahan-lama/

https://www.youtube.com/watch?v=a7OE4qg-6Jk

https://www.tengkubutang.com/2016/03/resepi-sambal-cili-padi-kicap-sambal.html

Tagged: